Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3 ... 15   Go Down
Print
Author Topic: Ingin Hati Melukis Kata  (Read 3207 times)
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« on: February 20, 2010, 10:58:34 PM »

Assalamulaikum,
Untuk permulaan Tahun 2010 ni, inilah novel baru Abby bergandingan dengan bikash. Mudah-mudahan akan diterbitkan masa pesta buku next month nanti. Amin.

Sinopsis

Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.


Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.


Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.


Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada…?
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #1 on: February 20, 2010, 10:59:49 PM »

cayalah..nanti dh kuar bgtau ek..nak beli.
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #2 on: February 20, 2010, 11:00:36 PM »

Adakah Hatiku Sudah Terpikat?


Ruzaiman mengambil kesempatan itu kerana hatinya benar-benar ingin mengenali gadis berkebaya Baba Nyonya ini.

“Assalamualaikum.” Ruzaiman memulakan langkah pertama sebagai sesi perkenalan.

“Waalaikumussalam,” balas gadis itu dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Bahagia Ruzaiman memandang senyuman itu.

“Nama saya Ruzaiman, menerajui EANI Transport bahagian KL. Pasangan di sebelah saya ni, Jazshira seorang model yang terkenal.” Ruzaiman terus memperkenalkan dirinya kepada gadis itu.

Gadis itu hanya tersenyum tanpa berminat untuk meneruskan perbualan, namun Ruzaiman tidak mengalah.

“Nama awak pula? Menerajui cawangan mana di EANI?” Mata galak Ruzaiman terus memanah seraut wajah itu.

Gadis itu menjeling, tersenyum nipis. Membalas seadanya. “Ainsya Najma, EANI Travels Perak.”

Ruzaiman mengangguk-angguk kepala. Namun hatinya belum puas dengan jawapan ringkas gadis yang bernama Ainsya Najma. Cantik nama gadis ini. “Datang sorang?”

Ainsya Najma mengangguk sahaja sebagai balasan pertanyaan daripada Ruzaiman.

Adush! Susah benar nak dengar suaranya. Kemarukkah aku? Aku takkan mengalah. Ruzaiman agak tercabar dengan sikap Ainsya Najma. “Dah berteman?”

“Berteman?” Tajam pandangan mata Ainsya Najma tertuju untuk Ruzaiman.

“Ya. Sudah ada buah hati atau masih solo? Saja nak tahu, tak salah, kan?” Ruzaiman masih mencuba nasib. Dasar lelaki. Biasalah...

Ainsya Najma tiada minat untuk melayan. Dia menunjukkan cincin berlian permata satu yang molek tersarung di jari manisnya. Dia tersenyum lagi buat Ruzaiman.

Hati Ruzaiman yang baru hendak berbunga-bunga terus lenyap. Sebaik sahaja cincin itu ditunjukkan kepadanya, fahamlah dia bahawa dia tidak mungkin akan memiliki gadis ini. Gadis yang baru hendak bertapak di hatinya. Ruzaiman melepaskan satu keluhan kehampaan. Kecewakah dia? Entahlah...

Ruzaiman hanya memberikan senyuman manis buat Ainsya Najma dan selepas itu terus bibirnya terkunci. Namun begitu, gelagat Ainsya Najma masih tidak lepas menjadi perhatiannya. Dia tidak tahu kenapa tetapi dia suka melihatnya. Sedang asyik Ruzaiman melayani perasaannya untuk seketika, tiba-tiba...

Suara Ainsya Najma mula langsing. Ketawanya jadi nyaring. Dan, apabila Ainsya Najma bangun mendadak, menumpahkan minuman yang berbaki di dalam gelas di tangan ke arah Ruzaiman di sebelah, yang mula memerah muka dek rasa marah dan malu kerana gadis itu hanya melihat dengan mata membulat lalu menjauh tanpa sebarang kata maaf, Raimi tahu itulah masanya untuk dia campur tangan.

Raimi bangun lalu menghampiri Ruzaiman, berdiri dekat dengan lelaki pertengahan 30-an yang sibuk mengesat pakaiannya yang basah dengan mulut kumat-kamit, tidak puas hati.

“Saya minta maaf bagi pihak dia, Encik Ruzaiman,” ujar Raimi sambil mata masih melingas pada batang tubuh Ainsya yang terhuyung-hayang melangkah.

Ruzaiman angkat muka seketika. Mendengus seraya kembali tumpukan perhatian kepada bajunya. “Huh, mabuk apa entah dia tiba-tiba!”
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #3 on: February 20, 2010, 11:01:26 PM »

orait ... no problem ... nak buat promo sikit ... utk warga cc.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #4 on: February 20, 2010, 11:06:15 PM »

ha ah...baru syokk...
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #5 on: February 20, 2010, 11:08:17 PM »

bila kuar bk ni
Logged
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #6 on: February 20, 2010, 11:08:45 PM »

Plastik

Malas Ruzaiman hendak ke mana-mana lagi. Di dalam fikirannya, cepat makan dan cepat balik. Dia agak kebosanan melayani tingkah Jazshira yang ternyata mengada-ada dalam kemanjaan yang ditonjolkannya. Kemanjaan plastik.

“Zaiman...”

Aduh... plastik sungguh!

“You selalu makan di tempat yang begini ke?”

Lirikan mata Jashira sedikit sebanyak mampu meluruhkan seluruh urat sarafnya namun dia tetap nampak biasa. Ego! Kehkehkeh...

“Tak... I selalu makan kat kedai mamak saja. Tapi hari ni I bawa model terkenal, jadi takkan nak makan kedai mamak kut. Itulah yang I bawa you ke sini,” balas Ruzaiman selamba.

Terkena sebijik ke batang hidung Jazshira kerana dia tahu Jazshira tidak mungkin hendak makan di gerai-gerai yang biasa.

Jazshira tersengih. Plastik lagi.

“You ni... I tak kisahlah mana-mana saja you bawa. I dulu pun biasa makan kat gerai mamak jugak tau,” balas Jazshira sambil mencubit lengan Ruzaiman, ala-ala manja. Kemudian, dia mengusap-usap jari-jemari Ruzaiman.

Hisy, geli! Plastik sungguh! Ternyata Ruzaiman tidak senang. Namun, tidak pula ditarik tangannya. Lelaki...

“Ia ke you tak kisah?” Ruzaiman cuba menduga.

“Betul. Percayalah.”

“Okey. Lain kali kita makan kat gerai mamak ya, sayang.” Plastik. Sama sahaja dengan

Jazshira. Kahkahkah. Lantaklah!

“Mana-manalah,” ujar Jazshira sambil melebarkan senyuman. Sayang? Dia panggil aku sayang? Bahagianya. Senyuman makin tidak lekang.

Hmmm... mulalah perasan tu. Hahaha. Gasak... aku saja test power. Gedik jugak. Mama, ke mana mama perangkap anakmu ini? Aku lemas dan rimas! Ya Allah, tolonglah... Ruzaiman bertingkah di dalam hati.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #7 on: February 20, 2010, 11:09:15 PM »

tungguuuuuuu... kan ebriza?
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #8 on: February 20, 2010, 11:09:53 PM »

masa pesta buku kot gee ... mudah-mudahan la. Amin

Betul joe .. hehhee ... tungguuu
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #9 on: February 20, 2010, 11:10:27 PM »

ye ke..wah best la camtu Grin
Logged
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #10 on: February 20, 2010, 11:13:16 PM »

Marah Dengan Sepupu Sendiri, Kih kih kih

RUZAIMAN yang sedang menikmati kek Secret Recipe dengan anak-anak buahnya terus terpaku pada dua susuk tubuh yang tidak jauh dari Restoran Secret Recipe yang sedang mereka menikmati. Laju sahaja kakinya menegak.

“Hangpa makan dulu dan jangan pi mana-mana. Tunggu sampai mamang mai tau,” pesan Ruzaiman kepada anak-anak buahnya.

“Alright!” sahut kedua-dua mereka secara serentak.

Ruzaiman memantaskan langkahnya untuk mengejar Ainsya Najma, gadis yang menjadi kegilaan hatinya sejak pertama kali bersua. Baru sahaja dia hendak menjejaki gadis itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dengan kuat. Ruzaiman sedikit mendengus kerana pemerhatiannya terganggu dan terlepas bayangan Ainsya Najma. Tidak sempat untuk menghilangkan rindu yang tiba-tiba hadir bertapak di dalam sanubarinya.

Ruzaiman terus menekan butang hijau bagi menjawab panggilan itu tanpa melihat nama siapa yang memanggilnya terlebih dahulu. Sebaik sahaja telefon ditekapkan ke telinga...

“Tengkorak hang! Katak puru! Kodok hijau! Mana hang bawak lari si kembar aku? Hang saja kan suka tengok aku menangis, kalut dan seangkatan dengannya. Hantu raya! Pelesit!” Puas hati Ezmira setelah dapat menghamburkan amarah yang terbuku sebentar tadi.

Mendengar sahaja suara yang maha hebat itu, tiba-tiba terhambur ketawa Ruzaiman dari rongga tekaknya. Rasa kesal kerana terlepas bayangan Ainsya Najma kini terubat dengan suara dari gaung Ezmira.

“Weh, aku tanya yang hang pi gelak buat apa? Kejamnya sepupu aku sorang ni. Kalau hang ada kat depan aku, maunya aku hantuk kepala hang kat tiang. Biaq terburai segala isi. Mana si kembar aku?” Nada Ezmira tetap tidak berubah. Malah semakin nyaring sehingga sakit urat telinga Ruzaiman yang mendengar.

“Weh... Cayaq taik telinga aku hang menjerit lagu tu.”

“Aku tak peduli dia nak cayaq macam mana. Si kembar aku mana, weh? Tak larat tau aku nak ulang tanya banyak-banyak kali.” Ezmira semakin bengang.

“Relakslah, sayang...”

“Kepala hotak hang! Aku tak dak masa nak sayang kat hang. Anak-anak aku mana?” Pantas Ezmira mencantas. Geram benar hatinya mendengar suara Ruzaiman yang tidak menghiraukan kegusaran hatinya.

“Weh, main kasar nampak?”

“Kasar ka lembut ka, aku peduli apa! Si kembar aku mana?” Ezmira tidak lenguh mulut untuk bertanya soalan yang sama.

“Si kembar hang ada dengan akulah. Depa duk makan kek Secret Ricipe kat SACC Mall ni. Tok sah risau. Aku jaga depa,” balas Ruzaiman, akhirnya melegakan hati Ezmira.

“Pandai-pandai ambik si kembar aku macam tu saja? Tak tau bercakap pulak tu. La ni aku tak kira, hang bawak balik si kembar aku dan hang kena belanja aku KFC sekali sebagai denda. Faham dak?” balas Ezmira yang masih tidak puas hati.

“Yalah... yalah... Hang nak apa? Nanti aku tapau kat hang.”

Suara Ruzaiman mula mengendur dan bibir Ezmira sudah mula menguntum senyuman untuk mengenakan si hantu raya.

“Alang-alang dah hang nak tapau demi menebus kesalahan hang, aku nak dinner plate empat. Esok pagi dah tak payah pikiaq nak buat sarapan. Perhangat saja ayam-ayam tu. Lepas tu aku nak nasi ayam KFC dua. Hotrod hang beli empat. Burger Zinger hang beli dua. Aku nak extra side dish potato wedges cheese empat. Okey, aku dah habis. Hang jangan tak beli pulak.” Semakin puas hati Ezmira.

Wajah Ruzaiman terlukis kerutan seribu bagaikan lempeng basi mendengar pesanan Ezmira.

“Weh, hang nak mencekik ka apa ni? Punyalah banyak pesan, habis ka nanti?” Kasar sekali Ruzaiman melampiaskan kemarahannya pula.

“Suka hati akulah nak mencekik ka... nak apa ka... Janji hang beli apa yang aku pesan tadi. Jangan terkurang, terlebih tak apa. Ni sebagai denda sebab hang buat aku menangis. Lagipun bila lagi nak makan duit hang? Jangan kedekut sangat, bro. Lepas makan terus bawak anak-anak aku balik.” Sempat lagi Ezmira mengenakan Ruzaiman sebelum talian dimatikan.

“Tengkorak hang! Banyaklah hang punya kedekut!” Namun kata-kata itu bagaikan angin lalu kerana Ezmira sudah pun mematikan telefonnya. Geram hati Ruzaiman dengan tingkah drastik Ezmira.

“Ceh! Dia off handphone. Kodok hijau punya Mira. Boleh dia buat pesanan banyak tu kat aku. Hampes jek. Lepas ni kena pi KFC la pulak. Haru!” Rungut Ruzaiman lalu kembali semula ke gerai Secret Recipe di mana Feham dan Ezreen masih menikmati hidangan mereka.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #11 on: February 20, 2010, 11:14:32 PM »

mudah-mudahan la Gee,
Ni bahagian kak abby tau .. bahagian kak bikash nanti dia promo
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #12 on: February 20, 2010, 11:15:09 PM »

ok..kak abby bila trn
Logged
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #13 on: February 20, 2010, 11:15:48 PM »

huhu..leka lak baca sinopsis ni...
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #14 on: February 20, 2010, 11:16:24 PM »

apa lagi beli la nanti..belik utk gee sekali hehehe
Logged
Pages: [1] 2 3 ... 15   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
[January 14, 2012, 08:07:52 PM]

[January 14, 2012, 08:06:51 PM]

[January 14, 2012, 12:10:28 AM]

[January 14, 2012, 12:09:11 AM]

[January 14, 2012, 12:08:10 AM]

[January 14, 2012, 12:04:45 AM]

[January 14, 2012, 12:01:24 AM]

[January 13, 2012, 11:58:52 PM]

by soul
[January 12, 2012, 03:11:23 PM]

[January 10, 2012, 10:40:07 PM]

[January 06, 2012, 03:38:32 PM]

[January 06, 2012, 03:33:47 PM]

[January 06, 2012, 03:16:45 PM]

[January 06, 2012, 03:15:46 PM]

[January 06, 2012, 03:15:13 PM]

[January 06, 2012, 03:13:05 PM]

by dina
[January 06, 2012, 10:05:58 AM]

by dina
[January 06, 2012, 09:24:02 AM]

by dina
[January 06, 2012, 09:19:16 AM]

[January 04, 2012, 11:38:31 PM]

[December 30, 2011, 08:21:58 PM]

[December 30, 2011, 08:18:38 PM]

[December 30, 2011, 08:14:17 PM]

[December 30, 2011, 03:33:50 PM]

[December 30, 2011, 03:32:30 PM]

[December 26, 2011, 10:46:16 PM]

[December 26, 2011, 10:40:35 PM]

by soul
[December 07, 2011, 03:50:23 PM]

by soul
[December 07, 2011, 11:59:18 AM]

by soul
[December 05, 2011, 08:47:07 AM]