Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3 ... 9   Go Down
Print
Author Topic: PROMO: VILA AMIRA SYAKILA  (Read 2912 times)
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« on: April 25, 2010, 11:27:37 PM »

Assalamualaikum,

Novel pertama Abby dengan Buku Prima Untuk Tahun 2010. Bertukar genre ke genre seram. Harap terhibur.

PROMO: IDEA SIAPAKAH INI?

“Huh! Apa dah jadi? Kenapa idea orang lain yang harus bergabung dengan idea aku? Ini bukan cerita aku ... ini cerita siapa? Kenapa boleh jadi macam ni? Berhenti! Berhenti! Aku tidak perlukan kau untuk menghabiskan cerita aku, biarkan aku siapkan sendiri. BERHENTI!” Farra Amalina menjerit sekuat hati apabila papan kekunci itu terus menaip ayat demi ayat sehingga tidak membenarkan Farra Amalina menyentuhnya lagi.

“Hei! Kau tak dengarkah, hah ... aku suruh berhenti! Jangan buat aku seperti orang kurang siuman! Ini kerja aku ... Ini karya aku, kenapa kau harus masuk campur walau siapa jua pun kau! Sudahlah, berhenti! Aku tak perlukan khidmat kau!” Mata Farra Amalina meliar ke papan kekuncinya yang masih rancak menaip tanpa menghiraukan jeritan Farra Amalina.

Farra Amalina hendak memegang semula papan kekunci itu, namun tiba-tiba sahaja terjuntai kepala wanita hodoh dengan rambut panjang yang tidak terurus dan bebola mata yang merah menyala daripada atas terus menikam tajam ke arah Farra Amalina membuatkan gadis itu terperanjat besar dan terus melompat turun daripada kerusi yang sedang didudukinya. Badan Farra Amalina terundur ke belakang apabila melihat senyuman wanita hodoh itu penuh dengan darah pekat. Farra Amalina menjerit ketakutan dan juga dengan rasa terkejut yang teramat sangat apabila tiba-tiba sahaja kepala itu terjuntai ke bawah dan memandang tepat ke arahnya. Farra Amalina terus menutup wajahnya dengan tangan. Farra Amalina tidak berani hendak membuka tangannya daripada terus menutupi wajahnya kerana dia tidak sanggup melihat wajah wanita hodoh itu lagi, apatah lagi jika wanita hodoh merenungi dirinya. Inilah pertama kali Farra Amalina takut dengan kejadian mistik yang menimpa dirinya kerana selama ini dia mempunyai semangat yang kental dan tidak pernah takut dengan apa-apa jua. Bebayang melintasi di hadapannya ketika dia sedang mengarang, itu sudah biasa ditempuhinya tetapi bukan dengan pengalaman yang betul-betul mengerikan seperti ini, apatah lagi dia keseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa jua.

Agak lama juga Farra Amalina menutup wajahnya, namun dia memberanikan diri untuk membuka tangannya sedikit demi sedikit dan apabila keyakinannya sudah kembali seratus peratus bahawa wajah wanita hodoh itu tiada lagi di tempat duduknya, barulah Farra Amalina berani membuka tangan yang menutupi wajahnya dengan sepenuhnya. Setelah wajahnya tidak ditutupi lagi, Farra Amalina mengajak matanya menjelajahi disegenap ruangan kamar itu untuk memastikan bahawa dia benar-benar telah melihat wajah wanita hodoh itu tetapi dia mampu menarik nafas kelegaan kerana wajah wanita hodoh itu tidak berada lagi di dalam biliknya. Beberapa kali Farra Amalina menarik nafas kelegaan. Ketika dia memandang ke arah skrin komputernya, Farra Amalina meraup wajahnya beberapa kali kerana takut hendak melihat hasil karyanya sendiri sebab dia takut untuk menghadapi sebarang kemungkinan lagi. Farra Amalina juga telah menyeka peluh yang menyimbah ke dahinya dan telah turun ke wajahnya sehingga ke batang leher. Beberapa kali juga Farra Amalina menelan liurnya tatkala bebola matanya dihala tepat ke arah skrin komputer. Dadanya dilambung dengan ombak debaran yang kuat bagaikan hendak terkeluar segala isi hatinya di kala itu.

“Ya Allah ... kuatkanlah hati hambamu yang lemah ini untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sesungguhnya semangat aku benar-benar hilang pada kejadian yang berlaku sebentar tadi.” Sekali Farra Amalina meraup wajahnya. Kepala lututnya terasa lemah sekali ketika dia mula mengatur langkah menuju ke komputer ribanya. Dengan dada yang masih lagi berdebar, Farra Amalina memberanikan jua dirinya menghampiri komputer ribanya yang masih terbuka. Dia hanya mampu berdoa agar biarlah apa yang dialaminya sebentar tadi hanyalah mimpi seperti  kejadian sebelumnya. Namun, peluhnya semakin laju membanjiri dahi, wajah dan juga batang lehernya apabila yang diharapnya mimpi adalah kenyataan. Sesungguhnya dia tidak bermimpi dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Idea-idea yang bukan lahir daripada dirinya tertera di skrin komputernya kini dan perjalanan kisah itu lebih menakutkan daripada idea asalnya.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
cokek
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Male
Posts: 10,825


rock bebeh....


« Reply #1 on: April 25, 2010, 11:31:56 PM »

seram laa...
nak feluk abby kalau terperanjat, boleh?
Logged

Lelaki yg berjaya adalah lelaki yg boleh mencari kekayaan lebih dari yg mampu dihabiskan oleh isterinya....
Wanita yg berjaya pula adalah wanita yg mampu mendapatkan lelaki itu....
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #2 on: April 25, 2010, 11:34:34 PM »

PROMO: BERAMBUS KAU DARI VILA AKU!
[/b]

Hesy ... kenapa susah sangat idea aku nak keluar ni? Selalunya tak macam ni ... Kenapa malam ni kebuntuan harus menjelma di ladang akal ku? Dah elok-elok makhluk hodoh Amira Syakila tak muncul, idea aku pula yang tak datang. Ah ... susahlah macam ni. Hmm ... biar aku berselawat dulu, kemudian cuba mengorek semula idea yang hampir beku ini. Farra Amalina bertafakur seketika sebelum kembali mengadap skrin komputer ribanya. Seketika kemudian, Farra Amalina menyimpul senyuman kerana idea yang dicarinya sudah pun menjelma. Rancak sahaja jari-jemari Farra Amalina mengetuk papan kekunci yang ada pada komputer ribanya. Semakin lama semakin mencurah-curah idea Farra Amalina tanpa boleh berhenti lagi walaupun untuk meneguk minuman. Senang hati Farra Amalina melihat idea yang menjunam turun itu.

Dalam menyusun bunga-bunga ayat agar sedap mata yang membaca, tiba-tiba sahaja satu ayat menjelma tanpa diundang. Farra Amalina tersentak lalu segera dia memadam ayat yang telah mengganggu kerancakkan ideanya. Farra Amalina kembali menumpahkan ilhamnya semula ke dada skrin komputer ribanya. Tiba-tiba sahaja ayat itu menjelma semula membuatkan Farra Amalina menghempas dengusan yang kasar. Kali ini lebih besar dan jelas serta diwarnakan dengan warna merah. Ayat itu berbunyi :

BERAMBUS KAU DARI SINI!

Farra Amalina mengerut dahinya membaca ayat yang membesar itu dengan kuat dan lantang.

“Apa ni? Ayat apa ni yang mengganggu kerancakkan idea aku! Hesy ... berambus kau dari sini? Siapa yang taip ni? Aku tak taip pun? Apa kena mengena jalan cerita aku dengan ayat ini? Hesy ... tak masuk akal, baik aku padam saja.” Lalu Farra Amalina memadam ayat yang tertera untuk sekian kalinya. Beberapa saat kemudian, ayat itu muncul semula membuatkan Farra Amalina merungut tidak puas hati.

“Hoi! Jembalang mana yang ganggu aku ni? Kenapa ayat ini masih tertera lagi? Berambus kau dari sini ... apa maksudnya?” Sebaik sahaja tamat Farra Amalina melampiaskan sahaja kegeramannya yang bertandang di lubuk hati, tiba-tiba sahaja muncul makhluk hodoh Amira Syakila dari atas dengan darah pekat yang meleleh-leleh turun dengan lantangnya menyebut ayat yang tertera di skrin komputer riba Farra Amalina.

“Ya ... Berambus kau dari sini!” Farra Amalina terkejut dengan darah merah pekat yang tumpah di atas lengannya lalu dia terlompat daripada kerusi menjauhi diri daripada makhluk hodoh Amira Syakila dan juga komputer ribanya dengan nafas yang tercungap-cungap secara tiba-tiba. Farra Amalina menggesel-gesel matanya mencari kelibat makhluk hodoh Amira Syakila namun Farra Amalina tidak nampak makhluk itu di tempat duduknya. Mata Farra Amalina melingas di sekeliling namun apa yang dicari tidak dijumpai. Farra Amalina mengurut dadanya. Mimpi rupanya, desis hati kecil Farra Amalina. Sebelum sempat dia kembali ke tempat duduknya semula, tiba-tiba sahaja suara kasar makhluk itu menerjah gegendang telinganya daripada belakang.

“Berambus kau dari sini!” Sekali Farra Amalina terlompat ke hadapan lalu berpaling untuk mengadap makhluk hodoh itu. Sekali lagi dada Farra Amalina berdebar kencang apabila melihat makhluk itu tidak hilang seperti tadi. Terbuntang mata Farra Amalina melihat makhluk itu memandang ke arahnya dengan satu pandangan yang teramat tajam sekali. Beberapa kali Farra Amalina tertelan air liur sebelum dia mengeluarkan bicaranya.

Aku tidak akan berganjak dengan pendirian aku. Dia yang harus keluar daripada sini! Tekad Farra Amalina.

“Kenapa aku yang harus berambus dari sini sepatutnya kaulah yang harus berambus daripada sini kerana ini bukan tempat kau lagi. Kau harus kembali ke tempat asalmu dan biarkan kami hidup tenang di sini. Faham tak?” Farra Amalina memberanikan diri mengeluarkan kata-kata walaupun ketakutan masih terbelit di dalam dirinya.

“Ini vila aku. Suka hati aku nak menetap di mana. Kau yang harus berambus daripada sini kerana kau pengganggu ketenteraman aku di sini. Kau orang manusia ... selalu sahaja tidak senang dengan kedamaian aku di sini. Berambus!” Makhluk hodoh Amira Syakila semakin tegas menghalau Farra Amalina.
« Last Edit: April 25, 2010, 11:52:21 PM by ebriza » Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #3 on: April 25, 2010, 11:35:43 PM »

seram laa...
nak feluk abby kalau terperanjat, boleh?

Tak bleyyy
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
cokek
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Male
Posts: 10,825


rock bebeh....


« Reply #4 on: April 25, 2010, 11:43:53 PM »

habis tu... siapa suruh abby buat cerita seram seram...cokek takut baca sorang sorang tau
Logged

Lelaki yg berjaya adalah lelaki yg boleh mencari kekayaan lebih dari yg mampu dihabiskan oleh isterinya....
Wanita yg berjaya pula adalah wanita yg mampu mendapatkan lelaki itu....
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #5 on: April 25, 2010, 11:49:29 PM »

tak pe..  nanti kan .. abby soh kak chom dok sebelah cokek. Cheesy
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
cokek
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Male
Posts: 10,825


rock bebeh....


« Reply #6 on: April 25, 2010, 11:51:37 PM »

..dia ada kat sebelah cokek ni ha..
Logged

Lelaki yg berjaya adalah lelaki yg boleh mencari kekayaan lebih dari yg mampu dihabiskan oleh isterinya....
Wanita yg berjaya pula adalah wanita yg mampu mendapatkan lelaki itu....
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #7 on: April 25, 2010, 11:52:46 PM »

baguih la cam tu ... nanti kalau cokek takut .. peluk la kak chom ... kan..
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
cokek
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Male
Posts: 10,825


rock bebeh....


« Reply #8 on: April 25, 2010, 11:54:20 PM »

kak chom suruh cokek felux abby gak... he he he

*ampun chommm....*
Logged

Lelaki yg berjaya adalah lelaki yg boleh mencari kekayaan lebih dari yg mampu dihabiskan oleh isterinya....
Wanita yg berjaya pula adalah wanita yg mampu mendapatkan lelaki itu....
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #9 on: April 25, 2010, 11:54:54 PM »

tak moo
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #10 on: April 28, 2010, 05:29:36 PM »

patut lah posting aritu ade problem, ade hantu ha ha
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #11 on: April 28, 2010, 05:39:09 PM »

k dah delete posting lama, x leh nak diselamatkan, anyss sila posting balik kih2
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #12 on: April 29, 2010, 09:21:09 AM »

citer hantu..wow best ni
Logged
soul
Sifu OT
******
Gender: Male
Posts: 20,780


Whole Lotta Soul


WWW
« Reply #13 on: April 29, 2010, 09:21:02 PM »

bleh peluk2 yer ..
Logged

..::: if I'm not here .. I'm somewhere else :::..

maybe here also : http://soulman-wholelottasoul.blogspot.com/
or : http://myphotogdiary.blogspot.com/
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #14 on: April 29, 2010, 10:14:14 PM »

huhuhu .. tu la caluk .... memang berhantu tul la .. macam2 masalah .. cam tak bg buat promo je ...
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
Pages: [1] 2 3 ... 9   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]