Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3 ... 9   Go Down
Print
Author Topic: ROKET KERTAS  (Read 3232 times)
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« on: September 18, 2008, 09:25:35 PM »

Assalammualaikum. Dakapan Kasih merupakan novel terbaru Abby dengan Bro Ahadiat Akashah. Tema yang Abby angkat dalam novel ini ialah bagaimana seorang ibu tiri dicintai oleh ayah dan anak sekaligus. Tema ini merupakan permintaan Bro Ahadiat sendiri dan Abby hanya tunaikan dengan cara Abby tersendiri. Harap novel ini dapat diterima semua. Kalau ada yang tidak memuaskan, Maafkan Abby.  Grin

KINI DIPASARAN:

JUDUL: DAKAPAN KASIH
TERBITAN : ROKET KERTAS
HARGA: RM 24.90

SINOPSIS:

Dakapan kasih seorang ibu merupakan dakapan kasih yang terbaik untuk insan di dunia ini. Meskipun dia hanyalah seorang ibu tiri. Dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu walau dia sering dihina dan kehadirannya di dalam keluarga itu disalahertikan. Bukan dia yang pinta untuk ditempatkan di dalam rumah agam itu. Demi memenuhi permintaan seorang yang sedang nazak membuatkan dia akur dan menerima takdir Allah.

Namun, pelbagai dugaan datang melanda sejak dia bergelar isteri kepada lelaki yang sebaya bapanya itu. Dia dibuang keluarga sendiri. Anak tirinya pula jatuh cinta terhadapnya. Namun, ada juga anak-anak tirinya yang mengasihinya dan menerimanya sebagai seorang ibu. Tetapi ada juga yang berusaha untuk menyingkirkannya daripada terus berada di dalam keluarga itu.

Namun, sampai bila dia harus bersabar dan menerima segala dugaan yang datang melanda ini?
« Last Edit: September 18, 2008, 09:28:29 PM by ebriza » Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #1 on: September 18, 2008, 09:29:40 PM »

PREVIEW: DAKAPAN KASIH : SUAMIKU AMAT MENCINTAI AKU - IRENE DARVINNA

“Terima kasih bang kerana tidak jemu menyokong saya. Jadi, bagaimana dengan pelawaan Eiszac? Abang benarkan saya pergi tak?” Irene Darvinna sekali lagi mengutarakan hasrat Ayreil Eiszacwan.

“Boleh tapi ...” Alzran Mirzan menyimpul satu senyuman nakal dibibirnya.

“Tapi apa bang?” Pantas Irene Darvinna bertanya kerana dia tidak mahu menangguhkan lagi perjalanannya. Jikalau boleh, dia hendak cepat pulang ke pejabat sesudah makan tengah hari bersama-sama Ayreil Eiszacwan kerana ada sesuatu yang penting harus diselesaikan seberapa segera sebelum menjelangnya mesyuarat esok.

“Abang memang cemburu Darvinna keluar dengan lelaki yang lebih muda daripada abang. Oleh itu, keizinan untuk keluar dengan Eiszac hanya akan diberi setelah Darvinna memberi satu pelukan dan ciuman pada abang. Boleh?” Alzran Mirzan masih menyimpul senyuman nakal. Merona merah wajah Irene Darvinna ketika mendapat arahan itu. Namun, jika dia tidak melakukannya, dia takut akan mengecewakan Ayreil Eiszacwan pula, oleh itu, dia pantas memeluk dan memberi satu ciuman di pipi Alzran Mirzan sebagai memenuhi syarat agar dia dapat keluar dengan anak bujang suaminya itu.

“Okey ... arahan sudah dilaksanakan. Saya minta diri dulu, bang.” Namun, sebelum Irene Darvinna mengatur langkahnya semula, lengan Irene Darvinna pantas ditarik oleh Alzran Mirzan sehingga terlekat tubuh kedua-duanya. Berdebar-debar hati Irene Darvinna ketika berada di dalam pelukan suaminya sendiri. Bukannya dia tidak biasa dengan pelukan sebegitu tetapi dia amat malu jika perlakuan Alzran Mirzan dilihat oleh pekerja-pekerja di pejabat itu. Apa pula cerita tentang dirinya yang akan dicanangkan nanti. Dalam mata Irene Darvinna memandang ke arah Alzran Mirzan.

“Kenapa ni?” Hendak tidak hendak keluar sahaja suara Irene Darvinna di kala itu.

“Ciumannya bukan di pipi sayang.”

“Habis, di mana?”

“Di sini ...” Pantas Alzran Mirzan menunjukkan ke arah bibirnya. Semakin merona merah wajah Irene Darvinna menahan malu. Irene Darvinna menolak tubuh Alzran Mirzan tetapi lelaki itu tidak membenarkan Irene Darvinna terlepas daripada pelukkannya.

“Abang ... di sini pejabat bukannya rumah. Tak naklah. Kalau dia orang ternampak saya beri ciuman pada abang, apa tanggapan mereka terhadap saya nanti. Jangan malukan saya, bang. Tolonglah.” Rayuan Irene Darvinna tidak dihiraukan oleh Alzran Mirzan. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia ingin bermesra dengan Irene Darvinna.

“Peduli apa dengan orang. Darvinna kan isteri abang, suka hatilah abanglah nak buat apa pun dengan Darvinna. Mereka tak ada hak untuk mempertikaikannya. Cepatlah sayang ... kalau tak, abang tak izinkan keluar dengan Eiszac ...” Alzran Mirzan sedikit mengugut Irene Darvinna agar dipercerpatkan ciuman itu diberikan kepadanya. Irene Darvinna mengeluh berat dalam wajah yang masih menahan malu.

“Tapi bang ...”

“Hanya satu ciuman ... dan abang lepaskan Darvinna pergi.” Pantas sahaja Alzran Mirzan mencantas kata-kata penolakkan yang bakal disusun oleh Irene Darvinna.

 Irene Darvinna mengeluh lagi kerana dia tidak mempunyai daya kekuatan untuk menolak kehendak suaminya sendiri. Jika dia menolak, nanti dianggap ingkar pula dengan arahan suami. Jadi, antara mahu dengan tidak, Irene Darvinna terpaksa menuruti kehendak Alzran Mirzan. Baru sahaja ciuman itu hendak diberi, tiba-tiba sahaja pintu bilik Alzran Mirzan diketuk orang. Alzran Mirzan merungut seketika dengan gangguan yang datang secara tiba-tiba.

“Hish ... kacau betullah. Siapa pula yang mengganggu orang tengah nak berseronok ni.” Wajah Alzran Mirzan mencuka membuatkan Irene Darvinna tergelak kecil. Lembut sentuhan Irene Darvinna ke wajah Alzran Mirzan.

“Abang ... pejabat tetap pejabat dan tak kan menjadi rumah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Irene Darvinna terus melangkah pergi namun masih sempat dia mendengar rungutan yang terhambur sekali lagi di bibir Alzran Mirzan.

“Melepas aku.” Alzran Mirzan melepaskan satu keluhan yang semakin berat apabila hajatnya tidak kesampaian. Apabila pintu bilik Alzran Mirzan dibuka, tersembul wajah Maya dengan beberapa dokumen di tangannya.

Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #2 on: September 18, 2008, 09:31:43 PM »

PREVIEW: DAKAPAN KASIH: ANAKNYA JUGA MENCINTAI AKU

Bagaimana dia tahu aku suka dengan suka bunga teluki? Selama ini tidak ramai yang tahu aku suka bunga teluki. Kalau ada yang tahu pun, hanya mereka yang rapat dengan aku saja tapi Eiszac ... Ah, pemuda ini memang sukar untuk dijangka ...

Kini wajah Ayreil Eiszacwan pula yang menjadi mangsa tenungannya sesudah tenungan ke arah bunga beralih. Tepat, dalam, tajam dan tanpa berkelip-kelip dengan bibir sedikit terbuka. Ayreil Eiszacwan menyimpul senyuman kemenangan kerana dia pasti Irene Darvinna tidak menduga bagaimana dia tahu bunga kegemaran wanita itu. Payah juga dia hendak mencari pada mulanya tetapi dengan bantuan anak-anak saudara Irene Darvinna dan juga bantuan taman bunga mini yang berada di belakang rumah mereka membuatkan kerjanya menjadi lebih mudah. Walaupun terdapat bunga-bunga lain yang berada di taman itu, namun bunga teluki yang memonopoli sebahagian kawasan membuatkan dia tersedar akan kegemaran wanita itu. Anak-anak saudara Irene Darvinna juga menyatakan perkara yang sama apabila dia disuruh meneliti taman bunga yang dijaga oleh Irene Darvinna, sudah pasti dia akan tahu bunga apa yang menjadi kegemaran wanita itu.

“Irene ... tak payahlah awak tunjukkan muka terperanjat pada saya. Sebagai seorang sahabat yang baik dan akan menjadi rapat, dia bukan sahaja pasti tetapi harus tahu kegemaran sahabat baiknya itu. Bunga ini kan menjadi kegilaan awak? Walaupun awak cuba mengambusi mata saya dengan bunga-bunga yang lain tetapi saya tetap akan tahu juga kerana awak adalah sahabat saya. Awak sendiri yang ingin perhubungan kita begitu, bukan?” Ayreil Eiszacwan mengenyit mata buat Irene Darvinna. Irene Darvinna terpukul dengan kata-kata Ayreil Eiszacwan kerana selama ini dia tidak pernah berusaha untuk mengetahui kegemaran anak muda itu selain makanan kegemarannya. Irene Darvinna mengambusi malunya dengan mengukir sebuah senyuman yang cukup menawan.

Ya Allah ... begitu hebat tamparan yang dia berikan pada aku. Haruskah aku mengaku kalah? Tidak! Perjuangan masih belum selesai dan aku tidak harus mengaku kalah. Kau memang hebat, Eiszac ... Irene Darvinna bermain dengan kata hati.

“Hmmm ... awal awak datang ke sini? Nak jumpa dengan abah awak ke? Nanti saya semak jadualnya sama ada dia lapang atau tidak untuk bertemu dengan anak bujang kesayangannya.” Irene Darvinna cuba mengubah tajuk perbualan dengan berpura-pura membuka diari hariannya. Ayreil Eiszacwan tahu apa yang Irene Darvinna lakukan lalu dia pantas menghalang Irene Darvinna daripada terus menatap wajah diari hariannya.

“Tak payahlah awak semak diari tu sebab saya bukan nak jumpa dengan abah pun. Saya datang ke sini untuk ajak awak makan tengah hari dengan saya. Bunga carnation ni saya letak di sini ye.” Ayreil Eiszacwan pantas meletakkan bunga teluki itu di sebelah komputer Irene Darvinna. Cantik sekali menjadi hiasan mata yang memandang. Irene Darvinna menarik nafas panjang dan otaknya begitu ligat mencari alasan untuk tidak keluar dengan Ayreil Eiszacwan kerana dia tidak mahu menjadi buah mulut orang ramai di pejabat itu lagi. Kalau kerap sangat dia keluar dengan Ayreil Eiszacwan, nanti tidak pasal-pasal dia dituduh sebagai menggoda anak pula sesudah bapa. Hisy ... minta simpang malaikat empat puluh empat.


Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #3 on: September 18, 2008, 11:21:09 PM »

ini mana2 kaki novel kene dapatkan ni...PASTI BERBALOI punyalah! caiyok!!!
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #4 on: September 18, 2008, 11:24:47 PM »

 Grin thanx ..
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #5 on: September 18, 2008, 11:42:28 PM »

PREVIEW: DAKAPAN KASIH: TIDAK MAMPUKAH AKU MENJADI SEORANG IBU YANG BAIK? - IRENE DARVINNA

Ya Allah ... tak bolehkah aku menjadi seorang ibu yang baik?Mengapa mereka tidak memberi peluang itu kepada aku untuk aku membuktikan aku juga boleh menjadi ibu mereka yang terbaik. Kenapa hati aku selalu disakiti. Apa yang harus aku lakukan untuk memenangi hati mereka, Ya Allah ... berikan aku hidayat serta petunjukMu ... Ketika Irene Darvinna sedang meratap hiba akan nasib dirinya, Iris Leona masuk lalu memegang lembut wajah Irene Darvinna. Terperanjat Irene Darvinna menerima sentuhan lembut itu.

“Ibu ... Ibu sedih ya bila Kak Ixora marah? Ibu jangan menangis lagi sebab Iris tak suka tengok ibu menangis. Kalau Kak Ixora tak sayang ibu, ibu masih ada Iris. Iris sayang ibu.” Iris Leona terus memeluk Irene Darvinna selepas memberi satu kucupan di pipi wanita itu. Sikap Iris Leona menyentuh kalbu Irene Darvinna lalu dia memeluk Iris Leona sambil menangis lagi. Iris Leona juga turut menangis atas kesedihan Irene Darvinna.

“Terima kasih sayang kerana menyayangi ibu. Boleh Iris beritahu ibu, kenapa rumah kita berselerak sangat?” Lembut Irene Darvinna menagih jawapan daripada Iris Leona kerana dia tahu anak kecil itu tidak akan menipu dirinya.

« Last Edit: September 18, 2008, 11:53:46 PM by ebriza » Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #6 on: September 18, 2008, 11:48:14 PM »

PREVIEW: DAKAPAN KASIH: KENAPA KAU SERING MENGHINA AKU ROSELLA ROSELL? - IRENE DARVINNA

“Hei ... kau jangan nak menghina aku pula. Perempuan kampung macam kau, tak layak untuk berkata apa-apa terhadap diri aku. Kau dilahirkan untuk berada di bawah telapak kaki aku, faham? Nama saja wanita bertudung tapi datang ke tempat seperti ini, sama juga taraf kau dengan perempuan keji yang lain yang hanya berlagak baik di depan mata orang.” Rosella Rosella semakin seronok mencela Irene Darvinna. Dia teringin hendak melihat Irene Darvinna melenting tetapi hasrat Rosella Rosell tidak kesampaian apabila Irene Darvinna masih tenang seperti tadi.

“Kalau taraf aku sama seperti perempuan keji yang datang ke sini, jadi tak ada bezanya kau dan aku. Kau juga tergolong dalam golongan perempuan yang keji kerana telah menjejakkan kaki ke syurga dunia ini. Namun, ada sesuatu yang kau perlu tahu sebelum kau terus menghina aku. Aku datang sini mengikut Eiszac kerana tanggungjawab aku sebagai seorang ibu. Cuba kau fikir, berapa ramai anak yang sanggup membawa ibu mereka ke disko? Aku rasa tak ada. Jadi, aku beruntung kerana Eiszac telah membawa aku ke sini dan secara tidak langsung, aku dapat mengawal tingkah lakunya dan juga dirinya daripada dihampiri perempuan keji seperti kau. Tak salahkan kalau aku di sini sekadar untuk mengawalnya. Daripada dia keluar dengan perempuan yang tidak tentu arah, lebih baik dia keluar dengan ibunya sendiri. Jangan sesekali kau harap Eiszac akan terus berada di dalam genggaman kau lagi. Perempuan yang dikelilingi oleh ribuan lelaki tak layak untuk mendampingi Eiszac. Saya harap Cik Rosella Rosell faham dengan apa yang saya cakap ni. Sekian terima kasih.” Lagak Irene Darvinna yang seperti ibu menambahkan lagi luka di hati Rosella Rosell.

“Kau ... huh!” Rosella Rosell berlalu pergi kerana tidak tahan sakit di dada. Namun, di dalam hati kecil gadis itu, Rosella Rosell berjanji akan mengenakan Irene Darvinna secukup-cukupnya. Sementara itu, Irene Darvinna menyusun langkahnya semula mendapatkan Ayreil Eiszacwan semula.

“Bagaimana? Dah selesai semuanya?” Irene Darvinna diserbu dengan pertanyaan oleh Ayreil Eiszacwan. Irene Darvinna menyimpul senyuman manis.

“Ya. Semuanya dah selesai.” Jelas Irene Darvinna melegakan hati Ayreil Eiszacwan.

Jauh di satu sudut disko, Rosella Rosell sedang berkata sesuatu kepada seorang lelaki yang berbangsa Inggeris. Kemudian, dia menghulurkan beberapa keping not yang berupakan wang. Lelaki berbangsa Inggeris itu mengangguk-angguk tanda faham dengan apa yang diingini oleh Rosella Rosell. Rosella Rosell tersenyum puas. Seketika kemudian lelaki Inggeris yang bernama Mike telah meminta izin daripada Ayreil Eiszacwan untuk menari dengan Irene Darvinna.

“Bolehkah saya menari dengan teman awak?” Tanya lelaki yang bernama Mike itu. Irene Darvinna pantas menghala matanya kepada Ayreil Eiszacwan lalu menggeleng.

“Ya. Kenapa tidak. Silakan.” Ayreil Eiszacawan yang tidak faham dengan isyarat tubuh Irene Darvinna telah memberi persetujuan.

“Eiszac ... saya tak nak.” Irene Darvinna menolak.

“Irene, tolonglah be sporting. Jangan malukan saya. Ya.” Pujuk Ayreil Eiszacwan dengan bersungguh-sungguh.

“Sekejap saja okey?” Akhirnya Irene Darvinna akur.

“Terima kasih.” Irene Darvinna terpaksa menurut kemahuan Ayreil Eiszacwan kerana tidak mahu memalukan anak muda itu.

Ketika Irene Darvinna sedang menari, Mike telah melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Irene Darvinna. Mike memegang pinggang Irene Darvinna sesuka hatinya dan sesekali dia cuba mengucup tengkuk wanita itu membuatkan Irene Darvinna tidak mampu untuk bersabar dan menahan lagi lalu dia memberi satu penampar sulung di pipi Mike. Terkejut kesemua mereka yang berada di dalam disko itu. Ayreil Eiszacwan mula diterpa rasa malu apabila ada suara-suara yang menyatakan Irene Darvinna adalah perempuan kampung yang tidak layak berada di situ. Irene Darvinna mengesat air matanya ketika Ayreil Eiszacwan datang menghampirinya.

“Saya nak balik.” Irene Darvinna terus melangkah keluar daripada terus berada di dalam disko itu. Ayreil Eiszacwan tidak mampu berkata apa-apa selain mengikut kehendak Irene Darvinna. Sebelum Ayreil Eiszacwan keluar daripada situ, seorang lelaki telah memberitahu sesuatu kepada anak muda itu membuatkan hatinya sejuk kembali dengan segala rasa kemarahan terhadap Irene Darvinna.


« Last Edit: September 18, 2008, 11:52:04 PM by ebriza » Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #7 on: September 19, 2008, 09:16:08 AM »

 garu dagu
Logged
dina
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #8 on: September 19, 2008, 09:47:37 AM »

best2...
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #9 on: September 19, 2008, 10:35:04 PM »

ye ke best dina .. alhamdulillah .. dah ada di pasaran tau .. shycat
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #10 on: September 19, 2008, 10:41:29 PM »

boleh buat roket ker
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #11 on: September 19, 2008, 10:43:00 PM »

tanyalah Bro Ahadiat ... shycat
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #12 on: September 19, 2008, 10:47:08 PM »

tanyer abby x leh ker
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #13 on: September 19, 2008, 10:51:23 PM »

tak leh sbb bukan company abby. abby hanya menumpang ... huhuhu
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #14 on: September 20, 2008, 10:12:44 AM »

menumpang kasih ker he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
Pages: [1] 2 3 ... 9   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]