Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3 ... 7   Go Down
Print
Author Topic: TITIAN PERJALANAN  (Read 2485 times)
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« on: August 19, 2008, 09:59:10 PM »

SEBUAH CERITA MASYARAKAT-------> OLEH : CALUK CORNER AND GENG.
 

siri pengenalan

 Tooooot…tootttt….toooottt….nyaring kedengaran bunyi keretapi yang datang dari arah pantai timur.Keretapi menghala ke selatan telah sampai. Aku melangkah masuk ke dalam gerabak keretapi. Suasana pagi itu cukup sibuk. Mungkin orang ramai ingin pulang bercuti sempena musim perayaan ini. Aku duduk di kerusi yang tertera nombornya seperti di tiketku. Kemudian perlahan-lahan keretapi itu bergerak meninggalkan stesen keretapi Jerantut. Aku menghela nafas yang panjang seakan mengeluh. Aku akan meninggalkan tempat ini …tapi aku tak pasti bila aku akan kembali lagi ke sini. Terlalu banyak kenangan aku di sini. Ahh…aku membuangkan jauh-jauh segala kenangan yang bermain di kepala. Aku pejamkan mata dan lelap dalam deru enjin keretapi yang bergerak laju menuju ke destinasi berikutnya.

Entah berapa kali keretapi itu berhenti di stesennya, aku tak pasti…ketika aku sedar, aku telah sampai ke stesen keretapi Kluang. Aku mencapai beg pakaian lusuh yang ku letakkan di bawah kaki dan bergegas turun. Mata aku melilau memerhatikan manusia yang berada disitu. Bermacam ragam dan gelagat. Tapi semua itu tidak menarik perhatian ku. Aku cuba meninjau kalau-kalau ada wajah yang aku kenali disitu. Tiada.

Perkara penting yang aku fikir selepas itu….Lapar. Aku singgah di sebuah gerai makanan dan memenuhi kehendak perutku dulu. Lega. Sejak pagi tadi aku tak menjamah apa-apa. Nak kemana selepas ini? Tak pasti lagi.Aku terus melangkah tanpa tujuan. Sedar-sedar aku sudah berdiri di hadapan surau. Dan aku menunaikan kewajipan aku pada yang Satu. Tenang. Selesai solat aku merangka arah perjalanan aku selepas ini. Aku perlu mencari tempat menginap. Mentari makin condong. Hari yang cerah akan bertukar menjadi gelap sebentar lagi.

Ketika aku melangkah keluar surau… PAP! aku tersentak bila bahuku ditepuk keras. Lantas aku menoleh….BUK! serentak itu aku dirempuh keras oleh seseorang….aku terjatuh dan pandanganku kabur bila aku rasa cecair panas meleleh menutup pandangan mataku….Gelap!
(Bersambung)….

episod 1
Title: Titian perjalanan.

“Ini budak penyangak tu lah punya kerja! Memang dasar kaki dadah, macam tu lah perangainya…sampai mampos makan maki hamun orang je! Kampong kita ni dah tak aman pasal budak sial tu dah baliklah!!!” bentak Sahak. Marah betul dia petang itu. Mau tak hangin…pagi tadi elok dia nak pegi menoreh..alih-alih basikal yang diparking bawah rumahnya lesap.Pak Abu, Kamal mandor dan Wak Seman yang berada semeja dengan Sahak hanya tunduk diam. Mata masing-masing terkebil-kebil memandang gelas tea tarik. Tak berani mereka nak bersetentang mata dengan Sahak. Mereka sudah paham sangat dengan perangai Sahak…lagi-lagi kalau dia dah naik hantu. Sahak terus membebel lagi sambil menhentak-hentak meja sampai huru hara cawan atas meja itu dibuatnya. Pelahan-lahan Abu, Kamal mandor dan Wak Seman mengheret cawan dan kerusi masing-masing ke meja sebelah. Kalau mereka terus menghadap Sahak mau mandi tea tarik nanti jawabnya.Isu hangat petang itu ialah kes kecurian besi pula. Semakin hari, semakin menjadi-jadi. Semua ini bermula sejak Pak Man senteng membuka perniagaan besi buruk di kawasan kampong sebelah 2 bulan lepas.
“Sabar Sahak…engkau nampak ke budak tu mengambil basikal engkau tu? Jangan engkau nak menuduh orang sesuka hati…berdosa tu!!! Tiba-tiba Lebai Kassim bersuara, tenang. “ Kita ni kalau nak menuduh orang kena ada bukti dan saksi…Engkau ada saksi ke? Bukti?” soalnya lagi. Sahak Diam. Mungkin tengah menyusun ayat untuk membalas soalan Lebai Kassim tadi. “ Tak ada lah…habis tu kalau bukan dia siapa lagi? Dia tu bekas penagih Lebai.. mesti kerja dialah…” suara Sahak mula mengendur. “Oh… sebab dia bekas penagih, senang-senang kamu nak tuduh dia? Mudah bebeno kamu menjatuhkan hukuman ya?” Sindir Lebai Kassim. “ Pak Mat!!! Kira ni !!! Lebai tunggu la nanti, kalau perkara ni berlaku pada batang hidung Lebai nanti…jangan baru nak menyesal!” jawab Sahak sambil menyentap kerusinya kebelakang. Dia menghulurkan duit not 2 ringgit kepada Pak Mat dan terus berlalu. Lebai Kassim dan beberapa pelanggan yang berada di warung itu hanya memerhati sambil menggelengkan kepala.
Aku duduk di beranda sambil memerhatikan emak menyapu sampah. Wajah tua itu ku renung. Tiba-tiba Sebak. Emaklah satu-satunya orang yang masih menerima aku. Di saat orang lain mengeji dan memandang hina pada aku, dia tetap memberi kekuatan dan nasihat agar aku terus bersemangat untuk meneruskan hidup. Mungkin dulu aku pernah buat silap…kerana terlalu taksub mengikut nafsu remaja..aku dijerat oleh kawan-kawan dalam kancah najis dadah. Tapi sekarang aku dah bertaubat..aku benar-benar insaf. Aku nak hidup tenang dan berjaya seperti orang lain.
“ Betul ke kamu tak buat kerja dulu tu lagi Mail?” tiba-tiba emak menyoal aku. Aku tersentak dari lamunan. “ Apa mak?” soal ku balik. “ Betul ke kamu tak terlibat dengan kes curi besi kat kampong kita ni?” kali ini soalannya lebih direct. Emak memandang aku. Wajahnya yang berkedut itu nampak agak sayu. Aku diam. Aku lemparkan pandangan ke kaki bukit yang menghijau dengan pokok-pokok getah. - (bersambung)…

EPISOD 2
titian perjalanan.
Mungkin inilah balasan Tuhan pada dosa-dosa aku yang lalu. Terlalu sukar orang disekeliling ingin mempercayai aku. Tapi aku yakin pada kebenaran. Akan aku buktikan bahawa aku kini benar-benar sudah bertaubat. Mungkin suatu hari nanti orang akan percaya pada aku juga. Aku menatap mata mak yang sudah berkaca.“ Tak mak…saya tak buat benda tu…” aku cuba menyakinkan emak. Tapi aku tak tahu apa yang bermain difikirannya. Aku harap mak akan percaya. Aku lihat air mata mak mengalir bila mana matanya berkerdip. Cepat-cepat mak memaling mukanya kearah lain dan berlalu meninggalkan aku yang masih kebinggungan. Aku tahu mak sayangkan aku. Aku harap airmatanya yang mengalir itu adalah airmata yang gembira, bukan airmata kesedihan.
Petang itu ketika aku membonceng motosikal melalui jalan kebun getah untuk ke pekan, aku ditahan oleh sekumpulan budak muda yang dating entah dari mana. Aku tak pernah lihat muka mereka di kampong ini. Ketika aku memperlahankan motosikal,salah seorang daripada mereka dah capai kunci motor aku. Baru aku nak buka mulut bertanya tujuan mereka. PAK! Aku sepakan keras membidas belakangku. aku jatuh dan cuba bangun untuk mempertahankan diri. BUK! BAK! Sepakkan demi sepakkan menghentam perutku.gelap sekejap pandanganku. Aku batuk dan termuntah. Aku tak berdaya untuk berdiri lagi. Tiba-tiba rambutku disentap dari belakang. TUP! TUP! TUP! Bertalu-talu tumbukan mengenai bahagian muka ku. “ Ini Last Warning Ar…INGAT!!!” kedengaran suara parau memekik di telingaku. Kedengaran juga suara orang ketawa terbahak-bahak. Kemudian aku di heret dan dihumban ke dalam belukar berhampiran kawasan kebun getah itu. DUK! Kepalaku menghentam sesuatu yang keras. Aku pitam.
Aku tersedar bila mana air hujan mengenai muka ku. Aku lihat keadaan di sekelilingku gelap gelita. Aku merangkak dari dalam belukar mencari kawasan jalanraya. Hujan makin lebat diiringi dentuman petir dan cahaya kilat. Fikiran aku teringatkan emak dirumah. Terasa perit tanganku dihiris duri-duri pokok yang terdapat dibelukar itu. Akhirnya aku berjaya menemui jalanraya. Dalam pekat malam berteman cahaya kilat aku mencari motosikal ku. Malam itu tiada kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Mujur aku menjumpai motosikalku semula. Tanpa fikir panjang aku terus menghidupkan motorsikal dan pulang ke rumah.
Tepat jangkaan ku. Sampai dirumah aku lihat emak duduk menunggu aku di tangga. “ Kau kemana Mail?” belum sempat aku naik ke rumah emak sudah menyoalku. “ Ya Allah..apa sudah jadi dengan kamu ni!! Emak seakan menjerit bila melihat keadaan pakaianku yang terkoyak dan dipenuhi tompok-tompok darah. Aku diam membisu. “Kamu bergaduh ke?” Soal mak lagi. “ Tak Mak…saya terjatuh”. Jawapku agar segala tanda tanya dalam fikiran emak tadi terjawap. Aku bingkas pergi membersihkan diri dan menunaikan solat sebelum masuk tidur. “ Mail…kamu dah makan?” tiba-tiba terdengar suara emak ketika aku selesai bersolat. “belum”. Jawabku ringkas. “Mari makan dulu”. Panggil emak dari dapur.
Ketika aku sedang makan, emak duduk menemankan aku. Emak merenung wajah aku. Tapi aku buat selamba je. Makanan ku suap cepat ke mulut. Berselera rasa. “ Kamu jatuh dekat mana tadi?” soalan emak itu membuatkan aku hampir tersedak. Dan aku jadi bertambah tak keruan bila terpandang airmata emak mengalir.
"ja..jatuh kat simpang balai raya.." kataku. "kamu jangan nak bohong mak! dari kecik sampai beso emak yang jaga kamu..mak tahu kamu menipu!" tegas suara mak". bukan niat aku nak berbohong...tapi....aku...

« Last Edit: August 20, 2008, 11:02:59 AM by mrjohan » Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #1 on: August 20, 2008, 11:01:54 AM »

ini sapa tak tau nak buat apa..time2 O.T and ada idea nak sambung sebuah cerita  ni...silakanlah..cerita ni aku nak buat rekod dalam caluk corner. REKOD SEBUAH NOVEL YANG PALING BANYAK PENULIS. Mungkinkah  caluk corner berjaya merealisasikan Rekod ini..kita tunggu dan lihat...Apapun aku berharap...cerita ini betul2 mampu memberi impak pada setiap manusia  yang sedang melalui pelbagai kerenah kehidupan dan cerita ini juga mampu menyampaikan mesej dan mempunyai pelbagai perasaan.
wallahu alam....
« Last Edit: August 20, 2008, 11:12:19 AM by mrjohan » Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715


Telah kau bunuh cintaku...


WWW
« Reply #2 on: August 20, 2008, 11:08:40 AM »

Buat pertama kalinya aku nak sokong idea Joe ni...

Di Indonesia, dah ada satu novel dihasilkan daripada forum seumpama ini. Depa tu tak pernah berjumpa n siapkan satu novel dari sambungan2 macam ni lah. lastly diterbitkan.

Apa salahnya idea ni kita guna. Masing-masing bolehtulis n post kat sini. pas tu kita leh edit balik n terbitkan. May be PTS leh terbitkan.

Soooo, apalagi...sambung la. Kita tulis sama2 ye  shycat
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #3 on: August 20, 2008, 10:01:47 PM »

he he nak aku sambung ker
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #4 on: August 21, 2008, 07:51:14 AM »

Kalau caluk yang sambung mesti berterabur la citer tu hehehe
Logged
MokYang
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,743


Akulah MOK YANG... hikhikhikhik!


WWW
« Reply #5 on: August 21, 2008, 10:15:38 AM »

SEBUAH CERITA MASYARAKAT-------> OLEH : CALUK CORNER AND GENG.
 
"ja..jatuh kat simpang balai raya.." kataku. "kamu jangan nak bohong mak! dari kecik sampai beso emak yang jaga kamu..mak tahu kamu menipu!" tegas suara mak". bukan niat aku nak berbohong...tapi....aku...



sambungan (dari penulis yang mengada-ngada nak cuba mengarang) Cheesy

...tapi aku tidak mahu emak merasa risau. Sudah cukup dulu emak risau dan bimbang berbagai-bagai perkara terutama tentang aku. Tentang aku yang dipandang hina, dianggap jahat. Memang dulu aku jahat. Tetapi itu dulu. Kini aku tidak mahu jahat lagi. Aku mahu jadi orang yang baik, yang berguna dan berbakti untuk emak.

Emak merenung muka aku, lama. Aku tunduk tidak berani menentang mata emak.
“Kamu bergaduh? kena pukul?” soal emak. Cuba memegang luka-luka di bahu dan lengan aku. Cepat-cepat aku mengelak. Bingkas bangun ke dapur, membasuh tangan. Mencapai gelas air, meneguk laju.

“Emak. Janganlah risau ya mak. Saya tak ada apa-apa.”


--- bersambung----
Logged

~ sepi pun datang di perjalanan yang panjang... ~
http://azieazah-aa.blogspot.com/
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #6 on: August 21, 2008, 08:58:56 PM »

sambungan...

"Puk" satu pukulan tepat kat kepala Mail.
"Tak risau kau kata, yg kau jalan dah macam Suster Ngesot nie, ok sangat lah tu"
"err, nie org tgh praktis berlakon jadi Suster Ngesot, dgr citer ade part 2 lah mak" Mail cuba mengkaver line sambil mengesot pelan masuk bilik tido.

--korang sambung lah Grin --
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
mrjohan
Sifu OT
******
Posts: 11,232


KITA PENG-YU


WWW
« Reply #7 on: August 22, 2008, 08:02:44 PM »

Ibunya  sudah paham sangat dengan tebiat anak bujangnya itu. Dia membiarkan Mail masuk ke bilik, tanpa banyak menyoal.
Di dalam bilik Mail membuka daun tingkap. Angin malam yang berhembus lembut terus menyapa tubuhnya. Mail beralih ke meja tulis. Dia membuka laci meja yang kelihatan agak usang itu. lantas mengeluarkan sebuah buku. dia membuka helaian buku itu. Dan matanya terpana pada sekeping sehelai kertas yang terlipat kemas. lantas dia membuka lipatan.

----bersambung----
Logged

http://cartoonrian.blogspot.com/
Aku Tetap Aku, Walau Dicampak ke Lautan Duka...
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #8 on: August 23, 2008, 09:54:44 AM »

err..kena sambung ker..
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #9 on: August 25, 2008, 04:58:25 PM »

sambung gee kat tali kapal
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #10 on: September 01, 2008, 11:35:52 AM »

hmm..
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #11 on: September 01, 2008, 12:38:25 PM »

bulan posa kena baik yer he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #12 on: September 01, 2008, 01:01:28 PM »

iyer.. angel
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #13 on: September 01, 2008, 02:16:07 PM »

baik nyyeeerr
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #14 on: September 01, 2008, 02:53:18 PM »

 shycat
Logged
Pages: [1] 2 3 ... 7   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]