Aku tercengang-cengang… mengaru-garu kepala yang nyata tiada berkelemumur apatah lagi dihuni oleh kutu baboon. Dunia apakah ini? Di manakah sebenarnya aku??? Aku benar-benar blur…rasanya tidak tercerna otak untuk memikirkan segala kemungkinan justeru keadaan yang sering berbeda. Arggggg!!! Aku menjerit malangnya tiada yang mendengar kerana aku sesungguhnya bersendirian.
Ah! Tak boleh jadi ni… tenang wahai hati… fokus wahai minda. Jangan biarkan diri terus sesat dalam kesesatan yang akan menyesatkan. Pasti ada cara dan jalan untuk kembali. Apa yang penting… kerjasama…entah bagaimana aku boleh teringatkan kata-kata semangat wonderpets setiapkali mereka memulakan edisi meyelamat, tapi aku nak melancarkan kerjasama sama siapa??? Hatiku menyoal. Tak mungkin dengan nenek yang dah bertukar ijau, atau si cantik manis melati yang mula menempatkan diri sebagai sukma hati atau si hidung kembang yang hadirnya tak pernah aku undang???
Ibu…ingatanku tiba-tiba menerja pada ibu. Iyer sudah lama aku tidak menyebut nama itu apatah lagi memanggilnya. Tanpa sedar aku mula jadi mat leleh dengan airmata yang mula turun lebat di pipi lengkap dengan air dari hidung yang sesekali mengalir turun dari longkang yang tidak tersumbat. Ibu... tolong aku... aku mahu pulang... ucapku dalam esak yang sudah tidak lagi ku tahan. Dari tangisan kecil, kini sudah bertukar menjadi raungan. Iyer aku sudah campakkan seluruh rasa maluku entah ke lombong mana. Aku tidak lagi malu malah tidak langsung kemalu-maluan untuk meratap dan merintih. Apa yang ada di mindaku hanyalah ibu... ibu!!! Tolong Mail bu... Mail tidak mahu lagi terkurung di sini, dalam dunia yang tahapapatah… Mail nak balik, nak makan nasik berlaukkan daging rusa masak kicap, berkuahkan lemak tempoyak ikan patin yang ibu tangkap dalam sangkar ikan milik kita. Bersayurkan brokoli yang dimasak bersama cendawan, scallop dan taufu jepun dengan sos tiram lantas berulamkan daun pegaga dengan budu yang dicampur dengan patahan cili padi.
Ibu!!! Makin kuat aku mengongoi dalam hutan yang mula gelap akibat pemotongan api oleh TNB tanpa belas kesian. Tapi kejap... macamana dalam hutan ni boleh ada pulak akses untuk api dari TNB??? Aku kembali menggaru-garu kepala... nyata aku semakin tidak faham atau lebih tepat aku sudah blur seblur blurnya...
Tiba-tiba aku terdengar satu suara.
‘Wahai anak ku Mail... ingatlah pada penciptamu. Mintalah pertolongan dari-Nya justeru dalam apa jua situasi yang kita hadapi, Dia sahajalah sebaik-baik tempat untuk kita memohon pertolongan. Cekalkanlah hatimu duhai anakku. Lagukanlah selawat yang pernah ibu ajarkan pada mu dahulu untuk merawat rawan dan gersang hatimu. Moga dirimu akan berada di bawah lindungan rahmat dan hidayah dari-Nya.’
Perlahan-lahan bibirku mula bergerak. Dari tiada suara yang kedengaran, ia mula terdengar perlahan dan sedikit demi sedikit telingaku sudah mampu menangkap tiap patah yang aku ucapkan. Hatiku jadi tenang… kakiku mula melangkah bersama gema yang cukup mendamaikan…
Allah huma solli a’la Muhammad, tib’bil kulu biwadawa ieha, waa’fitil adjza ni washifa ieha, wanuril abso’riwa jila ieha. Waala’ alihi wasohbihi waba rik’ wasalim[/color]
Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda
[/color][/i]