Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Forum OT tanpa batasan
Pages: [1] 2 3 ... 5   Go Down
Print
Author Topic: enovel ..:: Surat Ungu Untuk Nuha - Oleh Noor Suraya ::..  (Read 4398 times)
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« on: February 26, 2008, 02:54:56 PM »

:: SATU ::
EDISI BELUM EDIT
surat undangan ungu
hatiku bertambah pilu...
o~O~O~O~O~o

Walimatulurus
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dato' Engku Idrus bin Engku Muslim
dan
Datin Raja Zalifah binti Raja Johari

Menjunjung kasih mempersilakan
Yang Berbahagia Tan Sri/ Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Cik
Adinda Nuha binti Tajul Ariffin
.................................................................................
dan seisi keluarga ke majlis perkahwinan anakanda kami

Dr. Engku Faisal bin Engku Idrus
dengan
Dr. Raniya Wafa' binti Haji Mustaffa

Pada hari Sabtu, 31 Disember 2005 bersamaan 29 Zulkaedah 1426
Di kediaman kami:
376, Lorong Mawar Merah, Country Height, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Semoga dengan kesudian & kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri/ Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Cik akan bertambah seri lagi majlis ini dan diberkati Allah hendaknya
Wassalam
Atur Cara Majlis
Jamuan makan: 12 โ€“ 5 petang
Bersanding: 3 petang
o~O~O~O~O~o

Kad undangan warna ungu lembut itu Nuha tatap sekali lagi sebelum menutup beg sandangnya.  Disimpannya kad indah yang meracuni hatinya sejak dua minggu itu dalam diari warna merah hati pemberian Faisal.
"Nuha, abang ada surprise?"  Jerit Faisal dua minggu yang lalu di depan rumahnya.
"Ia, apa?"
Dihulurnya kad bersampul ungu untuk Nuha dengan muka berseri-seri.  Hati Nuha turut berbunga.
"Kad apa?  Hari ni bukannya birthday Nuha."  Katanya dengan penuh takjub.  Apatah lagi kad ungu tu berbau harum lagi.
"Bukalah... kad undangan."
"Kad undangan?"
"Ya, abang akan berkahwin... harap Nuha suka dengan pilihan abang.  Namanya Raniya Wafa'."  Kata Faisal sambil tersenyum sehinggakan tidak cukup mulut.
Tiba-tiba Nuha rasa hendak pitam pada saat itu juga.  Namun Nuha cuba seindah mungkin untuk membalas senyuman Faisal.
"Mesti datang... kad ni khas untuk Nuha sahaja tau, bukan kena share dengan ayah dan ibu, Nuha.  Dari abang khas untuk Nuha sahaja."  Katanya sebelum berlalu apabila telefon bimbitnya berdering.
"Maaf, Nuha.  Kakak Raniyamu... telefon."  Katanya sambil tersenyum-senyum lagi meninggalkan Nuha yang semakin sebak.
Setelah bertahun-tahun menyimpan hati secara diam-diam pada Engku Faisal, akhirnya Nuha ditinggalkan juga.  Sampainya hati Faisal memilih perempuan lain.  Tidak pernahkah terdetik di hatinya, yang Nuha pernah (dan masih ada) menyimpan perasaan kepadanya selama bertahun-tahun ini.  Apa kurangnya Nuha?  Kalau Raniya Wafa' ada dua mata, dia pun begitu!   
Tinggal berjiran bertahun-tahun... tetapi Faisal tetap tidak mengerti perasaannya.  Kenapa ya, tangannya tidak pernah cukup untuk memeluk gunung.  Kenapa ya, tangannya tidak pernah panjang untuk memetik bintang.  Kenapa ya, matanya tidak pernah cukup kuat untuk memanah cinta di hati Faisal sejak bertahun-tahun ini.  Mereka berkawan sejak sekolah menengah.  Walaupun Faisal bukan sebaya dengannya, tetapi mereka tatap akrab.  Sejak dulu... mereka sering berkongsi cerita.  Mereka boleh berbual-bual berjam-jam di tepi pagar, sehingga ibu menjerit menyuruhnya masuk ke rumah.
Nuha menangis untuk sekian kalinya pagi itu.  Dia akan pergi jauh.  Jauh dari dia....
« Last Edit: February 29, 2008, 03:40:00 PM by suzry » Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #1 on: February 26, 2008, 02:56:04 PM »

:: DUA ::
EDISI BELUM EDIT
layang-layang bertali benang,
putus benang disambung belati

Perjalanan ke utara dengan keretapi Senandung Malam dari Kuala Lumpur hanya ditemani dengan air mata sahaja. Sedihnya hati apabila kita rupa-rupanya bertepuk di sebelah tangan. Selama ini tidak pernah aku duga, sikap periang dan suka ambil berat Faisal, hanya sebagai seorang abang. Tidak pernah lebih daripada itu. Bertahun-tahun aku mengharapkan dialah - lelaki - yang akan menemaniku di hari-hari yang mendatang. Rupanya aku sering tersalah tafsir pada renungan matanya. Malu, sungguh memalukan. Mujurlah rahsia hatiku, hanya tersimpan di ruang hatiku sendiri.

Malah ibu sudah hairan kenapa aku harus segera ke utara, padahal hari lapor diri ialah 2 Januari 2006. Mana mungkin ibu dan ayah dapat menghantarku ke Kota Kuala Muda (Kedah) ketika Pak Engku dan Mak Engku sibuk-sibuk hendak menerima menantu. Apalah ertinya aku dalam hidup ayah-ibu ketika ini, berbanding persahabatan ayah-ibu dengan keluarga Faisal yang sudah terjalin bertahun-tahun.  Apatah lagi Faisal tu... akan berkahwin dengan seorang 'puteri'. 

Ya, puteri! Puteri yang turun dari langit, usik semua orang... Raniya Wafa' anak kepada diplomat Malaysia ke Turki itu bukannya calang-calang orang. Puteri tunggal kepada pasangan Mustaffa - Sameyah Wafa' Sameer itu membuat semua orang teruja tatkala memandangnya. Cantiknya bukan main. Ibunya orang Arab-Palestine-Inggeris... keturunan terhormat.  Keluarga ibunya memiliki ladang anggur di California.  Si Raniya - puteri rupawan itu - sendiri fasih dalam enam bahasa - Arab, Perancis, Inggeris, Urdu, German dan sudah tentu bahasa ibundanya... Melayu.

Di mana ya, Faisal berjumpa Sang Puteri itu? Itulah persoalan yang sering melandaku sejak kad undangan warna ungu itu aku terima dua minggu yang lalu. Raniya Wafa' bekas pelajar dari Yale itu, bukannya semudah itu ditemui orang... kerana dia bekerja di khemah pelarian bersempadan dengan Afghanistan. Mana pernah Faisal pergi sejauh itu. Dunianya sekitar Hospital Universiti sahaja. Di mana mereka berjumpa, ya? Ingin sekali aku mengetahui rahsia cinta mereka. Tetapi begitulah semakin kita mengetahui, semakin pula rasa rendah diri itu mengekori kita ke mana-mana. Itulah yang sedihnya.

Tetapi bagaimana pula kita dapat melupakan seorang yang pernah begitu dekat dengan hati kita itu dalam masa yang begitu singkat?
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #2 on: February 26, 2008, 02:57:04 PM »

:: TIGA ::
EDISI BELUM EDIT
hatimu mengunci seluruh rasa
hatiku tidak berhenti berharap

"Eh, tak nampak ke? Mata letak mana?" Jerit Nuha apabila air kopi panas pemuda di sebelahnya terkena blaus Nuha.
"Maaf... maaf... cik adik." Kata pemuda di sebelahnya dengan muka selamba. Nuha menarik muka sambil mengelap lengan bajunya yang basah dengan tisu. Dijeling pemuda hitam manis di sebelahnya dengan pandangan yang tajam. Pemuda tadi buat tidak tahu sahaja dan dia segera menghabiskan kopi panas yang sebahagian lagi itu dengan sekali nafas; tanpa rasa bersalah.

Beberapa detik kemudian Nuha kembali merenung tingkap keretapi yang sedang bergerak laju. Kuala Lumpur telah ditinggalkan. Nuha kembali menenun sedih, menganyam pilu di hati sekali lagi.

Tentunya pada saat ini Faisal sudah selamat diijab kabulkan dengan Raniya. Dengarnya majlis mereka itu dilangsungkan di Masjid Saidina Abu Bakar dekat PJ, lepas Isya'. Nuha mengerling jam sekali lagi. Ya, sudah berlangsung ni, dan aku sahaja yang sedang gigit jari dalam kereta api yang sedang bergerak laju ni. Dihapusnya air mata yang bergenang dengan hujung jari. Majlis jamuan sebelah Raniya akan disempurnakan di Carcosa Seri Negara, tengah hari esok. Mujurlah aku sudah dalam perjalanan ke utara... ah, alasan yang kukuh untuk aku mengelak dari memandang merpati dua sejoli itu digandingkan.

Tawaran kerja ini rupanya datang pada saat yang sungguh tepat. Aduhai, waktu bagai mengerti perasaanku pada saat ini.

"Kenapa tak tunggu sampai majlis abang selesai, Nuha. Lapor diri kan 2 Januari. Paling-paling hadirlah di majlis akad nikah malam ini." Kata Faisal ketika Nuha singgah mengucapkan selamat jalan kepada Faisal dan keluarganya pagi tadi.
"Nak... nak cari rumah lagi. Lagipun Nuha tak biasa dengan Kedah. Tahu ajalah sekolah pula dah nak buka... tiket sudah tak ada lagi ni... ayah dan ibu tak dapat hantar pula.  Nuha dah check, tiket 30... 31 haribulan semuanya sudah habis dijual." Bohong Nuha, dengan matanya memandang halaman rumah Faisal yang sudah cantik berhias. Sebenarnya Nuha sudah dapat rumah sewa sejak awal lagi... tetapi perkara itu dirahsiakan daripada Faisal.

"Kenapa Nuha? Abang lihat macam Nuha sedih sahaja. Janganlah Nuha malu nak bercerita dengan abang. Kan selama ini kita sudah seperti saudara," kata Faisal dengan tenang. Ditenungnya mata Nuha dengan penuh takjub. Apa yang tidak kena?  Mana perginya semua sikapnya yang periang. Mana perginya Nuha yang suka berjenaka selama ini?
Saudara? Itu sahaja perasaan Faisal kepada aku selama ini!

"Tak ada apa-apa... sedihlah... Nak tinggal ibu, ayah dan adik-beradik Nuha di sini dan nak kena pergi kerja jauh-jauh ke utara seorang-seorang... itulah yang sedih." Kata Nuha, pura-pura lagi.
"Nak tinggal abang... Nuha tak sedih?"
"Sedih juga." Untuk pertama kali dia berkata benar pagi itu.
"Okeylah. Take care ya... kalau ada apa-apa jangan lupa telefon abang. Abang sentiasa ada masa untuk mendengar semua masalah Nuha seperti selalu.

Masihkah dia ada waktu untuk aku tatkala si cantik manis Raniya ada di sisinya?

"Abang akan miss Nuha.  Miss my dear best friend!" Kata Faisal. Lalu dikeluarkannya sebuah bungkusan kecil berbalut indah dan diserahkan kepada Nuha.
"Terima kasih. Nuha tak ada apa-apa pun hadiah untuk pengantin baru. Maaf ya. Nuha kan belum dapat gaji." Kata Nuha sekadar berbasa-basi.
"Doa Nuha, untuk kebahagian kami sudah memadai."
Ya, doa... tetapi aku tidak akan mendoakan kamu berdua, Faisal!

"Eh, apa ni...? Jerit Nuha sambil menolak kepala pemuda yang sedang bersandar senang sebelahnya. Tadi sudahlah ditumpahkannya kopi di baju aku, ni dijadikannya bahu aku ni sebagai tempat landing kepala dia pulak. Gatal, tak malu, marah Nuha di dalam hati.

"Maaf... maaf... cik adik, saya tidak sengaja.  Saya tertidur." Kata pemuda gatal itu, sambil meraup mukanya, terkejut apabila kepalanya ditolak kuat oleh gadis di sebelahnya. Garangnya, dia.
"Berapa kali nak minta maaf, nih?"
"Sombongnya. Awak ingat... awak cantik sangat, sampai saya teringin nak bersandar di bahu awak?"  Rungut pemuda dengan rambut separas tenguk itu.  Rambutnya kerinting macam sarang tebuan.

Nuha memandang tajam... tepat jauh ke dalam mata pemuda itu.
"Apa awak kata?"
Pemuda tadi tidak menjawab, dan matanya kembali mencari novel Michael Crichton yang jatuh di lantai keretapi. Lampu suram keretapi kelas kedua tu, masih membolehkannya terus membaca novel Prey tulisan penulis kesukaannya itu.

Keretapi berhenti di Ipoh. Dan perjalanan ke utara masih jauh. Nuha langsung tidak dapat melelapkan matanya. Pertama, hatinya sedang rawan. Kedua, dia jadi bimbang pada pemuda gatal di sebelahnya. Ketiga, lampu keretapi yang sentiasa terpasang membuat matanya tidak dapat lelap. Walau apapun alasannya... perkara yang utama tentulah hanya kerana perkahwinan Engku Faisal - Raniya Wafa'. Hanya kerana perkara itu... tidurnya sudah lama tidak pernah lena.

"Awak nak apa-apa? Saya nak turun ni." Kata pemuda tadi sebelum berdiri.
"Tak payah." Balas Nuha tanpa berpaling.
"Sombong. Budak sombong." Katanya sambil berlalu.

 
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #3 on: February 26, 2008, 02:58:06 PM »

... nak aku teruskan ker? ko nak beli novel dia...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #4 on: February 26, 2008, 07:13:01 PM »

teruskan aje su
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #5 on: February 27, 2008, 08:29:11 AM »

btul nih...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #6 on: February 27, 2008, 01:26:36 PM »

tak nak sambung sudahla hehehe
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #7 on: February 27, 2008, 02:18:04 PM »

sat g aku sambung
kang jgn mengeluh dok kata banyak bab lak
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #8 on: February 27, 2008, 03:33:16 PM »

sambung je la, kalau aku mengeluh pun bukannya ko blh dgr
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #9 on: February 27, 2008, 03:58:55 PM »

ko sorang je yg berminat...
mana yg lain hehehehe
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #10 on: February 28, 2008, 10:29:28 AM »

:: EMPAT ::
EDISI BELUM EDIT
jadi untuk apa rindu ini
jika sayapnya tidak bisa terbang jauh?

"Saya nak pergi ke kampung ni, pakcik,"  kata Nuha sambil menghulurkan alamat rumah sewanya kepada pemandu teksi. Pemandu teksi pertengahan umur itu mengangguk dan Nuha segera menyimpan buku alamat itu ke dalam beg sandangnya.

Sejak sampai subuh tadi dengan Senandung Malam di Butterworth, dia hanya sempat menggosok gigi dan membasuh muka sahaja. Badannya sudah mula rasa melekit-lekit. Sudah menjadi kebiasaannya sejak kecil, mandi dulu sebelum solat. Hari ini dia betul-betul tidak selesa. Selesai minum kopi dan makan sebungkus nasi lemak berdaun pisang di warung dekat stesen bas itu, dia terus mencari teksi. Dia ingin cepat-cepat sampai ke rumah Tuan Haji Yatim; mandi serta berehat.
"Tiga puluh ringgit, boleh?"
Nuha mengangguk tanpa mahu tawar-menawar lagi.

Siti Mazlina sahabatnya siang-sang lagi sudah berpesan, "Jangan cakap pelat KL nanti kena katok. Tambang teksi tak pernah lebih daripada tiga puluh ringgit dari Bagan, Nuha."
"Bagan?"
"Bagan tu, Butterworth bagi orang utara... kalau Nuha kata Butterworth depa tau Nuha orang luaq."

Rumah sewa yang bakal ditumpangi ni... memang rumah emak saudara Siti. Tetapi sementara menunggu teman-teman serumahnya yang lain pulang dari cuti, dia akan menumpang di rumah tuan rumah itu sendiri untuk sehari dua lagi. Mujurlah awal-awal lagi Siti sudah tawarkan tempat tinggal. Kalau tidak di mana dia hendak menggagau pagi-pagi ini untuk mencari rumah sewa. Beberapa hari yang lalu, ayah sudah pun menelefon Tuan Haji Yatim untuk memaklumkan kedatangannya. Ayah sudah berjanji akan mengunjungi Tuan Haji Yatim beberapa hari lagi. Yalah, setelah majlis kenduri rumah Pak Engku selesai.

"Tunggu sat, kalau ada orang lagi.. boleh kongsi teksi... murah sikit." Kata pemandu teksi itu yang baik hati itu semula.
"Tak mengapa pakcik... saya bayar penuh... saya nak cepat." Balas Nuha sambil mengangkat begnya ke dalam teksi. Begnya kecil sahaja, selebihnya ayah dan ibu akan membawanya apabila mereka mengunjunginya dalam beberapa hari lagi. Ditiliknya jam sekali lagi.

"Abang Lah, Kota... satu." Jerit suara dari seberang jalan.
"Hah, Muzzamil... bila balik?" Pemandu teksi itu bersalaman dengan lelaki yang berambut gondrong tu.
"Dah seminggu dah... singgah rumah Zahran dulu."ยจ
"Jom... jom... kebetulan adik ni memang nak pi tempat yang sama dengan hang."  Cis, si lelaki gatal ni lagi... rupanya.

"Badli sihat ke Abang Lah," tanya Muzzamil sebaik sahaja duduk di bangku depan.
"Alhamdulillah, dia gheja kat kampung saja. La ni buat kolam udang galah dan bela itik saja...." kata Abang Lah.
"Oh, baguih lah tu!"

Apalah malangnya nasib hari ini, semalam sudah 'sekereta-api' dengan dia... hari terserempak lagi dengan lelaki berambut sarang tebuan ni.

Muzzamil pura-pura tidak perasan Nuha di belakang.
"Hang dah gheja ka, Mil?"
"Dak. Tak dapat lagi... ingat nak balik duduk kampung sat. Tolong abah buat bendang dulu lah, kot."
Nak dapat kerja macam mana kalau rambut pun tak pernah bersikat macam tu. Entah ada berapa batalion kutu practise perang-perang dalam rambut tu, dia sendiri pun tidak sedar langsung. Nuha memerhati rambut tu semula. Besar seperti topi helmet angkasawan ke marikh sahaja. Hapak, sahlah dah lama tidak bersyampu ni. Fesyen macam ni dah tak dibuat orang... zaman Alleycats, zaman Boney M... bolehlah. Bau rambutnya itu sudah tercetak di blaus baju Nuha sejak semalam. Mananya tidak... bila kepala lelaki gatal itu dengan beraninya melintuk di bahunya sampai dua kali; tanpa warning.

Semalam lagi Nuha sudah nekad, kalau sekali lagi kepala itu landing di atas bahunya, dia akan ketuk dengan botol air mineral satu liter yang belum diminumnya itu sahaja biar kemek. Tetapi Muzzamil sudah bersedia untuk tidak terlena lagi apabila kepalanya dua kali kena ketuk dengan buku.

"Mak hang semua tak dak, kot... depa semua pi Kolompo."
"Ya ka? Ala, awat depa tak habark?"
"Tidur ghumah Abang Lah saja."
"Yalah, tapi nak balik hantar barang dulu... barang banyak ni. Tu pun tinggai setengah rumah Zahran. Ingat nak duduk KL tapi rasa cemuih pulak. Zahran pula asyik pergi gheja saja."

Lama mereka berbual hal ayam-itik, dusun-bendang sehingga Nuha jadi jemu melulu.
"Heh, awatnya dahi hang bincot sikit ni."
"Ada pompuan gila atas ghetapi semalam. Dia pukoi dengan buku."  Kata Muzzamil sambil matanya mengerling ke belakang.
Nuha mengetap bibir. Perempuan gila? Aku perempuan gila?
"Pompuan la ni ganaih-ganaih lah, Mil. Bulan sudah Abang Lah pun kena, ada ke patut dia tuduh Abang Lah ghenyeh kat dia... dia katok dengan payung."
"Tu ka? Bawak teksi la ni pun bukannya selamat sangat, kan Abang Lah... ramai pompuan ganaih, kita tengok macam pompuan baik-baik saja... elok-elok... segak-segak... tapi pompuan gila, rupa-rupanya." Kata Muzzamil sambil megerling ke belakang sekali lagi.

Nuha pura-pura tidur tetapi telinganya siap terpasang untuk mendengar butir-butir bicara Muzzamil tentang dirinya. Dia jadi geram sungguh. Harap-harap inilah kali terakhir mereka berjumpa. Jauh lagi ke tempatnya? Lama lagi ke nak sampai ke tempat ni?

Telefon berdering dua kali dan Nuha memerhati di skrin. FAISAL. Ah, malasnya untuk menjawab panggilan dari suami orang tu. Sebentar kemudian sms Faisal menyusul.

Sudah selamat sampai? Jaga diri di tempat orang. Salam sayang dari Abang dan Kak Raniya :p

Nuha, menekan balasan sms... "Tq Smiley "  Namun sebelum menyimpan telefon bimbit dalam beg sandangnya, ibu Nuha pula menelefon.

"Nuha dah sampai, ke?"  suara ibu tergopah-gapah cemas.
"Dalam teksi ke kampung tu lah ni, dalam perjalanan ni, ibu."
"Kenapa pula naik teksi... kenapa tak naik bas... selamat sikit."  Ibunya berbisik. Suara ibu yang semakin bimbang membuat Nuha rasa bersalah. Dia sepatutnya telefon ibu subuh-subuh tadi. Sekarang sudah jam sembilan, mana keluarganya tidak risau.
"Nuha, okelah ibu. Ibu jangan bimbang."
"Sampai nanti terus telefon ibu. Ayah dah susah hati tu. Sejak pagi ayah tidak selera makan sebab Nuha tidak menelefon."
"Yalah ibu... kredit Nuha dah habis. Kirim salam dekat ayah dan semua orang kat rumah tu."
"Nuha, lepas ni, ayah suruh pasang line... jangan cari alasan tak top-up kredit tu."
"Ya, ya... Nuha tahu ibu. Terima kasih. Ibu, bateri nak habis ni... Nuha nak jimat ni." Bohong Nuha lagi. Aduhai aku semakin kuat berbohong saja sejak akhir-akhir ini.

"Oh, nama dia Nuha."  "NO... HAL"... Hah, nama pun lucu. Perangai pun pelik juga. Anak manja, sekejap-sekejap ada sahaja yang menelefon bertanya khabar.

Abang Lah dengan Muzzamil terus bercerita dan Nuha sudah tidak memasang telinga. Apatah lagi mereka asyik bercakap dalam loghat Kedah yang pekat dan membuat Nuha selalu sahaja tenggelam punca. Lebih baik dia melayan hatinya yang sedang pilu.

Cantiknya pemandangan. Sawah padi saujana mata memandang. Ah, bolehkah hati yang rawan terubat dengan masa yang bergerak? Dapatkah hati yang patah pulih dengan suasana kampung yang damai begini?

"Cik, dah sampai... kat sini tempatnya. Itu rumahnya."  Suara halus Abang Lah mengejutnya dari berangan-angan. Muzzamil segera membayar tambang sebelum turun dari teksi, dan langsung ke bonet.

Nuha mengeluarkan duit dari dompetnya.
"Tak payah, cik... Abang Mil kamu dah bayar tambang teksi ni."  Kata Abang Lah lalu memulangkan wang tiga puluh ringgit kepunyaan Nuha. Abang Lah segera berlalu pergi. Nuha sudah sebal pada pemuda di depannya.
"Eh, kenapa awak pun turun kat sini juga."  Tanya Nuha setelah teksi meninggalkan mereka. Dilihatnya, Muzzamil si lelaki berambut gondrong itu mengusung barang-barangnya dari tepi jalan ke arah yang sama dengannya.
"Kenapa pula tak boleh ikut awak pulak?"
"Gila!"
"Ya, saya memang gila kat awak... walaupun awak belum mandi lagi... wajah awak ni cantik juga ya. Macam... macam...."
"Alanggg..."  Jerit seorang gadis remaja dari atas beranda rumah lama yang besar dengan tangga batu.
"Hai, Baya."  Si Baya segera berlari turun dari rumah.

"Awak ni anak...."
"Ya, saya anak yatim... anak Haji Yatim. Dan awak ni siapa pula, nak singgah di rumah saya? Oh, emak saya sudah pilih calon menantu untuk saya ke ni? Baguih... Baguih!"

Cis, hari ni betul-betul malang.

Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #11 on: February 28, 2008, 10:30:11 AM »

:: LIMA ::
EDISI BELUM EDIT
adakah desir angin padang
mendengar keluhan hatiku?

"Emak ke KL ada kenduri saudara kat sana. Esok balik lah. Malam ni Kak Nuha tidur di rumah Baya dulu. Petang esok baru Cikgu Afifa dan Kak Hanis balik. Mak tak bagi Kak Nuha tinggal sorang-sorang kat rumah tu." Kata Nurbaya dengan panjang lebar.

"Baya tak ikut?"
"Nak ikut sebenarnya, tapi lusa dah sekolah. Lagipun emak suruh Baya tunggu Kak Nuha datang. Malam semalam Baya ajak kawan tidur sini. Malam ni legalah... Kak Nuha ada. Alang pun ada." Kata Baya.
Norbaya, gadis manis - adik musuh ketatnya โ€“ itu belajar di tingkatan lima di sekolah dekat-dekat kampung ni saja.

"Baya, Kak Nuha nak mandi dulu nih... dah sakit kepala, nasib baik rambut Kak Nuha ni pendek... kalau tak dah kena migrane... yalah, dah pukul sebelas tak mandi lagi nih." Kata Nuha, dengan niatnya hendak mengutuk si lelaki rambut gondrong yang duduk tidak jauh dari dapur tu. Relaksnya duduk di situ dengan gitar di tangan mengalahkan seniman.

"Mandilah kak, bilik air di belakang ni sahaja." Kata Baya sambil membawa mata Nuha ke arah bilik air di bawah.
"Air telaga, tetapi akak hanya perlu pam saja... tak perlu ceduk. Tapi akak jangan bimbang, di rumah sewa akak nanti... ada air pancur. Rumah sewa akak di sebelah sana ni sahaja... nantilah Baya tunjukkan." Sambung gadis manis itu lagi, perangainya macam langit dengan bumi berbanding dengan si Muzzamil tu.
"Terima kasih, Baya." Baya hanya membalas ucapan Nuha dengan senyumannya.

Nuha segera mengambil tuala dari beg bajunya.
"Petang nanti Baya bawa Kak Nuha bonceng, kita ronda-ronda seluruh kampung. Kak tahu bawa motor ke? Susahlah kalau tak ada kenderaan nak kerja di kampung ni. Luas juga, tau."
"Kakak tak pandai bawa motor. Kak ingat nak beli Kelisa aja. Itupun nak tunggu dua tiga bulan lagi. Kak belum ambil lesen ni."
"Oh, susah juga tu,"
"Sementara tu akak nak beli basikal ajalah dulu."
"Basikal? Tak payah belilah kak... basikal Alang ada... masih elok pun."
"Tak payahlah... kak memang nak beli nih."
Nak meminjam basikal Abang Mat Sarang Tebuan kau? Sorrylah, tak ingin aku!

Sekejap saja mereka sudah saling berkenal mesra. Baya memang peramah. Walaupun dia baru berumur enam belas tahun setengah, tetapi cara fikirnya macam perempuan dewasa. Dia yang bercita-cita menjadi doktor tu, mengingatkan aku pada cita-cita aku yang tidak kesampaian... dan tiba-tiba juga membuat aku terkenang kepada dia untuk sekian kalinya pagi ini....

"Baya, buat kopi satu." Jerit Muzzamil dari tengah rumah.
"Siap." Balas Baya sambil menjelirkan lidah. Baya ni lucu juga orangnya, kalau dengan Alangnya dia jadi terlebih budak-budak pula. Baru sahaja Nuha memujinya sebagai orang dewasa โ€“ di dalam hati, tentunya โ€“ tapi sekarang dia dah jadi macam Nana anak buah Nuha pula.
"Okeylah kak, Baya nak buat kopi sekejap... nanti angin dia datang, susah kak. Alang tu bergaduh dengan abah, sebab tulah dia dah lama tak balik... tiba-tiba aja muncul ni. Tak taulah nak duduk di kampung lama mana? Dia ni angin sikit tapi kalau akak kenal betul-betul... hah, akak akan jatuh hati... dia tu caring dan romantis juga orangnya." Kata Baya seakan berbisik.

'Akak akan jatuh hati!' Jatuh hati? Tidak mungkin, daripada jatuh hati kepadanya lebih baik aku jatuh hati pada... pada... pada King Kong. Nuha ketawa di dalam hati. Jatuh hati konon... kalau 'luruh hati' kerena terkejut dengan tindakannya tu adalah....

Walaupun Baya seperti suka mengutuk abangya, tetapi daripada sinar matanya, Nuha tahu hubungan mereka sangat rapat. Lalu Nuha sudah berjanji dengan hati, dia tidak mungkin memburuk-burukkan Muzzamil di depan Baya walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Dia tidak mahu kehilangan pengaruhnya di depan Baya.

* * * * *

"Kak, kita tak jadi pergi rondalah, kak." Kata Baya sebaik sahaja Nuha keluar dari bilik mandi dengan rambut berbalut tuala warna ungu lembut.

"Sekejap lagi Wani nak datang, kita orang nak pergi kedai buku... rupanya ada buku yang tak ada di koperasi sekolah. Nak tunggu buku sampai takut lambat sangat... ingat nak pergi Butterworth cari bukulah ni, kak. Kami pergi dengan kakak Wani, petang baru balik. Baya minta maaf, kak."
"Tak apalah Baya. Akak pun rasa nak tidur aja petang ni. Lepas solat zuhur, akak memang nak tidurlah Baya. Tak nak buat apa-apa. Letih naik kereta api tak habis lagi." Kata Nuha untuk mengurangkan rasa bersalah Baya. Yalah, walaupun badannya sudah segar lepas mandi, tapi mentalnya masih letih... letih terkenangkan Faisal dan letih dengan karenah Alang si Baya ni sepeanjang malam.

"Tapi kak, Baya nak minta tolong sikit... "
"Apa?"
"Baya dah masak gulai dalam periuk tu. Nasi pun dah Baya tanak dalam rice cooker. Cuma nak goreng ikan saja, tapi Baya dah pun bubuh garam kunyit nanti akak tolong goreng ya. Lepas tu buat sayur kacang panjang aja. Alang tu kalau nak makan mesti paling-paling kena ada tiga mata masakan. Susahlah dia tu... angin." Bisik Norbaya penuh berharap.

"Pergilah, nanti akak buat."
Bolehkah kita berkata 'tidak' kepada gadis manis seperti Norbaya. Kalaulah aku hendak meracun Muzzamil, inilah masanya. Ibu bapa dan adiknya tidak ada, hatiku yang nakal mulai berbisik.
"Baya, jangan balik malam sangat... tinggal akak dengan Alang sahaja. Akak takut nih."
"Jangan bimbang lepas makan tengah hari, Alang nak pergi rumah Badli, anak Abang Lah Teksi tu. Cepat akak masak, cepatlah dia pergi. Lagipun Baya dah suruh Du'a datang temankan akak."
"Du'a?"
"Oh, dua pupu Baya... tetapi dia ni sebelah abah. Sekejap lagi dia datang."

Hmmm, leganya. Takutnya kalau aku tertangkap berdua-duaan dengan Alang, mampus aku kena kahwin dengan Mat Sarang Tebuan ni dan hidup menderita dengannya seumur hidup.

"Kak takut dekat Alang ya?" tanya Baya dengan hairan.
Nuha menangguk tanpa mahu berpura-pura lagi. Takut, takut sangat.
"Dia tu bukannya teruk sangat...." Balas Norbaya. Yalah, siapa yang tidak membela saudara sendiri.

Nuha tidak mahu menyambung, dia sudah tersilap langkah... mengata yang bukan-bukan kepada Alang si Baya tu.
"Alang ni pun satu hal... dah berhari-hari balik Malaysia, tapi hari ni baru balik ke rumah. Waktu emak ada... dia tak nak balik pulak!"
"Dia tinggal mana selama ini?"
"Dia bekerja sebagai penyelam mutiara di Hobart, kak. Dia dah lama lari dari rumah ni sebab bergaduh dengan abah. Entah, apa mimpinya pulang ni entahlah. Selama ini dia tipu abah, yang dia pergi belajar... tetapi dia belajar separuh jalan... dia... ah, malaslah cerita fasal Alang tu. Dia tu peliklah kak." Kata Baya sebelum berlari turun apabila bunyi kereta kakak Wani; hon dua kali.

"Alang, Baya pergi ni." Jeritnya pada Alang yang sedang tidur di bawah buai yang diikat pada pohon rendang. Gitar masih di tangannya.
"Nanti Alang nak makan macam mana?"
"Nanti Kak Nuha masak." Jerit Baya sebelum masuk ke dalam kereta kakak Wani.
"Baya... Baya... pandai orang KL masak?"
Namun kereta itu sudah menjalar di jalan. Alang mendengus perlahan.

Aku tak tahu masak? Bisik hati kecil Nuha. Nuha tersenyum senang. Tahulah aku nak tambah apa dalam masakan aku nanti! Tunggulah Alang Retak Seribu... biar aku sediakan santapanmu.

Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #12 on: February 28, 2008, 10:31:02 AM »

:: ENAM ::
EDISI BELUM EDIT
jantungku terus membeku
lidahku terus membisu

Kadang-kadang aku sering tertanya-tanya, kenapa abah selalu sahaja tidak sehaluan denganku? Abah sayang Kak Huda, abah sayang Zahran, abah sayang Baya... tetapi abah memusuhi aku sungguh-sungguh. Membenci... membenciku?
Bagi abah, aku merosakkan nama baiknya di kampung ini. Penampilan aku serba tak kena baginya. Salahkah kalau aku buat rambut ala-ala Boney M, kumpulan penyanyi disko tahun 70-an kesukaanku itu. Cantik apa? Semasa di Hobart, ramai yang terpikat dan takjub memandang โ€“ seorang penyelam mutiara dari Asia โ€“ rambutku yang unik. Malah ikan-ikan dalam laut juga teruja dengan aku. Ikan-ikan tu sering menganggap rambutku aku seperti rumpair โ€“ tempat berlindung โ€“ dan ikan-ikan di Laut Tasman suka sekali berenang-renang di tepi rambutku. Tetapi di sini orang memandangku seperti....

Hah, macam budak 'No Hal' tu... dia ingat dia cantik sangat lah tu, memandang orang pun dengan pandangan tajam-sinis. Semasa dalam teksi tadi bukannya aku tidak nampak dia asyik memandang rambutku lebih banyak dari memandang wajahku yang... yang kacak jugalah tu. Semua orang kata wajah aku ni ala-ala Mido โ€“ pemain bola sepak Tottenham Hotspur โ€“ yang berasal dari Mesir itu. Nuha tu memang tidak pandai menilai antara kaca dengan permata. Huh, dan dia tu garangnya mak datuk. Sanggup dia pukul aku yang terlelap dengan buku! Bukannya aku sengaja... aku pun tahu dosa pahalalah.

Kalaulah abah balik esok, pertama sekali tentu sahaja aku harus memotong rambutku! Sayangnya, tapi... ah... biarlah dulu, nanti bila abah berleter baru aku potong pendek. Muzzamil masih sedang tawar-menawar dengan hati, sejak tadi.

Bagi abah aku ni serba tidak kena... serba tidak betul di matanya. Salahkah aku, kalau selepas belajar... aku tidak mahu bekerja macam orang lain? Aku teringin sangat mempunyai kebebasan seperti Badli, belajar akauntan tetapi jadi penternak. Bagi aku, tidak banyak yang aku harapkan dari hidup ini. Ya, aku hanya ingin mengembara mencari ilham untuk puisi-puisi kemanusiaanku, menerokai di setiap daerah; di seluruh lorong-lorong dunia untuk kerja-kerja seniku... tetapi abah tetap tidak mengerti.

Abah bukannya seniman. Kata abah, setahunya... 'usaha tangga kejayaan'... sahlah prinsip abah sudah tidak lagi dibincangkan di kuliah-kuliah Penggajian Perniagaan di seluruh dunia. Mana ada cogankata begitu diguna pakai orang lagi? Sekarang orang mesti menanam SATU prinsip sahaja... work smart dan bukannya work hard.

Setelah bergaduh dengan abah dua tahun lalu, aku melarikan diri ke Hobart menjadi penyelam mutiara. Pendapatan aku lumayan, tetapi abah masih tidak bersetuju. "Tak boleh ke kau ikut Abang Zahran kau tu?" tinggi saja suara ayah pagi itu.

Ikut dia? Ikut macam mana? Abah tidak pernah mampu menghuraikannya. Zahran hanya tahu kerja... kerja... sahaja sampai tidak ada masa untuk memikirkan tentang dunia. Apabila kita tanya apa-apa, dia akan terpinga-pinga. Eh, betulkah ada pengeboman di Bali? Betulkah Tsunami melanda dekat-dekat kampung kita tahun lalu? Betulkah Pengerusi MAS sudah digantikan dengan orang lain. Aku yang tinggal di Tasmania ni pun tahu semuanya, dia yang tinggal dekat dengan tempat kejadian itu tidak tahu apa-apa. Apa ni?

Itulah Zahran, abang aku... buah hati abah. Belajar komputer, kemudian setelah bekerja sebagai pengaturcara sejak empat tahun yang lalu... dia terus tenggelam punca; sesat dalam maya... mindanya hilang di dunia nyata... dia terus 'koma' dari menjadi seorang manusia!

Aku lain. Aku tidak seperti Zahran. Aku ada wawasan. Tapi abah tidak pernah mahu mengerti. Hanya kerana aku tidak berpeluang membawa abah dan emak ke majlis konvokesyen, dua tahun dahulu... abah tuduh aku gagal peperiksaan. Hanya kerana aku tidak mahu menyerahkan ijazah biokimia untuk digantung di ruang tamu rumah... aku dimusuhi abah terus menerus.

Bagaimanapun bulan sudah emak menelefon, abah sudah berubah. Abah mahu aku pulang. Pulanglah sebelum abah tukar fikirannya, pujuk emak. Abah mahu aku membantunya di bendang. Abah tidak mahu aku menjadi penyelam mutiara lagi. Betulkah begitu? Abah sudah memahami yang aku sudah bosan dengan ijazah biokimia itu, agaknya. Abah sudah tidak kisah sekiranya dia terpaksa bayar balik baki pinjaman itu kepada kerajaan. Sebenarnya aku sudahpun melunaskan lapan puluh peratus daripada hutang pinjaman itu, daripada pendapatan dua puluh bulan sebagai penyelam mutiara, di Tasmania!

"Makan." Jerit Nuha dari atas rumah membuat Muzzamil tersentak.
Muzzamil memerhati mukanya dalam air di kolam berdekatan dengan buaian bawah pokok jambu air itu. Kalau aku hendak 'mengadap' abah esok โ€“ dengan suasana damai, agar abah tidak kena serangan jantung โ€“ aku haruslah:
โ€ข menggunting rambut kesayanganku,
โ€ข menukar seluar jean lusuh dan bertampung-tampung ini dengan yang baru,
โ€ข menyimpan gitar ni dalam gudang padi.

Itu sahaja. Susah sangat ke hendak ambil hati abah? Tanya hati Muzzamil untuk sekian kalinya. Generation gap dengan abah, harus dihindari dari awal. Dia sudah rindu untuk menetap di kampung ini lagi semula. Walaupun sebenarnya dia belum pernah puas lagi untuk menggembara. Tetapi yalah, kampung ini sudah lama dia tinggalkan. Dia juga sudah mulai rindu pada abah, emak, Baya, Zahran, Kak Huda sekeluarga... juga sudah tentu kepada dia!

"Makanlah." Jerit Nuha sekali lagi.
"Yalah, sibuk!"
"Apa awak kata?"
"Kata apa?... kata apa, kata apa?"
Nuha menarik muka lagi. Mana Du'a ni? Tak sampai-sampai lagi ke? Jauh ke rumahnya. Nuha memandang ke arah jalan untuk sekali lagi.

Mereka berselisih di tangga.
"Awak nak ke mana pula tu? Tak nak makan ke?" tegas sahaja suara Muzzamil.
"Nanti saja. Kalau awak atas rumah, saya kena duduk bawah rumah... jaga keselamatan diri sendiri." Kata Nuha dengan beraninya.

Mananya Nuha tidak berani; matanya sudah pun melihat seorang gadis memasuki ke arah laman rumah Haji Yatim dengan basikal mini. Tentu sahaja itu Du'a. Sebab itulah mulutnya segera jadi berani, menganggu sarang tebuan itu, tengah hari ini. Cepatlah hari esok, aku sudah tidak tahan duduk sebumbung dengan Muzzamil ni.

"Eh, Du'a... dah besar pun adik Alang nih. Kak Li'a ada di ghumah?" sapa Muzzamil dari atas rumah.
"Oh, Alang. Bila balik? Er... er... Li'a ada...." kata Du'a tergagap-gagap, terkejut barang kali.
"Ya, nanti lepas makan abang terus ke sana... rindu betul kat Li'a." kata Muzzamil sambil naik ke atas sambil bersiul-siul girang.

Wah, bukan mainnya Cik Mamat Sarang Tebuan ni... ada buah hati pula dia kat kampung ni. Siapalah gadis malang tu? Mujurlah bukannya aku!

Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #13 on: February 28, 2008, 10:31:49 AM »

:: TUJUH ::
EDISI BELUM EDIT
jangankan untuk menyapamu
untuk menoleh pun aku enggan

"Nuha, mai sini... apa yang awak buat ni? Cuba rasa sayur ni... rasa... sayur ke serawa ni?"
"Serawa?"  Nuha buat-buat innocent macam anak kucing jatuh dalam abu.
"Pengat... sayur lemak kacang apa ni, manis melecas dan bubuh daun pandan pula."
"Oh, orang tak bubuh gula dan daun pandan buat sayur lemak kacang panjang ya?"  Nuha pura-pura terkejut pula.
"Awak ingat ni bubur Asyura ke? Sengaja ya? Sengaja nak cari fasal dengan saya... ikan ni ada ke goreng sampai hangus hitam macam ni, kucing pun tak lalu nak makan, tahu."
"Ia?"
"Gulainya pula masinnya... awak nak bunuh saya, Nuha?"
Kalau nak bunuh dengan masinnya garam lambat sikit kesannya, senang lagi beri racun tikus. Nuha tertawa dalam hati. Sejak semalam dia tak habis-habis menyakat aku, sekarang rasakan lah! Dia ingat aku ni, perempuan yang tiada perasaan ke? Dia ingatkan hanya dia seorang sahaja di dunia ini yang berjiwa seniman, gamaknya? Selama ini hanya dia sahaja yang ada sensitiviti... aku ni sebagai manusia biasa, tak ada rasa sebegitu... rasa sebagai seorang seniman? Banyaklah awak punya seniman, Cik Muzzamil! Hati Nuha mencemuh.

"Saya mana biasa masak... dan saya tak biasa pun masuk ke dapur. Di rumah saya ada bibik dari Surabaya yang masak untuk saya setiap hari. Saya kan budak KL. Orang Kota Metropolitan." Kata Nuha lagi, pura-pura tak ada perasaan.
"Buat hilang selera orang sajalah." Kata Muzzamil sambil mencapai kunci motoersikal dan turun ke bawah.

Nuha segera membuang semua saki baki makanan ke dalam tong sampah. Sebentar kemudian Nuha menghidangkan semula dalam pinggan yang lain. Gulai ikan keli yang sedap hasil air tangan Baya; sayur kacang panjang goreng dengan udang dan ikan gelama goreng. Dia juga letakkan air sirap dan nasi. Nanti mestilah Baya tidak percaya cerita yang dibawa oleh abang kesayangannya itu; apabila dia merasai hidangan di meja. Padan muka.

Nuha segera menyertai Du'a yang sedang membaca majalah di ruang tamu dan mempelawa Du'a makan tengah hari.
"Dah makan di rumah dah, sebab tu Du'a lambat."
Selepas berbasa-basi sekejap dia meminta diri untuk tidur sebentar.
"Kak nak tidur dulu, apa-apa hal... Du'a kejutkan akak ya."
"Kak... saya ada hal nak cakap sikit ni. Saya nak guna telefon bimbit akak sekejap, boleh."
"Boleh, sekejap akak ambilkan. Kenapa Du'a? Macam cemas sahaja."
"Memang cemas kak, Kak Li'a kawan Alang tu... sudah kahwin dengan orang lain. Saya takut Alang ke rumah... nanti jadi perang saudara pula dengan suami Kak Li'a."
"Cepatlah, kalau macam tu... akak pun jadi bimbang nih."

* * * * *

"Kenapa Baya tak cakap Marlia dah kahwin dengan Badli."
"Alang tak tanya... mana Baya ingat nak bercerita pulak."
"Du'a pun tak cakap... nasib baik Alang tak kena katuk dengan Badli tadi, kerana mengurat isterinya." Kata Muzzamil.
"Alang sebenarnya ada apa-apa ke dengan Kak Li'a."
"Ada apa pula?"
"Yalah, emak pun tanya benda yang sama... apabila Mak Esah tanya hal Alang dengan Kak Li'a hari tu. Mak Esah memang tak nak lepaskan Kak Li'a lagi, tapi Alang pun tak janji apa-apa. Alang pun tak kerja. Siapalah yang hendak buat menantu. Sebab tu lah, emak mana berani nak janji apa-apa dengan Mak Esah."
Baya berhenti sekejap. Menunggu Alang membalas kata-katanya.
"Alang... Baya tumpang simpati." Kata Baya.
"Simpati apa pula? Tak ada apa-apa pun... memang tak ada apa-apa pun. Li'a tu sekelas dengan Alang sahaja, dah tu dia sedara kita pula. Itu sahaja. Dah lah Baya, jangan nak buat drama pula kat sini."

Padan muka... malulah tu, kalau aku jadi Li'a... aku pun tidak teringin nak tunggu kamu, Muzzamil. Macam orang yang tak ada pedoman hidup saja. Nuha membesarkan telinganya. Kenapalah aku jadi macam ni, hendak ambil fasal hal Muzzamil ini? Padahal aku sendiri sedang duka nestapa. Kekasih hatiku pun kahwin dengan perempuan lain, dah perempuan tu kerja doktor pula.  Sedihnya.

"Alang, kalau Alang tak ada apa-apa perasaan... kenapa Alang bawa hadiah ni? Alang nak beri kepada Kak Li'a ke?" soal Norbaya apabila melihat kotak warna biru tua dari Baldu.
"Hadiah ni, bukan untuk Li'a... tetapi untuk Baya."
"Yalah tu, tiba-tiba rantai tangan mutiara ni untuk Baya pula. Mengaku ajalah... rantai tangan ni untuk Kak Li'a... buah hati Alang, kan."
"Betul, untuk Baya. Kalaulah Alang jumpa buah hati nanti, Alang akan propose dia dengan karangan rantai mutiara yang Alang sendiri menyelam di lautan luas."
"Ada ke rantai tu sekarang."
"Sibuk! Penyibuk!" kata Muzzamil sambil mengerling.  Juga mengerling ke arah Nuha yang pura-pura tidak mengendahkan perbualan mereka dua beradik.

Lama mereka bercerita fasal orang kampung, dan Nuha sudah malas untuk memasang telinganya.  Tiba-tiba telinga Nuha membesar lagi.
"Baya, Alang laparlah. Dari tengah hari tak makan." Setelah marah kepada Nuha dia ke rumah Badli, di sana dia jumpa Marlia. Sungguh tidak disangka, Marlia  memilih untuk menerima Badli dalam hidupnya; daripada menanti aku. Tetapi yalah, aku yang tinggalkan Li'a tanpa sepatah kata, mana mungkin Li'a dipersalahkan kerana tidak setia. Lagipun rasa-rasanya aku tidak pula menyimpan apa-apa perasan yang mendalam kepadanya.  Betulkah begitu?

Entah kenapa, ya... aku tidak betul-betul menaruh hati kepada dia. Sejak sekolah dulu pun, dia sekadar temanku yang paling rapat; tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Betulkah begitu? Padahal semalam Marlia adalah sebuah alasan kenapa rinduku tidak pernah usai untuk kembali ke kampung ini. Tetapi hari ini perasaan itu tidak ada lagi!  Kenapa? 
Mungkinkah kerana Li'a telah memilih Badli, teman baikku (dan teman baik Li'a juga, tentunya) dan aku senang sekali melihat mereka sangat berbahagia. Kalau bukan kerana Marlia, kenapa ya... keinginanku untuk pulang ke kampung menjadi begitu kuat sekali? Aku sanggup tinggalkan pekerjaan yang aku senangi dengan pendapatan yang lumayan... hanya untuk pulang ke desa yang terpencil ini....

"Alang, tak makan lagi?  Jangan buat storie baru!" Norbaya menyoal seperti inspektor polis.
"Kak Nuha tu masak ntah apa-apa. Gulai masin, sayur lemak jadi serawa... ikan hangus, rentung hitam macam masak arang."
"Alang ni tak baik tau, tuduh bukan-bukan pada Kak Nuha. Alang tak suka dia ke? Kenapa?" Muzzamil mengikut Norbaya dari belakang ke arah dapur. Du'a telah lama pulang.  Dapur dengan ruang tengah tu dekat sahaja.

"Alang tahu, tak... Angah dah bertunang dengan Cikgu Pipah."
"Zahran dengan Pipah? Pipah mana?"
"Dia sewa di rumah sewa kita... di belakang ni. Baru ni Angah balik cuti, dia jatuh hati... dan emak terus masuk meminang. Cuti sekolah nanti sudah nak dilangsungkan."
"Hah, Zahran dah sedar daripada 'koma'?"
"Apa Alang ni? Tuduh macam tu kat Angah."
"Alang, Baya rasa... rumah sewa kita ni magic tau... dulu ingat tak, Abang Long sewa rumah tu... terus jatuh hati pada Kak Long Huda. Lepas tu Cikgu Pipah. Lepas ni Alang dan Kak Nuha."

Mata Muzzamil terbeliak luas.
"Nuha?"
"Tolonglah Baya doakan yang lain, yang elok-elok sikit untuk Alang."
"Apa yang tak kena dengan Kak Nuha tu?" sambungnya.
"Banyak tak kena, Baya. Serba tak kena, Baya."
"Alang ni, dia ajalah yang betul dalam dunia ni. Kalau tak suka dekat Kak Nuha, kita ada juga Kak Hanis. Kak Hanis tu pegawai pertanian, dia pun menyewa rumah tu.  Dia tu comel juga, cuma julung-juling air sikit." Sambung Norbaya.

"Baya, Nuha tu kerja apa?"
"Haaa, tengok tu, Alang sudah tertarik."
Alang mencebik dan Norbaya ketawa senang.

Norbaya mendekati tudung saji dan melihat makanan yang masih terhidang belum terusik. Alang ni menjamah pun tidak, sudah tuduh macam-macam kepada Kak Nuha. Baya merasai sesudu gulai, dan meratah sayur goreng.
"Alang buat cerita ya? Gulai ni sedap aja... Baya yang masak. Alang tak suka air tangan Baya ya? Alang sebenarnya, rindukan masakan emak, ya?"

Baya merenung mata abangnya yang jernih. Alang ni macam-macamlah. Muzzamil merasa gulai tu semula. Juga sayur kacang. Dan ikan tu memang digoreng garing elok, berbaris kemas dalam pinggan leper. Nuha ni memang nak kena. Dia hendak mempermainkan aku ya. Tunggulah akan ada revenge lepas ni.  Baru dia tahu siapa Muzzamil Muaz Yatim.

"Sampainya hati Alang buat cerita... sayur lemak pula... ni kan sayur goreng. Duduk baru dua tahun di Tasmania, Alang sudah lupa ya untuk membezakan sayur goreng dengan sayur lemak?"
"Baya, betul... abang bukannya berbohong. Nampaknya Baya lebih percayakan orang daripada Alang?"  mendatar suara Muzzamil.
"Alang, baik saja Alang mengaku... Alang sedang patah hati sebab Kak Li'a kahwin dengan Abang Badli... mengaku ajalah, jangan buat cerita Kak Nuha buat aniaya kat Alang pula. Kalau Kak Nuha dengar... kesian dia." Balas Nuha sambil mengambil pinggan nasi.

Ya, aku sedang mendengarlah ni. Dan aku sedang bergembira senang, kata Nuha dalam hati. Wahai Alang, itulah ubatnya untuk orang yang 'berangin'.
"Kak Nuha, marilah makan ni. Kita makan ramai-ramai."
Nuha segera ke meja makan. Dia jadi seronok melihat muka Alang yang sudah menyinga. Lagipun perut Nuha memang sudah lapar. Jam di dinding menunjukkan pukul lima petang, dan mereka bertiga baru sahaja menikmati makan tengah hari dalam suasana dingin... sedingin nasi dan lauk-lauknya. Hanya Baya yang berceloteh senang. Tanpa sedar angin pijar senang bertiup dalam hati Nuha dan Muzzamil... lahar gunung berapi tu belum meletup aja lagi.

"Ada bukunya, Baya?"
"Alhamdulillah ada, Baya siap beli buku ulang kaji pun. Tak sabar nak balut dan nak baca malam ni. Sebenarnya Baya teringin nak belajar di luar negara, tapi sejak Alang jadi macam ni... abah dah tak benarkan Baya ke mana-mana. Belajar dalam negera sahaja... pesan abah." Kata Baya sambil meratah kepala ikan gelama.
"Jadi macam mana pula?" kata Alang sambil memandang adiknya dengan renungan tajam. Depan-depan Nuha pandainya dia bercerita seenaknya; memalukan abang sendiri.
"Macam nilah... kata abah, Alang tu... rebus tak empuk."
Tangan Alang siap mencubit Baya.
"Aduh, sakitlah." Jerit Baya.

"Rebus tak empuk?" Balas Nuha dalam hati. Mulai hari ini dia akan panggil Muzzamil ni sebagai 'Alang Rebus Tak Empuk'. Sedap juga nama tu berbanding nama Cik Mamat Si Sarang Tebuan tu. Nama Mamat Si Sarang Tebuan tu klise ajalah... berbanding Alang Rebus Tak Empuk.

[Bersambung]
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #14 on: February 29, 2008, 03:35:09 PM »

-:: 8 ::-
EDISI BELUM EDIT

sebutir cintaku yang hilang
sedihnya tertambak di dada

Angin penghujung bulan Februari berdesir gemalai. Musim hujan baru sahaja selesai. Anak-anak padi sudah setinggi separuh betis, hatiku diburu rasa senang sekali.

Aku menatap ke arah sawah bendang yang menghijau dari jendela kamar. Kamar kecilku, menghala terus ke bendang saujana mata memandang. Aku tertawan lagi. Takjub! Sungguh takjub... ya... bagaimana aku boleh betah tinggal di daerah ini, padahal sudah bertahun-tahun aku membesar di Kota Metropolitan? Mungkin juga kerana suasananya yang indah damai membuat hatiku jadi senang menetap di sini. Atau mungkin juga kerana aku sedang merajuk dan membawa hatiku yang sedang rawan, lalu tempat ini menjadi medan pelarian untuk aku bersembunyi dengan perasaan sendiri!

Itulah yang sering aku tanya dengan hatiku sendiri, tetapi jawapan tetap tidak pernah lagi menyebelahiku. Aku dibiarkan sendiri...tanpa ada pilihan jawapan.

Tiba-tiba hati Nuha berdetik lagi. Apa khabar Faisal? Sudahkah dia โ€“ mereka โ€“ pulang daripada bulan madu? Aduhai masa, dapatkah aku merawat luka di hati? Sembuhkah kalau luka itu kuubati sendiri? Rasa sedih itu menghimpit lagi seperti hari-hari kelmarin. Nuha menghapus air mata di hujung jari.

Nuha memerhati ke arah jendela sekali lagi. Dari jauh dia dapat lihat Alang sedang sibuk di batas bendang. Asar sudah lama berlabuh, dan anak muda itu masih belum puas mengatur langkah di bendang. Rajin benar dia! Kata Baya, Alang sudah mulai bekerja dengan Haji Yatim; abah mereka. Alang mengurus kilang padi abah mereka, dan kadang-kadang menyelia sawah bendangnya juga. Itu sajalah sejarah hidup seniman kita itu, balas Nuha di dalam hati. Kenapa ya, kami masih tidak dapat berdamai? Tanya hati Nuha sekali lagi. Lelaki ego yang sentiasa merasakan dia pandai dan kacak itu memang susah untuk dimengerti.

Kata Baya, abangnya selalu mendakwa dia tu sekacak Mido, pemain bola sepak dari Mesir itu. Kesiannya seniman kita yang seorang ini, memuji diri sendiri tanpa rasa malu dan segan. Yalah, kalau sudah tidak ada sesiapa yang ingin memujinya, dia perlulah ambil inisiatif sendiri.  Agaknya 'Mido' ni sedang terperangkap dalam ego sendiri. Sejak aku tahu, dia tu 'Mido'... aku tidak pernah berhenti melanggan akhbar Star dan New Straits Times serta majalah Shoot; mencari gambar pemain bola sepak yang beraksi untuk Tottenham Hotspur itu. Pada hari yang ketujuh belas... akhirnya aku dapat melihat 'wajahnya' terpampang dalam ruangan sukan di akhbar Star. Gambar besar dan berwarna itu, aku tatap berulang kali; sebelum aku membuat SATU kesimpulan. Begitu rupanya orang kacak itu... namun aku tidak pula nampak raut wajah Mido dalam muka Alang pun! Perasan. Perasan sungguh.  Susahlah kalau orang hidup dengan rasa perasan ini!

Setelah tahu begitu rupanya Mido sebenar (dan membandingkan dengan 'Mido' tiruan), aku pun sudah berhenti melanggan akhbar dan majalah Inggeris. Tiba-tiba Hanis jadi hairan, kenapa semangat berkobar-kobarku membaca bahan-bahan sukan dalam bahasa Inggeris - sebulan yang lalu - berhenti mendadak.  Tidak mungkin aku bercerita kepada Hanis, aku sekadar teringin melihat bagaimana rupanya, Mido.  Itukan rahsia yang aku kunci kejap-kejap dalam relung-relung hatiku.  Depan Hanis aku ingin kelihatan manis.

Lalu akhirnya aku terpaksa 'mereka cerita' dan memberitahu Hanis, yang konon-kononnya semangatku untuk fluent dalam bahasa Inggeris sudah mengendur. Tambahku lagi, lebih baik aku belajar loghat Kedah daripada belajar bahasa Inggeris. Lalu Hanis mengusik, aku sudah jatuh hati dengan orang Kedah sebab itu aku ingin belajar loghat mereka. Suka hati kamulah, Hanis... aku malas untuk berdebat.

Kenapa ya, aku suka ambil tahu dengan cerita dan hidup Alang. Kampung kecil ini tiada apa-apa benda yang menarik untuk dilakukan, mungkin... kerana itulah cerita-cerita Alang lebih menarik hatiku.

Semalam Siti Muzlina, menelefon bertanya khabarku. Banyak cerita yang aku dengar dari mulutnya. Terasa aku tertinggal beribu-ribu detik dari masa mereka. Cerita kawan-kawan kami di sekolah jururawat dulu; membuat aku tersenyum-senyum sepanjang malam. Rupa-rupanya cuma aku yang terlepas โ€“ bekerja โ€“ di kampung ini; yang lain-lain bekerja di hospital besar... di bandar besar.

Sebelum meletakkan telefon Siti sempat berpesan, "Nuha kena hati-hati sikit dengan Alang tu... dia tak tu berapa betul sikit. Dia tu belajar biokimia di Jerman, tapi tak khatam... sahlah dia ketulah semangat Hitler dalam mendera hati orang."

Tanpa perlu berpesan pun aku tetap berhati-hati, Siti! Balas aku di dalam hati. Aku cuma malas untuk melafazkan kalimat itu sahaja kepada Siti. Mana tidaknya, Siti dan Alang tu, tetap saudara sepupu. Mana aku berani! Walau bagaimanapun aku ni tetap orang luar bagi Siti. Dengan Alang... aku selalu meletakkan jarak di hati apatah lagi di alam sebenar. Aku juga tidak mahu mencari fasal dengannya. Apatah lagi aku sering diingatkan oleh Hanis: antara cinta dan benci hanya dipisahkan oleh satu garis halus. Lalu aku jadi takut untuk membencinya sungguh-sungguh... tetapi jauh di sudut hati, aku memang sedang membencinya sungguh-sungguh. Begitulah yang aku rasa!

Minggu lalu begitulah, aku dan Hanis sedang berbual-bual di pangkin belakang rumah. Kami berteduh di bawah pokok limau bali dekat-dekat bendang itu. Petang itu Pipah masih di sekolah, suasana damai sahaja. Aku sedang makan tebu dengan Hanis. Aku pepak macam tu aja, gigi aku memanglah kuat... Hanis asyik ketawakan aku. Katanya, gigi aku kuat macam gajah. Hanis tu rajin, dipotongnya buku tebu menjadi persegi kecil selepas dibuang kulitnya. Hanis makan seperti gadis-gadis yang bersopan santun. Menggigit dan memamah serta menghisap manisnya madu tebu dengan tertib.
Dalam sedang kami berseronok-seronok berceritalah itulah, tiba-tiba aku terdengar ada benda yang jatuh 'berdebum' ke dalam kolam. Apabila mataku beralih ke arah bunyi; aku lihat Alang sudah di dalam kolam ikan itu. Ya, kolam dekat dengan pokok jambu air tu โ€“ tempat Alang selalu bertapa setiap hari itulah. Alang memang suka tidur di buaian yang terentang di situ. Kalau tidak ada apa-apa lagi untuk dilakukannya, itulah pekerjaannya; tidur pulas di dalam buaian macam bayi terlebih makan vitamin.

Alang terkapai-kapai sekejap dan apabila Alang timbul dari kolam itu, aku lihat rambutnya kemik... opps... kempis... macam tayar kereta pancit. Maaflah, aku tidak dapat menyeka ketawa seperti Hanis, si gadis yang bersopan santun itu. Aku senyum seperti tidak cukup mulut selepas ketawa panjang. Sebelumnya aku melihat kepalanya besar dan badan kecil! Macam kepala ikan keli atau kepala helikopter saja. Rupa-rupanya, saiz kepala Alang tu macam kepala orang lain juga. Aku sendiri tidak pernah menduga... Alang ni daripada jenis spesies manusia normal macam aku juga, rupa-rupanya.

Hah, ketika itu Alang malu bukan kepalang. Dia tercari-cari suara yang ketawa dan sudah pasti matanya yang tajam seperti singa itu singgah ke mukaku. Aku berhenti ketawa pada saat itu juga, sambil menutup mulutku yang sedang menguntum senyum pula. Hanis sudah berlari masuk ke dalam rumah. Menyambung senyumnya di sana. Dia tidak mahu terlibat dengan persengketaan aku dengan Alang, mungkin. Atau dia memang ada hati pada 'Mido'? Yang jelasnya, sejak awal lagipun dia memilih jalan tengah: tidak menyokong mana-mana pihak.

Aku memandang Alang yang sudah lencun. Kesiannya. Dia seperti kucing parsi yang tebal bulunya, tiba-tiba jadi ramping setelah jatuh dalam longkang: basah kuyup. Mukanya yang selama ini bulat kembang, menjadi kuncup macam bunga seri pagi waktu sore. Kesiannya. Dia tu bagaikan anak ayam serama yang ditimpa hujan. Alang, Alang... alangkah kesiannya. Aku ketawa sekali lagi. Dia mendengus perlahan dan berlalu.

Namun kegembiraan aku tidak pernah panjang, kalau hal-hal yang melibatkan Alang ni. Ada saja malang yang menimpa kemudiannya.  Beberapa hari lalu ayah menelefon Haji Yatim, untuk meminta tolong daripada Alang supaya temankan aku membeli kereta Kelisa di Bagan. Chewah, aku pun sudah pandai menyebut kata Bagan seperti orang utara. Ayah sudah masukkan wang muka, dan aku hanya perlu membayar sambungan pinjaman itu sahaja. Ayah sudah tidak benarkan aku ke sana ke mari dengan basikal lagi. Dia bimbangkan keselamatan aku, tentunya. Yalah, mana tahu kalau-kalau aku terpaksa bertugas waktu malam, bagaimana?

Sejak ayah menziarahi Haji Yatim awal-awal tahun dahulu, ayah dan Alang sudah mulai akrab. Mereka sama-sama suka penyanyi Bob Marley dan kumpulan Beatles. Dan ayah tiba-tiba terasa muda semula apabila berbincang hal muzik dengan Alang. Alang, si seniman tidak tentu arah itu terperangkap dalam zaman mana pun, aku tidak pasti... tidak tahu. Aku malu bukan kepalang pada Haji Yatim, apabila ayah masih suka akan muzik dalam usia 50-an. Ayahku kan seorang ahli Dewan Negara; seorang senator pula.  Aku jadi hairan ayah mudah sangat terpengaruh dengan idea-idea mengarut Alang. Dan hanya kerana rasa akrab di antara mereka... si Alang diberi suatu misi besar, membeli kereta untukku!

Ya, kereta itulah... kereta Kelisa bawah pokok asam tu. Warna perak metalik. Aku sikit pun tidak berkenan. Pandai-pandai saja dia memilih warna itu untuk aku. Sedangkan ayahku hanya minta dia tolong temankan aku sahaja, tetapi dia pula tolong buat keputusan untukku. Bencinya. Aku lebih suka warna-warna terang atau biru gelap. Tapi kata Alang, warna silver metalic itu cantik macam... macam mutiara! Aduhai susahnya kalau dia tidak mampu menjadi Mat Bunga, dia jadi Mat Mutiara pula!

Aku terus mengumpul semua kesukaan si Alang Rebus Tak Empuk itu. Alang tu sukakan puisi-puisi kemanusiaan; dia akan bercakap dalam bahasa Jerman apabila sedang marah; dia cintakan dan pemuja mutiara melebih keindahan permata-permata yang lain; dia senang sekali dengan gaya rambut Afero seperti Boney M; dia suka tidur dalam buaian seperti bayi terlebih makan moi; dia suka bermain dram dan gendang di tengah malam buta.

DAN yang utamanya, dia suka sekali bergaduh serta mencari fasal dengan aku!

[Bersambung]
 
Glosari:
Moi - Bubur nasi/ nasi air
Pepak - kunyah

Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
Pages: [1] 2 3 ... 5   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]