Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Forum OT tanpa batasan
Pages: 1 ... 13 14 [15] 16 17 ... 59   Go Down
Print
Author Topic: Mahakarya Cinta-Preview  (Read 14003 times)
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #210 on: September 07, 2008, 12:33:46 AM »

MAHAKARYA CINTA - ANDAI HARUS MEMILIH, YANG MANA SATU PILIHAN ANDA?

“Antara yang dicintai dan mencintai, yang mana satu kau akan pilih, Maira?” Dalam hantaran tenungan mata Zanzilawati Izzrunnie kepada Nurhumaira, yang mengerutkan dahinya sekali lagi.

Soalan apa pulak ni? Isy, Zila ni... lepas satu, satulah. Nurhumaira merungut di dalam hatinya. Diamnya membuatkan Zanzilawati Izzrunnie menyoalnya dengan soalan yang sama sekali lagi.

“Yang mana satu kau akan pilih, Maira, antara yang kau cintai dan yang mencintai kau?” Zanzilawati Izzrunnie seperti mengharap.
Nurhumaira menarik nafasnya sedalam yang mungkin sebelum melepaskannya.

“Kalau terpaksa memilih antara dua, aku akan pilih yang mencintai diri aku kerana yang mencintai diri aku sudah pasti akan menghargai diri aku berbanding yang aku cintai. Yang aku cintai, mungkin kurang mencintai aku sebab aku sahaja yang tergila-gilakan dirinya sedangkan dia... Kau sendiri dapat faham maksud aku, kan? Aku tidak mahu mengambil sebarang risiko yang mampu melukakan hati aku dan mencalari jiwa aku. Aku tak sanggup dikurung dalam rumah kekecewaan dan yang paling aku tak sanggup dengar adalah penghinaan sekiranya ada pertengkaran yang berlaku. Hati aku akan tercalar teruk sekiranya dia menyatakan aku yang pilih dirinya sedangkan dia tak pernah memilih diri aku. Aku tak sanggup menanggung risiko itu.


APA PENDAPAT ANDA DALAM PEMILIHAN INI?Huh?Huh?Huh??? ADAKAH ANDA AKAN MEMILIH YANG DICINTAI ATAU YANG MENCINTAI DIRI ANDA?

« Last Edit: September 07, 2008, 12:35:32 AM by ebriza » Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #211 on: September 07, 2008, 12:46:26 AM »

dua leh ker he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #212 on: September 07, 2008, 02:22:58 PM »

owh .. nakal ye ... jueeeee
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #213 on: September 07, 2008, 02:26:10 PM »

errr
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #214 on: September 07, 2008, 02:29:04 PM »

 shycat shycat angel
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715


Telah kau bunuh cintaku...


WWW
« Reply #215 on: September 07, 2008, 02:31:02 PM »


dua leh ker he he



Biler Jue nak masuk porum ni ye?  garu dagu
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #216 on: September 07, 2008, 02:31:39 PM »

tu laa .. abby sedang tunggu ni ... kihkihkih shycat shycat angel
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715


Telah kau bunuh cintaku...


WWW
« Reply #217 on: September 07, 2008, 02:48:19 PM »

 mobile Jue

Alamak! jue tengah masak cendoi la  shycat ------> mintak skit  malu2
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #218 on: September 07, 2008, 03:41:28 PM »

nak juga  Grin
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #219 on: September 07, 2008, 08:50:17 PM »

MAHAKARYA CINTA - AKU TAKUT UNTUK BERHARAP - ZANZILAWATI IZZRUNNIE

Jadi, macam mana? Kau dah buat keputusan? Ataupun masih menimbang antara yang mencintai dan dicintai?” Nurhumaira ingin mengetahui keputusan yang mungkin sudah bermain di kepala Zanzilawati Izzrunnie di kala ini.

Zanzilawati Izzrunnie menarik nafasnya dengan dalam lalu melepaskannya secara perlahan-lahan.

“Entahlah, Maira. Aku tak dapat buat sebarang keputusan sekarang. Fikiran aku buntu membuat penimbangan sama ada terus mengharap yang dicintai ataupun menerima saja yang mencintai. Aku takut untuk ambil risiko ni. Aku takut hati aku takkan bahagia kalau memilih yang mencintai tapi aku juga takut kecewa untuk terus mengharap yang dicintai. Aku benar-benar tak mampu nak buat keputusan,” luah Zanzilawati Izzrunnie dengan masalah yang sarat di kepala.

“Hmm, apa kata kau luahkan saja pada Muammar untuk mengetahui jawapan yang jitu. Andainya dia menolak kau, senang kau nak buat keputusan. Habis cerita,” cadang Nurhumaira kemudiannya.

“Kalau dia terima aku? Apa aku nak jawab dengan Aunty Syar? Lagipun macam kata kau, aku tak nak dia ungkit aku yang luahkan perasaan aku dulu bila kami bergaduh kelak. Susahlah macam ni.” Zanzilawati Izzrunnie menggumam tidak keruan.

“Hmm... betul jugak cakap kau. Susahlah macam ni.” Nurhumaira meminjam nada dan ayat Zanzilawati Izzrunnie, membuatkan gadis itu mencebik ke arahnya.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #220 on: September 07, 2008, 09:59:11 PM »

MAHAKARYA CINTA - KENAPA HARUS LEPASKAN ZILA? - NURHUMAIRA

"Faham tentang segala-galanya yang cuba kau sembunyikan daripada aku. Kenapa kau harus lepaskan barang kau yang berharga kepada orang lain, Zila? Kenapa kau tak pertahankan apa yang menjadi milik kau? Kenapa kau begitu murah hati?”
Keras pertanyaan Nurhumaira membuatkan Zanzilawati Izzrunnie sedikit sebak.

“Sebab... ia bukan milikku.” Tersekat-sekat Zanzilawati Izzrunnie membalas kata. Matanya juga sudah bergenang dengan mutiara jernih yang bisa tumpah bila-bila masa sahaja.

“Sebelum ia menjadi milik orang, ia adalah milik kau. Kenapa kau lepaskan begitu saja? Tidak berhargakah apa yang kau perolehi selama ini? Kenapa begitu bodoh dan ego?” Nurhumaira terus menyerang Zanzilawati Izzrunnie dengan lidahnya yang tidak bertulang.

“Salahkah aku jika ingin menggembirakan orang yang aku sayang? Orang selalu sokong aku ketika aku jatuh? Orang yang sentiasa di sisi aku ketika aku berduka?” Mutiara jernih sudah mulai menitis satu per satu ke pipi Zanzilawati Izzrunnie.

“Menggembirakan orang yang begitu bermakna dalam hidup kau, memang tak salah tapi gembirakah hati kau dengan apa yang kau lakukan?” Nurhumaira masih belum puas mendera Zanzilawati Izzrunnie.
« Last Edit: September 07, 2008, 10:02:06 PM by ebriza » Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
ebriza
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 13,553


A Smile Can Bring U Near 2 Me


WWW
« Reply #221 on: September 07, 2008, 11:29:38 PM »

PREVIEW YANG TERAKHIR DARI KU ... MOGA TERHIBUR! Grin

MAHAKARYA CINTA: BODOHKAH AKU? - ZURAIZEE

Nurhumaira hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil memandang Zuraizee semula. “Kau terima tak kalau aku cakap kau ni merupakan satu-satunya lelaki yang paling bodoh?”

Kehairanan Zuraizee mendengar hamburan kata daripada Nurhumaira.

“Kenapa kau cakap begitu? Apa yang telah aku buat sampai aku dianggap paling bodoh?” Zuraizee tampak tidak puas hati.

“Aku cakap begitu sebab kau sanggup melepaskan permata yang berharga dalam genggaman dan memilih kaca yang tidak bernilai.
Tidakkah itu dinamakan bodoh?” Nurhumaira cuba mengembalikan sesuatu yang Zuraizee tidak pernah sedar selama ini.

Namun Zuraizee semakin bengap kerana tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh Nurhumaira.

“Aku memang tak faham dengan apa yang dimaksudkan. Explain, please.” Mendayu suara Zuraizee meminta Nurhumaira menjelaskan seterang-terangnya kepada dia akan kata-kata yang terungkap dari bibir Nurhumaira sebentar tadi.
Nurhumaira menarik nafas panjang sebelum menghelanya keluar.

“Berapa lama kau kenal Zila?” Nurhumaira mengajak Zuraizee untuk bersoal jawab. Jika dilihat saling tidak tumpah seperti pemeriksa yang sedang memberikan ujian lisan.

“Dari kecik lagi. Kenapa?”

“Selama itu kau kenal dia takkan kau tak perasan perubahan diri dia setelah dia menginjak ke alam dewasa?”

“Apa yang kau nak cuba sampaikan kepada aku, Maira? Tak payahlah nak berbunga bahasa, terus terang saja dengan aku,” pinta Zuraizee lagi.

“Kau ni memanglah cikadak tua yang paling bengap pernah aku jumpa. Sesuailah gelaran tu yang diberikan oleh Zila.”

“Kau ni jangan nak naikkan darah aku.” Zuraizee mula bengang.

“Dah memang betul, takkan aku nak menidakkan ia? Apakah kau ni buta, tak nampak cinta yang mengalir dalam diri Zila hanya untuk kau? Dia dah lama mencintai kau tapi kenapa kau masih tak mahu memahaminya? Dia sanggup melukakan dirinya sendiri demi melihat kebahagiaan kau. Dia sanggup lakukan apa saja asalkan kau gembira. Dia turutkan kemahuan kau kerana apa? Kerana dia sayangkan kau lebih daripada seorang abang. Dia lebih mementingkan perasaan kau daripada perasaan dia sendiri. Takkan satu pun kau tak dapat melihat daripada apa yang dia lakukan? Dan, kau melukakan hati dia dengan memilih Wizana, si kaca yang tidak bernilai tu. Kau ni memang teruklah, Zuraizee. Kadang-kadang aku lihat kau ni macam tak berperasaan pun ada. Takkanlah hati kau dibuat daripada kayu?”

Zuraizee terkedu seketika mendengar hujahan daripada Nurhumaira yang bertentangan dengan prinsip Zanzilawati Izzrunnie selama ini. Tergamam dia dengan kenyataan yang tidak pernah diduga.

“Kau ni biar betul, Maira? Tak mungkin perasaan dia melangkau batas dengan begitu jauh? Dia selalu cakap pada aku yang aku ni abang dia sejak dari dulu dan sekarang pun masih kekal begitu. Kalau dia cintakan aku tak mungkin dia beria memikat Wizana untuk aku? Kau jangan mengelirukan aku, Maira. Aku dah cukup keliru dengan keadaan sekarang.” Zuraizee masih tidak mahu menerima hakikat apa yang telah dibentangkan oleh Nurhumaira.

“Ya. Aku akui dia selalu cakap macam tu. Bukan saja pada kau malah pada aku juga tapi sebagai seorang perempuan, aku dapat memahami perasaan perempuan seperti dia. Apa yang diucap melalui mulut tidak pernah sama dengan apa yang berada di dalam hatinya. Kau tahu, setiap pemberian kau tidak pernah dibuangnya malah dia akan menyimpannya walaupun benda tu dah tak cantik lagi. Gambar-gambar kau dengan dia dibingkaikannya dengan secantik yang mungkin hinggakan aku pun cemburu melihat bingkai yang terkandung gambar-gambar di dalamnya...

“Perasaan apakah yang terbentuk di dalam hati Zila jika ia tidak dinamakan cinta? Bukan semua orang sanggup melakukan pengorbanan sebagaimana dia lakukan untuk kau. Zuraizee, sedarlah perasaan yang telah hadir di dalam diri kau orang berdua. Aku dapat lihat yang kau orang memerlukan di antara satu sama lain dan tak mampu berpisah. Apakah yang layak dinamakan hubungan sebegitu kalau tidak cinta? Tolong jangan menafikannya hanya disebabkan status adik-beradik yang kau orang sandang. Sebenarnya, Zuraizee, kau mahupun Zila telah membenarkan perasaan masing-masing dilangkaui oleh aliran cinta yang hangat selain hubungan adik-beradik. Cuba kau tanya pada diri kau sendiri, siapakah yang paling kau perlukan dalam dunia ini antara Wizana dan Zila? Siapa yang tak sanggup kau hilang di antara mereka berdua? Siapakah yang sering berada di sisi kau sewaktu kau memerlukan seseorang? Jawapannya berada di dalam diri kau, Zuraizee, dan itulah dinamakan cinta.”

Panjang lebar syarahan Nurhumaira yang memaksa Zuraizee menadah telinganya mendengar setiap butiran kata-kata daripada gadis itu.
Logged

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #222 on: September 08, 2008, 09:43:37 AM »

best gak citer ni....
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #223 on: September 08, 2008, 09:45:54 AM »

best lagi kalau dapat free he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #224 on: September 08, 2008, 09:50:21 AM »

semua nak free --->piat tinger caluk
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
Pages: 1 ... 13 14 [15] 16 17 ... 59   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]