Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Forum OT tanpa batasan
Pages: [1] 2 3 ... 17   Go Down
Print
Author Topic: KARTUNIS KEGEMARAN KORANG.  (Read 5555 times)
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« on: November 16, 2008, 10:06:05 AM »

 Grin kali ni aku nak buka topik pasal kartunis lak. rata2 antara kita ada kartunis kegemaran sbb masing2 pernah lalui zaman remaja..time tu buku komik adalah bahan bacaan paling disukai berbanding buku2 sekolah...hehe

so, kat sini aku bawakan sorang kartunis yang memang tak asing lagi

Pelukis/Penulis novel grafik - AKU BUDAK MINANG (Ujang)

Ibrahim Anon, satu nama yang agak janggal bagi peminat kartun tanahair , tetapi pasti aura personaliti ini terserlah dengan nama penanya - Ujang! SELAMA lebih 25 tahun mencipta fenomena dalam dunia kartun tempatan, Ujang tidak perlu diperkenalkan lagi. Watak kartun yang dicetuskan personaliti ini membesar seiring kelompok peminatnya sendiri. Selama tempoh itu jugalah nama Ujang dekat di hati peminat dan rakyat Malaysia.

Ujang mengenai....

1. Ujang - Budak remaja yang lahir daripada suku Minang dan mengamalkan adat Pepatih di Negeri Sembilan. Dia nakal, suka berjenaka dan mengalami kejutan budaya dengan kemajuan di kota. Tetapi dia masih lagi terdidik sebagai anak muda kampung.

2. Din Beramboi - "Saya mula mengenali karektor ini ketika mengikuti pengajian seni halus di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1987. Saya mendapat kaset daripada pelajar jurusan psikologi mengenai seorang lelaki sakit jiwa dari Klang Selangor. Bermula daripada situlah saya menghidupkan wataknya sehingga watak itu mencetuskan fenomena suatu ketika dulu"- UJANG

3. Atuk - Watak ini sebagai pelengkap karektor Ujang dan pengaruhnya besar dalam hidup Ujang.

4. Ujang pernah mengumpul RM1 juta pertama ketika berusia 30 tahun sebelum timbul masalah membabitkan hak penerbitan watak Ujang.

5. Ujang mula berkarya pada usia 17 tahun di majalah Gila-Gila

6.Ujang berkhidmat bersama majalah Gila-Gila hampir 10 tahun (1984-1993) sebelum berkarya semula sejak kira-kira tiga tahun lalu.

7. Antara karya ciptaan Ujang yang popular ialah Aku Budak Minang, Atuk, Jibam, Aca, Intelligent Blues Club (IBC), Usop Sontorian.

8. Ujang juga menulis novel iaitu Jibam, Cinta Terakhir dan Fiona.

9. Pernah menubuhkan majalah humor, Ujang.

TERKINI TENTANG UJANG :

Ujang kembali berkarya di majalah Gila-Gila kira-kira tiga tahun lalu. Pada masa sama, dia menghasilkan drama televisyen Aku Budak Minang, Atuk dan Aca. selain itu juga, dia  sibuk menjadi salah seorang anggota panel projek Sekolah Seni anjuran Kementerian Pelajaran membabitkan pelajar sekolah menengah dan mengendalikan perkhidmatan bot bagi kaki pancing di Tasik Kenyir.

Anak sulung dia, Mohd Syafiq mengikuti jurusan animasi di Akademi Seni Kebangsaan (Aswara) dan muncul pelajar terbaik dalam bidang itu.

web paling biol :- http://www.Jibam.cesb.net.my  o035
« Last Edit: November 16, 2008, 10:08:24 AM by mrjohan » Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #1 on: November 16, 2008, 10:08:14 AM »

minat ujang jugak le..then cabai..gayour,sukun,lengkuas..hehe
Logged
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #2 on: November 16, 2008, 10:12:31 AM »

ahaks..cabai best ngan tiga dara pingitan. memang evegreen.
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #3 on: November 16, 2008, 10:13:30 AM »

tu la..baca berulang kali..
Logged
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #4 on: November 16, 2008, 10:14:22 AM »

sbb tak paham ke? hehe
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #5 on: November 16, 2008, 10:15:30 AM »

sbb tak jemu la joe..gambar yg dia lukis tu memang sama dgn suasana kampung
Logged
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #6 on: November 16, 2008, 10:20:21 AM »

 laugh ni pasal cabai lak

Kartunis humor wanita yang sensasi, Cabai atau nama sebenarnya Sabariah Jais, bukan calang-calang kartunis humor.Beliau mula berkarya pada tahun 1988 sehingga hari ini, ibu kepada tiga orang anak ini telah menempuh pelbagai kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya kartunis humor. Kartunis Cabai telah melakar sejarah menjadi kartunis humor wanita pertama di negara ini dan mempunyai karektor kartun yang tersendiri dan watak-watak kartun humornya dikenali oleh peminat. Cabai pernah menerbitkan majalah sendiri iaitu Majalah Cabai -ekslusif untuk wanita.


Di antara karya popular beliau yang turut dijadikan telemovie ialah Tiga Dara Pingitan.
Manakala karya hebat cabai ialah Joyah sport, Makcik Wok, Usop 2020.
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #7 on: November 16, 2008, 10:23:05 AM »

tiga2 tu gee dah ada..hehe
Logged
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #8 on: November 16, 2008, 10:24:44 AM »

dia ada 4 la gee...ahaks..

aku suka gak kartun Datuk Lat. very nice n cool.

ni story pasal Datuk Lat lak.

Datuk Mohamad Noor Khalid (Kartunis Lat) 56 tahun, merupakan senior kepada kartunis masa kini yang masih aktif berkarya tanpa mengenal erti jemu. Sehingga hari ini, kartunis Lat telah menghasilkan 26 koleksi karya kartun.
Beliau juga telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Antropologi dan Sosiologi) sebagai pengiktirafan terhadap jasanya menghasilkan seni kreatif dalam bentuk kartun yang disifatkan mempunyai unsur komedi intelek. kartun beliau juga benar-benar memaparkan tentang budaya tempatan.

Paling membanggakan apabila Koleksi kartunnya iaitu ā€˜kampung Boy’ telah dicetak dalam pelbagai versi bahasa seperti versi bahasa Jepun, Perancis dan Inggeris. Bakat kartunis Lat sememangnya cukup signifikan di kalangan peminat kartun di Malaysia dan Asia. Minat dan bakat melukisnya mula mendapat galakan awal daripada bapanya iaitu dengan membawa balik kertas-kertas terpakai daripada pejabatnya.

Perjalanan seninya sememangnya cukup panjang dan laluan yang beliau tempuhi bukan semudah yang disangkakan. Sejak kecil lagi beliau gemar melukis dan sering duduk memerhatikan setiap benda yang berlaku di sekitarnya. Rakaman mindanya itu telah dipaparkan melalui karya-karya yang dihasilkannya, yang bertujuan menghiburkan dan sekaligus menyampaikan mesej tertentu.

Karya beliau mula mendapat pengiktirafan luar apabila karya beliau mengenai upacara berkhatan disiarkan oleh The Asia Magazine. Kartunis Lat membesar dan mencipta nama daripada hasil kreativitinya yang cukup unik dan menarik. Pemerhatiannya yang cukup tajam merakam kehidupan masyarakat sekeliling dan penggunaan isu-isu semasa melengkapkan lagi karya beliau agar lebih dekat dan terus hidup di hati pembaca. Tarikan utama kartunnya terletak kepada penghayatan watak, dan penggunaan objek tempatan yang berada di sekelilingnya. Beliau melihat cara hidup termasuklah cara makan, adat resam, dan gelagat pelbagai kaum di sekelilingnya bagi setiap karya-karya beliau.

Beliau berpandangan bahawa karya kartunnya perlu menjelaskan tentang budaya tempatan kepada orang luar.Di antara beberapa pengiktirafan yang beliau perolehi ialah :-Animasi ā€˜Kampung Boy’ memenangi Hadiah Siri TV terbaik dalam kategori Siri TV 13 di Annecy 99, Perancis.Hadiah Fukuoka kebudayaan Asia dalam bidang seni dan kebudayaan di Jepun pada 2002.Pada April 1994 di anugerahkan dengan Darjah Paduka Mahkota Perak oleh Sultan Perak yang membawa gelaran ā€˜Datuk’.

Di antara Koleksi kartun beliau yang masih dijual hingga hari ini :-Be serious Lat.Better Lat than never.Budak KampungDr. Who?Kampung boy ; yesterday and today.Keluarga Mamat.Lat ang GangMat SomTown boyLots more Lat ( dan banyak lagi..)
« Last Edit: November 16, 2008, 10:29:12 AM by mrjohan » Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #9 on: November 16, 2008, 10:25:29 AM »

owhh..dato lat pun best..kampung boy
Logged
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #10 on: November 16, 2008, 10:33:06 AM »

Rocker sejati gayour pun steady....
dulu suka layan citer  BERSAMA SELAMANYA.
asyik gaduh je manjang..hahahaaks. sawan betul.

ni pasal gayour lak. memang brutal karya mamat nih.

Mazli Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Gayour merupakan kartunis yang tidak asing lagi dalam arena kartun tanahair. Beliau berasal dari Bahau, Negeri Sembilan dan dilahirkan pada 21 Disember 1968. Kartunis Gayour cukup terkenal dengan kartun yang bertemakan rock dan mempunyai kelompok peminat yang tersendiri terutama golongan yang meminati muzik berkenaan. Beliau yang pada awalnya bercita-cita untuk menjadi pelukis komik dan pernah mengikuti kursus melukis komik di Penerbitan Media Seni menerusi pos pada awal tahun 80-an dahulu. Namun hasrat Gayour untuk menjadi pelukis komik terbantut apabila syarikat penerbitan tersebut ditutup pada tahun 1983.
Kemudian beliau beralih menjadi pelukis sambilan di Majalah Gelihati. Pada tahun 1990, beliau ditawarkan menjadi kartunis tetap masa di Majalah tersebut.

Selepas 3 tahun bersama Gelihati, Gayour berkhidmat pula dengan majalah Gila-Gila.
Kemudian pada tahun 1994, beliau bergandingan dengan kartunis Ujang menerbitkan Majalah UJANG. Sejak itu Gayour terus mengukir sejarahnya dengan karya-karya yang cukup membanggakan. Apabila kartunis Ujang keluar dari Majalah UJANG pada 1997 dan menerbitkan Majalah Varia Lawak, kartunis Gayour turut serta berkarya dalam Majalah itu. Namun begitu, beliau telah dipanggil semula untuk menghidupkan kembali Majalah UJANG di bawah Penerbitan MOY Publications @ Kharisma Publications pada tahun 1997 dan dilantik sebagai Pengarah Penerbitan Majalah UJANG pada ketika itu.

Kemudian beliau berpindah ke Majalah Era@MOY dan Blues Selamanya terbitan syarikat yang sama.
Pada tahun 2005, kartunis Gayour tampil bersama Majalah humor baru iaitu Majalah g3, terbitan Karang Kraf Sdn bhd. Kini beliau masih lagi mengekalkan imej Rock dalam karya-karya kartun terbaru beliau.
Diantara karya kartun yang Gayour hasilkan ialah Siapa Yang Harus Dipersalahkan, Slash, Amir, Bersama Selamanya dan yang karya terbaru Apa yang Aku Cari.



« Last Edit: November 16, 2008, 10:35:47 AM by mrjohan » Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #11 on: November 16, 2008, 10:33:44 AM »

kartun dia cantik betul
Logged
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #12 on: November 16, 2008, 10:38:16 AM »

a ah..sorang lagi yang llukis citer2 blues ni..haa..Aie.
dia pun syok gak. memang blues habis laa..

Aie ni lukisan kartunnya memang cantik. so, ni citer pasal aie :-


Shaari bin Sulong (Aie) adalah satu nama yang cukup gah dalam arena kartun dan komik tanahhair. Beliau lahir pada 24 Februari 1973, di Kampung Baru Kuala Lumpur. Bakat semulajadi yang lahir dalam dirinya diperolehi dari ayahnya yang juga merupakan seorang guru lukisan. Namun begitu, kartunis Aie tidak pernah mendapat sebarang pendidikan secara formal di dalam bidang ini. Beliau hanya belajar secara tidak langsung melalui persekitaran dan tunjuk ajar dari sesiapa saja yang boleh. Kartunis Aie mula berjinak dengan bidang lukisan ini sejak berada dibangku sekolah lagi,iaitu apabila beliau diberi tanggungjawab oleh gurunya untuk menguruskan majalah sekolah. . Beliau mula terlibat secara serius dalam arena kartun tanahair bermula pada tahun 1991-sebagai kartunis di Majalah Jenakarama terbitan Evergreen Publisher Sdn. Bhd. Dari situ beliau bertekad untuk pergi ke peringkat yang lebih baik. Kartunis Aie telah menjadikan kartunis Don dan kartunis kerengge sebagai idolanya kerana beliau berpendapat karya mereka mendahului masa dari segi kualiti, idea dan penyampaian. Aie kemudian dilantik sebagai ketua studio Majalah Jenakarama dan sebuah Majalah berkonsep pendidikan iaitu Disney-Mickey.

Pada tahun 1993- Aie ditawarkan menjadi Animator bagi Animasi ā€˜Usop Sontorian’-terbitan Kharisma picture. Semasa beliau menjadi animator…beliau telah diajak oleh kartunis Ujang untuk membuat majalah. Kartunis Aie merupakan diantara tiga orang pelopor utama Majalah UJANG disamping kartunis Gayour dan kartunis Ujang sendiri Maka bermula pada Oktober 1993, kartunis Aie telah menjadi kartunis tetap di Majalah UJANG. Dalam tempoh tersebut nama kartunis Aie telah melonjak dengan koleksi ABE, iaitu hasil kolaborasi beliau dengan kartunis Ujang. Tidak ketinggalan juga karya-karya beliau yang lain seperti AKU HIDUP DALAM BLUES,TOYON, PAK ANDAK, DIN BLUES turut berjaya menambat hati para peminat kartun. Disamping itu, Kartunis Aie juga turut terlibat dalam voice over bagi animasi ā€˜Usop Sontorian’ untuk watak Singh dan Arba.

Namun pada November 1996, berlaku perpecahan antara kartunis Ujang dengan Kharisma Publication sekaligus terhentinya penerbitan Majalah UJANG. Kartunis Aie kemudian bergerak secara solo selama 6 bulan sebagai-freelancer illustrator,part time designer dan bermacam-macam kerja lagi.

Pada Jun 1997, beliau dipanggil semula untuk menerajui Majalah UJANG dan dilantik sebagai Pengarah Seni dibawah penerbitan baru, MOY Publications Sdn. Bhd. Kartunis Aie sekali lagi mencipta sejarah yang tersendiri apabila komik ciptaan beliau- ā€˜BLUES UNTUK AKU’ yang disiarkan secara bersiri dalam Majalah UJANG mendapat sambutan yang paling hangat daripada pembaca. Koleksi komik ā€˜BLUES UNTUK AKUā€ jilid 1 dan 2 telah terjual melebihi 150,000 naskhah dan masih dijual sehingga ke hari ini.

Pada November 2000, kartunis Aie telah meletak jawatan di MOY Publications Sdn. Bhd dan beliau telah menubuhkan Unlimited Productions bersama rakan kongsinya iaitu En. Nazan Mohd. Noor. Pada Januari 2001 maka lahirlah komik solo ā€˜AKU DAN SESUATU’ yang berjaya memecahkan monopoli konsep majalah humor berkumpulan yang sebelum ini menjadi trend penerbit tempatan. Komik ini turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat kartun dan komik tanahair. Komik solo tersebut hanya dapat dikeluarkan sebanyak 29 keluaran dan berakhir pada tahun 2003. Beliau kemudian menyumbang untuk majalah komik STARZ dan berjaya menghasilkan satu koleksi iaitu ā€˜LOVEVILLEā€.

Kini komik AKU DAN SESUATU tersebut telah diterbitkan semula dalam bentuk buku novel grafik dibawah terbitan Al-Ameen serve holdings sdn bhd. Disamping itu, Kartunis Aie juga turut menyumbangkan karya beliau untuk Majalah g3 terbitan Karangkraf Sdn Bhd.

Hasil kerja Aie bukan sahaja dapat dilihat dalam komik, malah pada cover CD,poster dan inlay artis famous. Antara cover album artis yang mendapat sentuhan kartunis Aie ialah Kumpulan Wings, Kristal, dan Def Gab C.
« Last Edit: November 16, 2008, 10:41:21 AM by mrjohan » Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #13 on: November 16, 2008, 10:48:57 AM »

 Grin tapi kalau kisah cintan cintun ni..tembakau punya citer laa..namapk cam best.
apa nama citer tu..haa...KARTINI.

aku cukup tgelak tgk pe el si Yon ni...ahahaha..

kartunis terkenal Azhar Ahmad (Tembakau). Beliau lahir di Kuala Kangsar, Perak pada 29 Ogos 1972. Anak Perak ini memulakan profesion sebagai storyboard bagi animasi bersiri pertama di Malaysia- Usop Sontorian terbitan Kharisma pictures. Beliau yang terkenal dengan kartun lerai love story iaitu berkisar mengenai kisah couple Yon dan Kartini. Sejak itu, secara tidak langsung ā€˜Kartini’ telah melonjakkan nama Tembakau. Beliau kemudianya telah menghasilkan Koleksi pertamanya iaitu ā€˜Kartini’ terbitan Multi Triple Vision Sdn Bhd. Iaitu penerbit Majalah Lanun. ā€˜Kartini’ mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat kartun tanahair. Maka dengan itu terbitlah pula animasi ’Kartini’ iaitu adaptasi daripada koleksi ā€˜kartini’ karya Tembakau.
Setelah sekian lama menyepi …Kartunis Tembakau tiba-tiba muncul dengan komik ā€˜Kartini Kembali’ terbitan PTS Milennia Sdn Bhd yang merupakan kesinambungan daripada koleksi pertamanya dulu.
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #14 on: November 16, 2008, 10:49:35 AM »

kartun joe lak
Logged
Pages: [1] 2 3 ... 17   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]