Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: 1 [2] 3 4 ... 15   Go Down
Print
Author Topic: Ingin Hati Melukis Kata  (Read 3233 times)
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #15 on: February 20, 2010, 11:17:08 PM »

Bertemu Dengan Fadxiora

“Dia lagi?” Ruzaiman mengerutkan dahi, namun bebola matanya tidak lepas daripada terus memerhati gelagat batang tubuh itu melayani Feham dan Ezreen.

“Siapakah dia yang sering muncul dalam cerita aku? Ini kisah aku, kan? Apa kaitannya dalam kisah ini?” Ruzaiman menggaru kepala yang sememangnya tidak gatal langsung.

Pelik dia dengan kehadiran gadis itu. Di mana sahaja dia berada, pasti gadis itu juga turut berada. Adakah ini keajaiban atau sememangnya sudah ditakdirkan begitu perjalanan ceritanya? Ruzaiman semakin pelik dengan keadaan yang bagaikan perjalanan sebuah drama.

“Yeah! Dapat gula kapas!” Feham dan Ezreen bersorak girang apabila gadis itu membelikan mereka gula kapas.

Lamunan Ruzaiman terhenti di situ dan dia agak seronok melihat layanan mesra gadis itu terhadap anak-anak buahnya.

“Dia sukakan kanak-kanak. Sekiranya menjadi ibu, pasti rumah tangga kami akan dilimpahi kasih sayang serta kebahagiaan yang banyak.” Sedikit sebanyak hati Ruzaiman mula menilai gadis Pan-Asian yang misteri di hadapannya kini.

“Aku tidak akan lepaskan kau lagi, gadis misteri. Hari ini aku mesti dapat tahu siapakah kau yang sebenarnya. Aku tidak tahu kenapa hati aku berasa tenang setiap kali memandang kau. Damai rasanya. Tunggu, gadis misteri, aku datang.”

Ruzaiman terus mengorak langkah dengan pantas, menuju ke arah gadis itu dan anak-anak buahnya. Dia tidak mahu terlepas lagi. Pasti bersebab kenapa gadis ini selalu dihadirkan di mana dia berada. Mungkinkah ini saatnya untuk mula mencari cinta baru dan melupakan dunia Jazshira yang penuh dengan masalah? Ruzaiman tidak tahu namun dia reda dengan ketentuan-Nya.

“Seronok bermain dengan si kembar berdua ni?” Teguran Ruzaiman mematikan ketawa yang sedang berdendang rancak dari peti suara gadis itu.

Hati gadis itu berdetak kencang. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan Ruzaiman sekali lagi. Senyuman yang amat hambar diukirkan buat Ruzaiman.

“Saya memang suka bermain dengan kanak-kanak. Maaf, saya tiada niat untuk menculik mereka. Awak selalu biarkan mereka bersendirian. Hari tu pun begitu. Bahaya sikap awak ni. Nasiblah mereka berjumpa dengan saya. Kalau dengan orang lain, bagaimana?”
Lunak merdu suara gadis itu, memikat hati lelaki Ruzaiman.

“Bukannya saya tak pantau mereka. Awak datang dengan siapa?” Perbualan Ruzaiman mula berkembang.

“Sorang. Saya suka pada ketenangan. Di mana ada ketenangan, di situ ada saya. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Gadis itu ingin segera meninggalkan Ruzaiman kerana dia amat takut dengan pemuda itu. Ruzaiman selalu meninggikan suara apabila berhadapan dengannya, membuatkan dia itu tidak betah untuk berlama-lama di sisi Ruzaiman.
Ruzaiman segera memegang lengan gadis itu, tidak membenarkannya pergi begitu sahaja selagi hajat di hati tidak disempurnakan. Terkejut gadis itu dengan tingkah berani Ruzaiman. Bagaikan hendak menangis dibuatnya.

“Temankan saya sebentar. Saya perlukan seseorang untuk meringankan gelisah dan resah yang bertandang di hati saya,” pinta Ruzaiman.

Gadis itu tidak betah untuk menolak permintaan Ruzaiman kerana dia dapat melihat riak gelisah pada wajah pemuda itu. Seakan-akan ada masalah yang sukar untuk diatasi. Tanpa sedar, dia mengangguk.

Segera Ruzaiman mengajak gadis itu untuk duduk di sebuah bangku sambil boleh memantau Feham dan Ezreen. Nasib baiklah si kembar itu tidak ada banyak masalah untuk dia meminjam kakak tempat mereka bermain. Gula kapas yang separuh habis menjadi tumpuan mereka kini.

Ruzaiman kembali memandang gadis yang berada di sebelahnya. Cantik. Hati lelakinya berdetak dengan kencang kali ini. Dia menarik nafas panjang walaupun senyuman masih terukir pada bibir.

“Terima kasih kerana tidak hampakan permintaan saya.” Terkelu pula lidah Ruzaiman untuk meneruskan kata-kata. Debaran yang melanda hatinya masih tidak surut.

“Sama-sama. Saya memang suka bantu orang. Membantu orang berkat, kerana kita juga turut mendapat ketenangan jika orang yang kita bantu itu mendapat ketenangan. Saya nampak awak macam ada masalah besar. Kalau awak tak keberatan, awak boleh kongsi dengan saya. Kalau tak pun, senyumlah tatkala awak menghadapi kerunsingan kerana dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan, mampu buat jiwa bergembira.

“Awak pernah dengar, Abu Darda’ ada berkata, sesungguhnya aku akan ketawa untuk membahagiakan hati aku. Dan Raasulullah SAW sendiri sesekali ketawa hingga tampak gerahamnya. Begitulah ketawa orang-orang yang berakal dan cerdas yang membawa positif bagi jiwa dan menjadi penawar bagi hati yang resah.” Gadis itu berbicara apabila melihat Ruzaiman tiada tanda-tanda melanjutkan perbualan.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #16 on: February 20, 2010, 11:18:08 PM »

huiyooo ..glemer fad...
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #17 on: February 20, 2010, 11:18:17 PM »

hehehe ... boleh ke joe? gee minta hadiah tu ....

Kali ni Fad lak yg terpilih selepas Gee
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #18 on: February 20, 2010, 11:19:24 PM »

hehehe joe bila pulak
Logged
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #19 on: February 20, 2010, 11:20:40 PM »

joe? dia tak nak .. dia kata tak nak glemer .. kikiki
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #20 on: February 20, 2010, 11:26:30 PM »

ala..letak je nama dia..hehehe
Logged
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #21 on: February 20, 2010, 11:29:50 PM »

tak leh .. kita kena hormat permintaan org ... yg lain2 tak kisah.. dorang suka. Cheesy
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #22 on: February 20, 2010, 11:30:30 PM »

takpe nanti gee pujuk joe
Logged
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #23 on: February 20, 2010, 11:31:55 PM »

try la
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #24 on: February 20, 2010, 11:33:54 PM »

hahaha..siap nk pujuk..takyah laa...nama aku dh banyak kuar novel. huhuhu..
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #25 on: February 20, 2010, 11:34:47 PM »

ala joe..tp yg ni novel dr kak abby tau
Logged
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #26 on: February 20, 2010, 11:36:19 PM »

hehehehe
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #27 on: February 20, 2010, 11:36:45 PM »

mana lak abg joe kita ni hehehe
Logged
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #28 on: February 20, 2010, 11:38:25 PM »

demam aku cmni...hehe...
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #29 on: February 20, 2010, 11:39:11 PM »

haa..ada pun lagi..buleh la ye abg joe..-->sambil kerdip2kan mata
Logged
Pages: 1 [2] 3 4 ... 15   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
[January 14, 2012, 08:07:52 PM]

[January 14, 2012, 08:06:51 PM]

[January 14, 2012, 12:10:28 AM]

[January 14, 2012, 12:09:11 AM]

[January 14, 2012, 12:08:10 AM]

[January 14, 2012, 12:04:45 AM]

[January 14, 2012, 12:01:24 AM]

[January 13, 2012, 11:58:52 PM]

by soul
[January 12, 2012, 03:11:23 PM]

[January 10, 2012, 10:40:07 PM]

[January 06, 2012, 03:38:32 PM]

[January 06, 2012, 03:33:47 PM]

[January 06, 2012, 03:16:45 PM]

[January 06, 2012, 03:15:46 PM]

[January 06, 2012, 03:15:13 PM]

[January 06, 2012, 03:13:05 PM]

by dina
[January 06, 2012, 10:05:58 AM]

by dina
[January 06, 2012, 09:24:02 AM]

by dina
[January 06, 2012, 09:19:16 AM]

[January 04, 2012, 11:38:31 PM]

[December 30, 2011, 08:21:58 PM]

[December 30, 2011, 08:18:38 PM]

[December 30, 2011, 08:14:17 PM]

[December 30, 2011, 03:33:50 PM]

[December 30, 2011, 03:32:30 PM]

[December 26, 2011, 10:46:16 PM]

[December 26, 2011, 10:40:35 PM]

by soul
[December 07, 2011, 03:50:23 PM]

by soul
[December 07, 2011, 11:59:18 AM]

by soul
[December 05, 2011, 08:47:07 AM]