Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Forum OT tanpa batasan
Pages: [1] 2 3 ... 8   Go Down
Print
Author Topic: ..:: OBSESI - Abdul Rahim Awang ::..  (Read 4042 times)
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« on: November 03, 2008, 03:33:28 PM »

Semakin byk la novel yg bakal di jd kan drama...


Pelakon-pelakon lain yang turut membintangi siri ini termasuklah Hjh Fauziah Nawi (Tengku Mariam),
Ezany Nizariff (Dr Amran),
Aida Aris (Tengku Atikah) dan
Khairil Anwar (Dato’ Adnan).

Selain itu, siri ini turut dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Zachery F (Paul Chua),
Haliza Misbun (Dr. Suriani),
Balkisyh Semundur Khan (Mazlin Hani),
 Maimon Muttalib (Tg Zubaidah @ Mak Long Bedah),
Wan Maimunah (Mak Piah) dan
Estelle Looi (Shirly).
« Last Edit: November 03, 2008, 03:36:17 PM by suzry » Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #1 on: November 03, 2008, 03:34:11 PM »

KISAH CINTA, DENDAM, HASAD DENGKI DAN PENYIASATAN DALAM SIRI ā€˜OBSESI’ MENERUSI SLOT SAMARINDA

Sejak ditayangkan slot Samarinda tetap menjadi tarikan dan menjadi antara slot yang mendapat tempat di hati penonton TV3. Melalui slot ini, TV3 telah menghidangkan pelbagai kisah dan pergolakan hidup manusia yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan golongan. Keudara tiga hari berturut-turut setiap Selasa hingga Khamis, slot Samarinda sekali lagi menyajikan satu lagi kisah pergolakan hidup manusia melalui siri ā€œObsesiā€.
Drama siri 25 episod ini bergenre kemasyarakatan dan bakal menemui penonton TV3 mulai 5 November 2008 jam 10.30malam. Diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd., siri ini merupakan karya asal dan garapan skrip oleh Abdul Rahim Awang dan diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Muhammad Murali Abdullah. Siri yang menghiburkan ini sarat dengan kisah yang digarap dan disampaikan dengan menarik dengan unsur-unsur suspen, percintaan, kekeluargaan, dendam, hasad dengki, jenayah dan penyiasatan.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakar, ā€œSiri ini juga memberi pengajaran dan mendidik penonton dengan mengetengahkan pelbagai ilmu berkaitan undang-undang yang diguna-pakai di Malaysia, adat resam orang melayu serta wasiat dan pembahagian harta mengikut undang-undang sivil.
Ia juga menyalurkan maklumat berkaitan dengan usaha pelbagai agensi kerajaan untuk kesejahteraan rakyat, terutama pasukan polis, dan kerjasama yang diperlukan oleh agensi-agensi kerajaan daripada rakyat. Selain memberikan pengajaran dan teladan, ia juga sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.ā€
Siri ā€˜Obsesi’ ini bermula dengan perkahwinan Tengku Azzuddin (Remy Ishak) dengan Shirly Chua (Estelle Looi) yang tidak direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Walaupun rumahtangga mereka bahagia kerana saling mencintai, hidup mereka terpencil daripada kaum keluarga dan sanak saudara. Malah ada ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang langsung tidak tahu tentang perkahwinan mereka.
Shirly berasal dari keluarga kaya, tetapi ibu dan ayahnya telah meninggal dunia. Dia cuma mempunyai seorang adik bernama Paul (Zachery F) dan sebahagian besar harta pusaka telah diwasiatkan oleh ayahnya kepada Shirly. Keadaan ini membuatkan Paul tidak berpuas hati dan apabila Shirly berkahwin dengan Tengku Azzuddin, Paul menganggap Tengku Azzuddin mahu membolot  harta Shirly, lalu memusuhinya.
Pada suatu hari, dua tahun lalu selepas Tengku Azzuddin dan Shirly mendirikan rumahtangga, Tengku Mariam (Hjh Fauziah Nawi), ibu Tengku Azzuddin, telah mengadakan majlis hari jadinya di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dia hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja namun oleh kerana Shirly merupakan menantu yang tidak direstui, dia tidak dijemput ke majlis itu.
Shirly yang tidak mahu hubungan suami dengan ibu mertuanya terputus mendesak Tengku Azzuddin supaya menghadiri majlis itu. Untuk mengelakkan dari bersengketa disamping mencurigai isterinya curang, Tengku Azzuddin bersetuju untuk pergi namun di tidak ke rumah ibunya sebaliknya dia ke pejabat. Keadakan menjadi kelam kabut apabila Shirly ditemui oleh pembantu rumahnya mati dibunuh.
Polis mengklasifikasikan kejadian di rumah Tengku Azzuddin sebagai rompak dan bunuh namun Paul tidak bersetuju dengan klasifikasi yang dibuat oleh polis. Dia yakin Tengku Azzuddin bertanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila semua harta yang ada atas nama Shirly bakal menjadi milik Tengku Azzuddin. Dia tidak berpuas hati kerana Tengku Azzuddin tidak ditangkap dan didakwa.
Apabila perbincangan dengan peguam tidak mendatangkan hasil yang diingini, dia bersumpah akan mencari sendiri maklumat yang boleh membuktikan kesalahan Tengku Azzuddin. Manakala, Tengku Mariam yang kasihan dengan anaknya yang sentiasa murung ingin menjodohkan Tengku Azzuddin dengan Suriati (Lisa Surihani). Berjayakah Paul membuktikan Tengku Azzuddin sebagai pembunuh? Siapakah pembunuh sebenar Shirly dan dapatkah Tengku Azzuddin menerima Suriati dalam hidupnya?
Buat julung kalinya, ā€˜Obsesi’ merupakan drama pertama di TV3 dibintangi oleh Pemenang Anugerah Pelakon Harapan Festival Filem ke-21, Lisa Surihani yang membawa watak Suriati. Beliau digandingkan dengan Remy Ishak yang memegang watak Tengku Azzuddin.
« Last Edit: November 03, 2008, 03:36:34 PM by suzry » Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #2 on: November 03, 2008, 03:35:17 PM »

Kepada semua penonton TV3, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan siri ’Obsesi’ ini setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam mulai 5 November 2008, hanya di TV3!

« Last Edit: November 03, 2008, 03:37:21 PM by suzry » Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #3 on: November 03, 2008, 03:41:41 PM »

Hmmmm...nampak cam best je
Logged
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #4 on: November 03, 2008, 04:17:10 PM »

mmg novel ni best...tapi x tau la dah jd drama ni camno...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #5 on: November 04, 2008, 10:12:33 AM »

sml aku dok godek2 kat web terjumpa ni... pasal ARA

"Datuk Abdul Rahim Awang ialah seorang penulis novel cerita seram di Malaysia. Novel-novelnya banyak diterbitkan oleh Penerbitan Creative Enterprise."
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieadam
Prof Serba OT
*****
Posts: 2,190


displin/ikhlas - always be the great


« Reply #6 on: November 04, 2008, 10:19:54 AM »

sumer buku2 ARA mmg best n suspen....tak jemu dibaca wlau brkali2
Logged

jieadam the great-setan yg kita kenal itu lebih baik dari malaikat maut yg kita tak kenal
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #7 on: November 04, 2008, 10:31:18 AM »

ko tau x website ARA
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieadam
Prof Serba OT
*****
Posts: 2,190


displin/ikhlas - always be the great


« Reply #8 on: November 04, 2008, 11:47:49 AM »

x tau tp kebanyakan buku dia aku ada....klau web pak habib aku tahu
Logged

jieadam the great-setan yg kita kenal itu lebih baik dari malaikat maut yg kita tak kenal
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #9 on: November 04, 2008, 12:53:58 PM »

chait...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #10 on: November 06, 2008, 12:07:01 PM »

smlm sape tgk samarinda ni
aku tgk sekejap je
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
lieyssa
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 3,468


andai ku tahu... kapan tiba ajalku...


WWW
« Reply #11 on: November 06, 2008, 12:50:32 PM »

lisa tengok... selang seli ngan Desperado...
Logged

MAN gets and forgets...
ALLAH gives and forgives
soul
Sifu OT
******
Gender: Male
Posts: 20,780


Whole Lotta Soul


WWW
« Reply #12 on: November 06, 2008, 12:53:07 PM »

astro maxx kan sajer ...
Logged

..::: if I'm not here .. I'm somewhere else :::..

maybe here also : http://soulman-wholelottasoul.blogspot.com/
or : http://myphotogdiary.blogspot.com/
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #13 on: November 06, 2008, 12:53:49 PM »

takyah susah2, tunggu seminggu dua, gi youtube mesti ade he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
soul
Sifu OT
******
Gender: Male
Posts: 20,780


Whole Lotta Soul


WWW
« Reply #14 on: November 06, 2008, 12:58:04 PM »

ya betul .. klu TV3 suku pon ada kt website derang ..
Logged

..::: if I'm not here .. I'm somewhere else :::..

maybe here also : http://soulman-wholelottasoul.blogspot.com/
or : http://myphotogdiary.blogspot.com/
Pages: [1] 2 3 ... 8   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]