Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Forum OT tanpa batasan
Pages: [1] 2 3 ... 9   Go Down
Print
Author Topic: ..:: drama ~ Dari Mata Arisa ~ "adaptasi dari novel BNI [KAU SAYaNGKU]" ::..  (Read 3569 times)
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« on: October 22, 2008, 12:52:08 PM »

Sinopsis Drama Dari Mata Arisa

Majlis pelancaran dua buah drama baru terbitan Bright Network Sdn Bhd, Dewi Cinta dan Dari Mata Arisa yang bakal ditayangkan di saluran RTM di No 211 Rumah Pengantin Lorong Ampang 2 Off Jalan Ampang Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Malaysia YB Dato’ Kamaruddin Siaraf turut diserikan dengan sedikit gimik tarian dari pelakon cantik manis Ayu Raudhah dan Syed Aiman.

Satu usaha yang harus dicontohi kerana pihak produksi mengumpulkan kedua-dua produksi dan pelakon drama dalam satu masa. Jangan ingat mahu jimat bajet sudahlah. Ye lah, lagi jimat kalau buat 2 majlis dalam satu masa dan satu tempat.

SINOPSIS DARI MATA ARISA

Drama bersiri “Dari Mata Arisa” mengisahkan seorang gadis bernama Arisa yang pada zahirnya seorang yang periang, tetapi di sebalik gelak tawa, senda guraunya tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya, Ayana, telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.
Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa.

Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Di sebalik kekeliruan Arisa untuk memilih cinta Akif dan Eddy, Not dan Lily menjadi teman yang sentiasa bersamanya.

Arisa akhirnya telah menerima cinta Akif. Sayang sekali, di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingi telah terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?

“Dari Mata Arisa” ini merupakan sebuah drama adaptasi dari novel “Kau Sayangku” nukilan Cik Bikash Nur Idris yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd, yang ditulis semula oleh Puan Sujiah Salleh ke dalam bentuk drama bersiri.
« Last Edit: October 22, 2008, 12:57:18 PM by suzry » Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #1 on: October 22, 2008, 12:54:24 PM »

BARISAN PELAKON:

ARISA & AYANA:
Ayu Raudhah
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #2 on: October 22, 2008, 12:55:25 PM »

AKIF
Syed Aiman
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #3 on: October 22, 2008, 12:56:47 PM »

EDDY
Ashraf Muslim
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #4 on: October 22, 2008, 12:58:40 PM »

MALIAH
Maizurah Hamzah - makcik aku pun berlakon hehehe...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #5 on: October 22, 2008, 12:59:23 PM »

AZARINA
Nabila Huda
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #6 on: October 22, 2008, 01:00:03 PM »

YUSRAN
Zack Kool
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #7 on: October 22, 2008, 01:00:57 PM »

ZARIL
Ijoy Azahari
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #8 on: October 22, 2008, 01:10:02 PM »

Sinopsis : KAU SAYANGKU

KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.

Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #9 on: October 22, 2008, 01:11:21 PM »

FRAGMEN NOVEL :

KAU SAYANGKU
“APA kurangnya dia? Sikit punya handsomelah makhluk ALLAH tu. Muka dia
cun gila babas, kalah Tarabass. Kaya,
educated, kerja pulak gaji empat angka
lebih. Kalau kau jadi isteri dia, tak payah buat kerja. Duduk
rumah goyang kaki aje. Orang gaji dah siap tersusun. Layanan
yang akan kau terima tak ubah macam tuan puteri. Apa lagi
yang kau nak, hah?” Ngomelan Lily mengisi ruang tamu
rumah itu.

Tak faham benar Lily dengan perangai Arisa, teman
serumah yang sudah dikenali hampir dua tahun. Memilih
sangat! Dah dapat mamat yang macam tu punya bagus pun
mahu demand lagi. Eddy Sham! Dengar nama saja pun dah
boleh agak bagaimana orangnya. Kacaknya memang clear,
kereta pulak Mercedes Kompressor, kerja pun pangkat besar.
Anak Dato’ pulak tu! Bukan calang-calang orang tapi semua kriteria itu, masih belum mampu menawan hati Arisa. Entah
lelaki macam manalah yang perempuan ini mahu. Sungguh
dia tak faham! Geram di hati Lily berpanjangan.

“Banyaklah kau punya handsome, kaya, educated. Kalau
kau dah teringin sangat nak berlakikan dia, ambiklah. Tak
payah pass pass kat aku.” Arisa mencebik geram.

“Kalau dia nakkan aku, dah lama aku terima tau! Perfect
guy gitu...” sindir Lily geram. Kalau si Eddy tu sukakannya,
sah-sah tak kebulur tujuh keturunan. Malangnya bukan dia
yang Eddy gilakan sebaliknya minah degil ni, hah!

“Yalah, kau ambiklah perfect guy tu, lepas tu buang
Abang Sahli kau tu.” Arisa tidak memberi peluang untuk Lily
terus menyindirnya.

“Ya ALLAH, kamu berdua ni dah tak ada kerja lain ke?
Bergaduh tak pasal-pasal sebab lelaki,” kata Not mula cam-
pur tangan sebelum perang mulut meletus. Arisa dan Lily
memang begitu. Suka sangat test, mulut laser siapa yang paling power. Dia pula selalu menjadi pendamai. Dah biasa dah!

“Aku ada banyak kerja, Not tapi si Lily ni yang seronok
sangat nak bertikam lidah dengan aku. Tak pasal-pasal nak
jadi ejen pencari jodoh pulak. Nak tukar profesion gamaknya.
Sibuk nak gandingkan aku dengan bosnya tu.” Arisa merengu.
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
kuzin
Cikgu OT
****
Gender: Male
Posts: 579


kaf wau zal ya nun


« Reply #10 on: October 22, 2008, 01:40:21 PM »

satu langkah yang baik mengadaptasikan cerita dr novel..... nasib penulis pun semakin terbela.... silap ari bulan jd cam Joanne Rowling
Logged

__..--``--._think positive_.--``--.__.--``--..
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #11 on: October 22, 2008, 01:45:51 PM »

btul tu... tapi kat msia ni masih baru...
kita tunggu dan lihat je la...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #12 on: October 22, 2008, 01:59:11 PM »

Bila drama tu start?
Logged
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #13 on: October 22, 2008, 02:00:21 PM »

Drama Dari Mata Arisa,
40 episod, 60 minit.
Jangan lupa; mulai 3 November, 9.00 malam,
RTM1.
Selamat menonton.
« Last Edit: October 22, 2008, 02:05:59 PM by suzry » Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #14 on: October 22, 2008, 02:03:52 PM »

harap drama ni tak mengecewakan penonton Cheesy
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
Pages: [1] 2 3 ... 9   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]