Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: 1 [2] 3 4 ... 16   Go Down
Print
Author Topic: ..:: Sinopsis dari nOvEL::..  (Read 6093 times)
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #15 on: June 04, 2008, 02:24:56 PM »

Nurul Izzah tidak menduga. Perjalanan hidupnya tak secantik terenda. Dugaan hadir mengiringi ketentuan, kesejahteraan teracah. Mengapa Idham Aizuddin menjadi pengkhianat kasih dan cintanya? Kunjungan jambangan anggerik ungu sering mengacah ketenangan jiwa gadisnya. Siapa Pujangga Rindu?

Kehadiran Shaiful Ikhmal seakan jaluran pelangi, membiaskan kembali senyuman di wajah sirna milik Nurul Izzah. Namun mengapa tiba-tiba anak muda itu tega menghukum sekeping hati dengan kebisuan?

Kemunculan Shaiful Zahari tidak pernah diduga. Relakah Nurul Izzah menyingkirkan carik-carik kenangan yang pernah mereka kongsi bersama? Tika rahsia hati mula tersingkap, Nurul Izzah diikat ketentuan. Mampukah ungkapan rahsia hati disampaikan pada yang menanti dan dinanti?

Harga: RM24.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #16 on: June 04, 2008, 02:26:41 PM »

aku tgh baca buku ni
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #17 on: June 04, 2008, 02:27:24 PM »

yer aku tau...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #18 on: June 04, 2008, 02:28:58 PM »

ko tau? mana ko tau?
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #19 on: June 04, 2008, 02:29:21 PM »

lor..aku kan pasang cctv kat umah ko...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #20 on: June 04, 2008, 02:29:52 PM »

hah? jadi ko tau le aku ngumpat ko semalam?
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #21 on: June 04, 2008, 02:31:14 PM »

cctv aku mana ada spearker...
wooohh...ngumpat aku yer...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #22 on: June 04, 2008, 02:33:34 PM »

Cinta tanpa berterus terang mampu memisahkan dua hati yang setia terjalin. Cinta yang tidak dilafaz membuatkan Nia dan Adam sama dingin walaupun sudah bergelar suami isteri. Perkahwinan antara mereka terjadi hanya kerana amanat. Adam menganggap Nia masih belum mampu lupakan Ariq. Nia menganggap Adam masih cintakan Melissa. Sejauh manakah perhubungan andai hati berbisik namun mulut tidak pernah berbicara?

“Lafazkanlah jika benar kata hatiku ini sama dengan kata hatimu. Jangan terus bermain dengan bahasa jiwa.” - Nia

“Memang benar cinta itu aneh. Samalah dengan cinta kita. Aneh... kerana sukar diluahkan, sukar dibaca bahasa jiwanya.” - Adam

Harga: RM20.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #23 on: June 04, 2008, 02:34:39 PM »

cctv aku mana ada spearker...
wooohh...ngumpat aku yer...

hahahaa.. aku ngumpat ko kat ikan aku
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #24 on: June 04, 2008, 02:35:03 PM »

Dewi, nama yang indah tapi tidak hidupnya. Hatinya ada luka, ada sakit—diuji oleh keramat cinta. Hatinya punya rindu, punya belaian—sering kali buat sementara. Dia mahu jadi seorang dewi yang setia pada cinta. Demi itu dia penuhkan hati dan saratkan diri dengan cinta buat Shamir walau balasannya tiada. Dia rela hatinya diikat walau lelaki itu tidak pernah menjanjikan apa-apa.

Tapi dia jadi keliru pada cemburu Shamir, pada kongkongan Shamir juga pada bait kata Shamir, “Aku sayangkan kau dah lebih dari seorang kawan
”

Lalu hati mendesah, “Akukah dewi cinta Shamir kini?”

Harga: RM19.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #25 on: June 04, 2008, 02:35:45 PM »

cctv aku mana ada spearker...
wooohh...ngumpat aku yer...

hahahaa.. aku ngumpat ko kat ikan aku

aku rasa ikan ko smlm sah kata ko sewel...ialah bercakap ngan dia..hehehe
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #26 on: June 04, 2008, 02:39:03 PM »

Hubungan persahabatan telah menyemarakkan api cinta dalam diri Wirda dan Suffian tanpa mereka sedar. Kemunculan Izwanie menyebabkan perhatian Suffian beralih. Biarpun hati kecil Wirda masih utuh buat Suffian, Wirda cuba menjauhkan diri demi memujuk hati sendiri. Dalam merawat hati yang lara, Haiqal muncul mengisi ruang kekosongan di hati Wirda. Tali pertunangan diikat. Di saat menanti hari bahagia, Haiqal pergi meninggalkannya. Kasih Wirda sekali lagi diuji.

Airy, rakan sejak di bangku sekolah dalam diam menyimpan perasaan pada Wirda namun sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi melihat kebahagiaan Wirda. Jika Wirda hanya bahagia menerima dia sebagai teman, dia sanggup. Tapi keinginan hati, siapa yang mampu bendung daripada tersua?

Tahun berganjak, Suffian kembali menagih tempat di hati Wirda namun tiada kekosongan di situ. Ianya milik Airy. Tapi kekeliruan Airy pada cinta Wirda membuatkan dia membawa diri. Rela jika Wirda bukan untuknya.

“... kalimah cintamu, yang kutunggu-tunggu...”

Harga: RM20.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #27 on: June 04, 2008, 02:39:33 PM »

Ariza yang yatim piatu dihalau oleh bapa saudaranya setelah kematian nenek yang selama ini dia duduk menumpang hidup. Hidupnya penuh liku walaupun telah berkahwin dengan Zamani. Zamani cuma memenuhi wasiat arwah nenek, bukan kerana cinta.

Kebahagiaan Ariza cuma tercapai setelah bertemu dengan seorang saudara baru yang asalnya dikenali sebagai Doktor Teo. Mampukah kedua-duanya mencipta perkahwinan?

Harga: RM18.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #28 on: June 04, 2008, 02:40:13 PM »

Mengisahkan tentang perjalanan hidup Nina yang dilahirkan kurang sempurna. Dia berkenalan dengan seorang lelaki, Hairul yang dikenali melalui internet dan kemudiannya bertunang. Nina menjadi rakan kongsi bagi Excellent Books yang akhirnya menjadi mangsa permainan rakan kongsinya yang lain. Excellent Books itu memberikan masalah besar bagi dirinya serta keseluruhan hidupnya.

Pertunangan Nina dengan Hairul juga diputuskan oleh keluarga Hairul tanpa pengetahuan Nina. Hairul mendiamkan diri, membuatkan Nina sukar untuk mencari jalan penyelesaian bagi kemelut perhubungan mereka. Nina mengharungi kehidupan yang sukar untuk melupakan Hairul di kala rakan kongsinya juga memberikan tekanan kepadanya. Ini sekali gus membuatkan hidupnya semakin sukar memandangkan bebanan kewangan yang tidak tertanggung.

Setelah mengharungi berbagai konflik, ahirnya, Nina berjaya melupakan Hairul walaupun perasaan sayang terhadap bekas tunangnya itu masih utuh. Nina juga telah berhenti sebagai rakan kongsi Excellent Books. Nina kemudiannya balik ke kampung untuk menenangkan fikiran dan memikirkan untuk memulakan hidup baru di Kuantan.

Harga: RM23.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #29 on: June 04, 2008, 02:41:27 PM »

Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yang paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya, dendam harus dibalas dengan dendam. Tapi itu dulu
 semakin masa berlalu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, ‘Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!’

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorang yang menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi, demi sayangnya yang melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru untuknya yang semakin hilang punca.

Rupa-rupanya, masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yang tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yang memaksa. Namun, usai melafazkan kata-kata itu, ada titisan jernih yang menemaninya.

Harga: RM21.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
Pages: 1 [2] 3 4 ... 16   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]