Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3   Go Down
Print
Author Topic: ~ E-Novel - On9 ~  (Read 2459 times)
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« on: November 10, 2008, 09:54:06 AM »

Cepat daftarkan diri utk mendapatkan e-novel percuma

http://www.karyakreatif.com/hanyasatu/

Akan dilancarkan pada
**10 November 2008**

                   

Sebuah novel hasil karya saudara Shabiq Noor yang mengisahkan tentang sebuah kehidupan percintaan dua darjat antara seorang pelajar dengan seorang guru kaunseling. Sha seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dilamun cinta apabila kehadiran Khatty, seorang guru kaunseling di sekolahnya.

Sepanjang kehidupannya di sekolah tersebut, Sha telah mengalami pelbagai pengalaman yang menarik mahupun duka bersama rakan-rakannya. Dia mahu melafazkan hasrat hati kepada gurunya. Namun segala-galanya terlambat apabila Khatty sudah bertunang dan memikirkan kekangan antara mereka.

Masa berjalan begitu pantas. Sepuluh tahun telah berlalu. Sha berjaya menjadi seorang doktor pakar dan dilantik sebagai pengerusi kepada Persatuan Perubatan Dunia. Tidak sabar rasanya untuk Sha  pulang ke tanahair setelah sekian lama bekerja di Amerika. Tibanya Sha ke tanahair disambut satu berita yang amat berat untuk diterima.  Khabar dari kawan-kawannya mengatakan bahawa Khatty telah menghidap penyakit buah pinggang.

Dengan menggunakan nama samaran, dia dan Hannah, pembantu kepadanya mula membantu untuk mendapatkan organ gantian. Sepanjang pencariannya, berlaku pelbagai konflik dalam diri Sha.

Apakah yang akan berlaku diakhir novel ini? Berjayakah Sha dan Hannah mencari buah pinggang baru untuk gurunya? Apakah konflik yang telah berlaku ke atas diri Sha? Semuanya akan terjawab jika anda mendapatkan e-Novel "HANYA SATU" keluaran Karya Kreatif Dot Com.
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #1 on: November 13, 2008, 09:35:57 AM »

..:: Hanya Satu ::..

BAB 1

   Pada hari petang yang mengasyikkan, ketika suasana senja yang menjingga, aku
terlihat sepasang suami isteri yang sedang menghirup udara petang. Aku mengalihkan
pandangan ke pohon yang rendang di situ, aku lihat sepasang merpati sedang
bercumbuan. Aku memandang ke langit, hatiku tertanya-tanya, mengapa dijadikan dunia
ini berpasang-pasangan? Mengapa tidak dijadikan satu? Adakah seronok jika kita hidup
berpasangan? Apa yang akan terjadi jika hidup seorang diri? Aku mendengar kata orangorang tua, jika hidup kita berpasangan, maka hidup lebih ceria dan baik untuk kesihatan. Aku berfikir sejenak. Memang benar pernyataan itu. Ceria yang dimaksudkan ialah anak-anak yang akan mewarnai sesebuah keluarga. Dan kesihatan pula diertikan sebagai nafsu yang sudah lama ditahan kini boleh diluahkan pada jalan yang halal dan sah di sisi syarak. Aku termenung panjang di kaki lima sebuah kedai. Aku berasa sudah lewat . Ah! Sudah jam 6.30 petang! Sepatutnya aku pulang untuk membersihkan diri sebelum menghadap yang Maha Kuasa. Aku mencapai basikal lalu mengayuh meninggalkan tempat ini.

   Aku melintasi lorong-lorong kecil di antara deretan kedai dengan basikal tua
milik ayah. Walaupun umurku masih muda, tetapi kecil jangan disangka anak, besar
jangan disangka bapa. Ketika lorong ini lengang, aku mula memecut seperti seorang
pelumba basikal. Zaman kanak-kanak memang penuh dengan fantasi dan angan-angan.
Ada yang mahu menjadi batman. Tidak kurang juga spiderman. Mahupun idola-idola
dalam bidang sukan. Aku ingin menggapai cita-cita sebagai pelumba basikal terkenal.
Kerap juga aku membuat latihan untuk menguatkan otot kaki supaya aku dapat
mengayuh dengan lebih pantas. Namun, nasib pada petang itu tidak menyebelahi aku.
Aku terjatuh ketika cuba mengelak beberapa pelajar perempuan yang melintasi jalan di
antara deretan bangunan kedai tersebut. Darah mengalir keluar dari lutut dan aku hanya
mampu untuk bergerak sedikit. Pelajar-pelajar perempuan itu hanya berlalu pergi tanpa
menghulurkan bantuan, malahan cemuhan yang aku terima. Memang tak patut! Aku
bersabar melihat mereka pergi. Aku cuba berdiri, sakitnya kaki ini bagaikan sakitnya
kulit ditoreh dengan pisau. Akhirnya aku berjaya juga untuk bangun. Ku alih basikal ke
tepi jalan lalu duduk di tepi longkang sambil melihat luka di lutut. Aku hanya mampu
membelek-belek luka itu. Aku melihat awan yang kian gelap. Hari semakin menjengah
senja. Habislah aku, malam ni mesti kena marah sebab balik lambat. Sambil tergaru-garu
kepala yang tidak gatal, aku memikirkan helah supaya tidak dimarahi.
Dari belakang….

   “Adik…adik macam mana. Okay ke?” Satu suara perempuan hinggap di
telingaku. Aku mengangguk sambil memandang ke belakang. Ah! Kenapa kakak ni ada
kat sini? Bukan ke dia bersama dengan kawan-kawan dia tadi? Bukankah sekarang sudah
lewat untuk pulang ke asrama? Oh! Baru aku perasan. Sejak dari aku jatuh tadi, dia
memandang aku dengan sayu. Mukanya seperti mahu memberikan bantuan. Mungkin
disebabkan rakan-rakan yang bermulut ‘laser’ itu, dia hanya mampu melihat.
 
   “Sa…saya…tak apa-apa. Sakit sikit je.” Aku tersenyum, berpura-pura macam
tidak sakit apa-apa. Dalam hati, sakitnya bukan kepalang. Pelajar perempuan itu turut
melemparkan senyuman. Hmmm..menawan. Tergoda aku seketika! Pasti jejaka-jejaka
lain akan tertawan jika memandang mukanya.

   “Ni, ambil lah sapu tangan ni. Lap luka tu ye. Kakak pergi dulu.” Dihulurkan sapu
tangan berwarna merah jambu. Aku mengambil perlahan-lahan lalu dia pergi
meninggalkanku sendirian.

   “Terima kasih kak.” Dia memandang semula, mengukir senyuman kepadaku lalu
dia lenyap dari pandanganku. Aku memandang ke langit, mengingati hal yang berlaku.
Lalu luka dilutut aku lap sehingga kering dan aku simpan sapu tangan itu dengan harapan
agar aku dapat menjumpai pemiliknya semula………………………………..

Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #2 on: November 17, 2008, 10:42:45 AM »

di ssbbkan aku copy paste x menjadi...
maka aku link kan bab 2 dekat sini utk korang baca sendiri dr web

http://www.karyakreatif.com/hanyasatu/download645/Hanya_Satu-BAB_DUA.zip
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #3 on: November 18, 2008, 08:47:22 AM »

sambungan lengkap... kira sampai tamat la..
so, layaaaaaaannnnnnn......

http://www.karyakreatif.com/hanyasatu/download645/Novel_Hanya_Satu.zip
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #4 on: November 18, 2008, 12:49:39 PM »

Huhuhu...kalau zip tempat aku tak leh bukak
Logged
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #5 on: November 18, 2008, 03:14:48 PM »

lor....
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #6 on: November 19, 2008, 01:47:38 AM »

Huhuhu...kalau zip tempat aku tak leh bukak
memanglah tak boleh suka2 bukak zip kat opis --> nie citer apalak
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #7 on: November 19, 2008, 08:30:24 AM »

hahaha... --> sengal
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieadam
Prof Serba OT
*****
Posts: 2,190


displin/ikhlas - always be the great


« Reply #8 on: November 19, 2008, 01:15:40 PM »

Huhuhu...kalau zip tempat aku tak leh bukak
memanglah tak boleh suka2 bukak zip kat opis --> nie citer apalak
citer selak kain bukak zip le
Logged

jieadam the great-setan yg kita kenal itu lebih baik dari malaikat maut yg kita tak kenal
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #9 on: November 19, 2008, 03:15:13 PM »

rosak
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieadam
Prof Serba OT
*****
Posts: 2,190


displin/ikhlas - always be the great


« Reply #10 on: November 19, 2008, 11:59:39 PM »

aper yg rosak sue...
Logged

jieadam the great-setan yg kita kenal itu lebih baik dari malaikat maut yg kita tak kenal
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #11 on: November 20, 2008, 09:27:55 AM »

apa ko nak
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieadam
Prof Serba OT
*****
Posts: 2,190


displin/ikhlas - always be the great


« Reply #12 on: November 20, 2008, 12:21:49 PM »

aper ko nk kasi
Logged

jieadam the great-setan yg kita kenal itu lebih baik dari malaikat maut yg kita tak kenal
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #13 on: November 20, 2008, 02:11:10 PM »

penampau nak??? hehe
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #14 on: November 24, 2008, 11:26:41 AM »

shycat
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
Pages: [1] 2 3   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]