Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3 ... 5   Go Down
Print
Author Topic: MINI NOVELLA: BENCI TAPI RINDU  (Read 2731 times)
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« on: September 25, 2009, 10:17:19 PM »

SINOPSIS

Impian Norziati hendak menjadi model akhirnya tercapai apabila Syaferry Agensi membuat ujibakat secara terbuka. Namun, Syafrizal pemilik agensi itu telah menolak Norziati bulat-bulat dek kerana wajah gadis itu tidak memenuhi kriteria yang dicari oleh agensinya walaupun bakat Norziati memang menyerlah.

Norziati tidak berputus asa, lalu dia merawat wajahnya atas cabaran Syafrizal dan datang semula untuk sesi ujibakat. Syafrizal tetap dengan egonya tidak mahu mengambil Norziati namun Erry rakan kongsi Syafrizal berkeras menerima Norziati kerana gadis itu memiliki bakat semula jadi yang luar biasa dalam bidang ini. Syafrizal terpaksa akur.

Perbalahan demi perbalahan sering terjadi antara Syafrizal dan Norziati walaupun gadis itu sudah melakukan yang terbaik untuk agensinya. Tidak cukup dengan itu, gelaran demi gelaran saling dilemparkan di antara satu sama lain membuatkan agensi itu tidak sunyi dengan kerenah kedua-duanya yang amat mencuit hati.

Sehingga bilakah perbalahan ini akan berakhir? Walaupun bibir mengucap benci namun masihkah ada rindu yang hadir di antara mereka berdua?

P/S: Mini Novella ini tribute to Caluk Corner. ;=)

« Last Edit: September 25, 2009, 10:22:10 PM by ebriza » Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #1 on: September 25, 2009, 10:21:33 PM »

PREVIEW: UJIBAKAT KALI PERTAMA

“Aku nak Norziati ni menjadi salah seorang model di bawah agensi kita,” kata seoarang pemuda yang tertera tag namanya Erry. Namun seorang lagi tidak bersetuju.

“Kenapa kau nak dia jadi model di bawah agensi kita?” Lelaki itu pula bernama Syafrizal, sebagaimana terteranya tag nama di atas mejanya.

“Aku lihat dia memang berkebolehan dan berpotensi tinggi. Kau tengok sajalah gayanya, mampu memukul model-model yang sedia ada kini,” jelas Erry, mampu buat hati Norziati kembang berbunga.

Aku pasti akan terpilih sebagai salah seorang model di dalam agensi ini. Bibir Norziati menguntum senyuman yang amat manis sekali.

“Tapi aku tak setuju dan aku tak nak dia menjadi salah seorang daripada model dalam agensi kita.” Tegas sekali Syafrizal menolak kehadiran Norziati daripada menyertai agensi miliknya dan Erry.

Tersentak Norziati mendengarnya dan Erry terpinga-pinga.

“Kenapa? Kenapa kau tolak dia mentah-mentah? Rugi kalau kita lepaskan dia, Syaf. Kalau agensi lain yang sambar dia, habis kita.” Erry cuba memujuk Syafrizal agar menarik balik kata-kata yang terlucut keluar dari bibir pemuda itu.

“Aku tetap tak nak.” Syafrizal menekankan kata-katanya.

“Yalah, tapi kenapa?” Erry juga mulai menunjukkan keberangannya apabila Syafrizal gagal memberikan alasan yang kukuh pada penolakan Norziati yang merupakan gadis terakhir untuk diuji bakat.

“Kau tak tengok ke muka dia? Malap. Tak ada cahaya dan dot-dot-dot... penuh satu muka dia. Sekali pandang macam muka tempoyak. Kalau dua kali pandang macam muka cencaluk. Kalau kita pilih juga dia untuk jadi model dalam agensi kita, siapa yang nakkan dia? Tentu orang tak nak ambil dia untuk memperagakan barangan dia orang. Kau ni tak ada biji mata ke, Erry? Punyalah banyak perempuan cantik, dia juga jadi pilihan kau. Uisy...” Syafrizal mendengus dengan pilihan Erry.

Terkedu Erry dengan komen yang dihamburkan oleh Syafrizal.

Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #2 on: September 25, 2009, 10:25:11 PM »

PREVIEW: UJIBAKAT KALI KEDUA

“Macam mana, Encik Syafrizal? Bagus tak mutu persembahan saya?” Tepat dan dalam Norziati memandang anak mata Syafrizal yang sedikit terlopong.

“Awak ni yang datang uji bakat hari tu, kan?” tanya Syafrizal terus. Malas hendak berbunga bahasa.

“Ya, saya. Bukankah saya sudah cakap akan menyahut cabaran Encik Syafrizal? Takkan sekejap saja encik dah lupa? Mungkin encik ni pelupa agaknya, tapi bukan bagi saya. Sekarang bagaimana? Adakah saya diterima untuk bernaung di bawah agensi encik?” tanya Norziati dengan muka yang selamba.

Terbuntang mata Syafrizal memandang ke arahnya. Selambanya budak ni. Hei... suka hati akulah nak terima kau ke tak. Syafrizal ternyata tidak senang.

“Terima atau tak? Muka saya dah dirawat, Encik Syafrizal, takkan masih ada masalah lagi? Saya yakin akan ada orang yang akan ambil saya bekerja dan memperagakan barangan mereka tanpa ragu-ragu lagi.” Norziati masih selamba mengenakan Syafrizal. Sekali lagi mata Syafrizal bagaikan hendak terkeluar memandang Norziati.

Manakala Erry pula sudah ketawa walaupun tidak kedengaran suara. Hanya badannya sahaja yang terenjut-enjut. Memang dah kena dah buku dengan ruas, ejek Erry di dalam hati tatkala menyaksikan sketsa seminit itu.

Kurang asam jawa betul. Dia kenakan aku balik. Huh! Syafrizal gelisah tidak senang. Lebih-lebih lagi apabila melihat senyuman Norziati seakan-akan menyindir dirinya.

“Hmm... Awak balik dulu. Kalau dapat, saya akan telefon beritahu,” balas Syafrizal mempertahankan egonya.

Norziati mendengus. “Saya nak tahu jawapannya sekarang juga. Diterima atau tak?” Dia berkeras.

“Tak.” Laju saja jawapan tanpa sedar terluncur keluar dari mulut Syafrizal.

Tersentak Norziati dan juga Erry.

“Kenapa? Beri sebab musabab yang kukuh.” Norziati sudah mengebam bibirnya.

“Sebab saya tak suka awak,” balas Syafrizal selamba.

“Tak termaktub dalam prosedur pemilihan,” serang Norziati membalas kata Syafrizal.

“Aku setuju dengan dia. Mana ada orang tolak dengan sebab macam tu? Syaf, aku dah tengok bakat dia memang lain daripada yang lain dan aku nak dia bernaung sebagai model di bawah agensi kita. Wajah dia pun dah pulih. Jadi aku rasa takkan ada halangan lagi untuk dia memulakan kerjaya dia.”
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #3 on: September 25, 2009, 10:26:59 PM »

PREVIEW: BENCI TAPI RINDU

“Tadi tu... Lepas tu, barulah aku boleh tunjuk kat mamat tudung saji tu yang Pingu ni bukan sebarang Pingu. Pingu Gee adalah Pingu yang bernilai,” ajuk Zuliahana.

Norziati sudah mengagak yang Zuliahana tidak akan mengalah dalam mengenakannya. Aduh! Macam mana dia boleh tidak tersedar dengan mengeluarkan ayat itu?

“Tak ada maknanya. Aku tak cakap pun. Aku benci dengan tudung saji tu. Kalau dah aku benci, takkan aku nak membenarkan gelaran tu menjadi milik aku?” Norziati masih ego.

“Benci tapi rindu ek...?” Zuliahana tidak puas menyakat.

“Betul-betul nak kena pelangkung kau ni.” Norziati sudah bangun dari perbaringannya, begitu juga dengan Zuliahana.

“Betullah tu... kau benci tapi rindu,” ulang Zuliahana sambil melarikan diri ke dalam biliknya sendiri. Tidak sempat Norziati mengejarnya.

“Hantu kau, Zulia. Aku tak pernah rindu kat dialah. Aku benci!!!” jerit Norziati sekuat hati sebelum mengunci pintu biliknya kerana dia tidak mahu ada sebarang gangguan selepas ini.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,420



WWW
« Reply #4 on: September 27, 2009, 11:22:57 AM »

oohh citer pingu yer
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,183



WWW
« Reply #5 on: September 27, 2009, 08:26:16 PM »

aku pun cam pernah kenal la nama tu. khas utk pingu ke?
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #6 on: September 27, 2009, 09:22:07 PM »

kih kih kih ... kak abby diberi kebenaran daripada tuan punya nama dan gelaran ....
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,183



WWW
« Reply #7 on: September 27, 2009, 09:42:29 PM »

owww... patutla rasa cam pernah eja nama tu heuheuheu
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #8 on: September 27, 2009, 09:52:49 PM »

heuheuheu .. khas buat empunya nama
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,183



WWW
« Reply #9 on: September 27, 2009, 09:54:01 PM »

adakah tajuk tu kena mengena ngan tuan empunya diri -->  kopi
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #10 on: September 27, 2009, 10:03:09 PM »

tidak sama sekali sbb tajuk itu hanya rekaan semata2 termasuk citernya ... cuma pinjam nama je.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,183



WWW
« Reply #11 on: September 27, 2009, 10:06:55 PM »

heeeeeee --> jemput minum kak abby kopi
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #12 on: September 27, 2009, 10:12:59 PM »

thanx suu .. dahaga nih
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,183



WWW
« Reply #13 on: September 27, 2009, 10:19:19 PM »

--> hulur serdak kuih  shycat
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,547


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #14 on: September 27, 2009, 10:21:18 PM »

penaya sungguhh .. huhuhu
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
Pages: [1] 2 3 ... 5   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
[January 14, 2012, 08:07:52 PM]

[January 14, 2012, 08:06:51 PM]

[January 14, 2012, 12:10:28 AM]

[January 14, 2012, 12:09:11 AM]

[January 14, 2012, 12:08:10 AM]

[January 14, 2012, 12:04:45 AM]

[January 14, 2012, 12:01:24 AM]

[January 13, 2012, 11:58:52 PM]

by soul
[January 12, 2012, 03:11:23 PM]

[January 10, 2012, 10:40:07 PM]

[January 06, 2012, 03:38:32 PM]

[January 06, 2012, 03:33:47 PM]

[January 06, 2012, 03:16:45 PM]

[January 06, 2012, 03:15:46 PM]

[January 06, 2012, 03:15:13 PM]

[January 06, 2012, 03:13:05 PM]

by dina
[January 06, 2012, 10:05:58 AM]

by dina
[January 06, 2012, 09:24:02 AM]

by dina
[January 06, 2012, 09:19:16 AM]

[January 04, 2012, 11:38:31 PM]

[December 30, 2011, 08:21:58 PM]

[December 30, 2011, 08:18:38 PM]

[December 30, 2011, 08:14:17 PM]

[December 30, 2011, 03:33:50 PM]

[December 30, 2011, 03:32:30 PM]

[December 26, 2011, 10:46:16 PM]

[December 26, 2011, 10:40:35 PM]

by soul
[December 07, 2011, 03:50:23 PM]

by soul
[December 07, 2011, 11:59:18 AM]

by soul
[December 05, 2011, 08:47:07 AM]