Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3 ... 16   Go Down
Print
Author Topic: ..:: Sinopsis dari nOvEL::..  (Read 6093 times)
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« on: June 04, 2008, 02:05:17 PM »

aku terasa nak bukak topic ni sebab aku ni terlebih rajin cari sinopsis novel. so klu korang ada sinopsis yg boleh ditepekkan kat sini...tepek lah eh...bukannya apa sekurangnya boleh gak org lain baca...kot2 mana tau ada yg tersangkut ngan sinopsis tu jadi boleh lah dorang beli novel tu...tak kira la sinopsis tu lama atau baru...korang just tepek je lah...janji sinopsis...hehehe
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #1 on: June 04, 2008, 02:07:02 PM »

Semalam Kubermimpi adalah koleksi cerita-cerita yang tidak terlalu panjang bentuknya, tetapi mempunyai plot-plot yang menarik.  Cerita-cerita ini ada yang berunsur lucu, ada yang bersifat lebih serius, ada juga yang sedih, tetapi semestinya penuh saspens dan meyentuh perasaan.

Aina Emir mengajak pembaca-pembaca untuk menghayati penulisannya dari suatu sudut yang berlainan, dan seterusnya membuka minda untuk fikirkan tentang realiti kehidupan masyarakat kita yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Semalam Kubermimpi paling sesuai untuk mereka yang suka membaca tetapi tidak mahu sesuatu yang meleret.  Sesuai juga untuk pembacaan para suri rumah tangga, dan para isteri-isteri, kerana pembacaan buku ini akan memaksa mereka berhenti dari satu tajuk ke satu tajuk yang lain.  Dengan itu, mereka dapatlah juga memberi tumpuan kepada para suami-suami dan anak-anak mereka, tanpa terus menerus terperangkap seperti membaca sebuah novel.  Buku ini juga sesuai untuk pembaca lelaki.

Bagi penulis,  beliau seronok mencoretkan cerita-cerita ini kerana beliau tidak terikat kepada sebarang tema tertentu dan bebas menulis mengikut apa yang dia mahu dan terasa ketika itu.

Harga: RM 14.00
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #2 on: June 04, 2008, 02:08:12 PM »

Satu Penantian memuatkan lima kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Ada kisah yang dipaparkan mengandungi plot-plot yang menyayat hati, ada yang lucu dan ada yang lebih serius. Namun, semuanya menghiburkan dan menyentuh perasaan.
 
Satu Penantian (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika sedang bersantai dengan ahli keluarga atau sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi anda!

Harga: RM 17.00
« Last Edit: June 04, 2008, 02:11:00 PM by suzry » Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #3 on: June 04, 2008, 02:10:02 PM »

Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya.  Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.

Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?

Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.

Harga: RM 19.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #4 on: June 04, 2008, 02:10:40 PM »

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"

Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita!

Harga: RM 19.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #5 on: June 04, 2008, 02:11:34 PM »

NURAIN, seorang kanak-kanak nakal, lincah dan periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.

Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman, terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah dan saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.

Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yang tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta dan rindu. Kepada siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasa itu kalau bukan Haikal? Lelaki yang sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka dan juga duka.

Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya…

“TINGGALLAH PUJAAN”… Ungkapan yang amat memeritkan Nurain… Namun dia harus merelakan.

Harga: RM 19.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #6 on: June 04, 2008, 02:12:37 PM »

Kekecewaan kerana gagal cinta pertama membawa Nabil ke negara Kemboja. Niatnya adalah untuk berjihad. Namun, di sana, dia bertemu dengan sesuatu yang mengubah hidupnya. Dalam begitu, dia keliru bila tiba-tiba tersepit antara cinta lama dan perasaan sayang yang mula menjelma.

"Cinta itu adalah rasa  yang harus diberi dan dikongsi"
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #7 on: June 04, 2008, 02:13:27 PM »

Aura Cinta menemukan anda kepada Azraai, lelaki Melayu bertubuh tegap lagi tinggi orangnya.  Perjalanan hidupnya mula goyah bila pertama kali bersua dengan sesuatu yang dianggap aneh lagi pelik. Mengapa tiba-tiba saja dirinya teruja?

Pertemuannya dengan Aisya Hanan dan Cikgu Sally membuatkan jiwanya tercabar.  Namun, dalam kekeliruannya, dia tidak dapat menepis kasih sayang Nurbaiti, gadis cantik lagi bijak, yang bukan hanya merupakan pilihan ibu, tapi gadis itu juga sudah lama taat menantinya.  Malah dia mempunyai pakej lengkap sebagai calon isteri.

Novel ini juga menemukan anda dengan watak-watak menarik seperti Khairul, Johari, Anjang Sadang, Ijah, Serhan Aydin dan Irfan.

Anda akan dibawa mengembara ke alam realiti yang penuh fantasi lagi ilusi.  Pengembaraan ke perkampungan Orang Asli di Kuala Lipis, Pahang, semestinya indah, penuh dengan keajaiban hutan tropika yang banyak misteri dan teka-teki.  Panorama yang menarik dan adventurous akan membuat anda mahu terus berada dalam novel ini.

Pembaca juga akan dibawa ke Lembah Kelang dan negara Belgium.  Sama-samalah bertemu dengan karakter-karakter yang semestinya membuat anda berkhayal sambil menimba ilmu yang padat dibekalkan penulis.

Harga: RM 19.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #8 on: June 04, 2008, 02:13:59 PM »

MAAFKAN KU...SAYANG sebuah novel yang pastinya tidak akan mengecewakan anda.  Lucu, sedih, saspen, marah… itulah yang akan anda rasakan sepanjang menghayati novel yang sarat dengan konflik ini.

Tanjung Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang terluka.  Dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya.  Biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba-serbi kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai.  Bagaikan tidak mahu lagi dia berpisah dengan pantai yang indah, yang sering kali membuatkan perasaan lelakinya tercabar.

Di tempat itulah Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang.  Di tempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam.  Biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah.

Namun, tidak semudah itu untuk miliki bahagia.  Terlalu banyak onak dan duri yang sentiasa sahaja menjadi penghalang.

Mungkin dalam kemelutan yang dilalui,  Jeffri lebih berhak kepada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga suatu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuat dirinya kecewa.  Cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama!
“Takkan ku berhenti mencintaimu… seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa…”  Kata-kata yang terngiang-ngiang di telinganya, yang terus merobekkan hati…
             
“Maafkan  ku sayang…”  Bisik hatinya di angin lalu.

Harga: RM 19.00
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #9 on: June 04, 2008, 02:14:35 PM »

Biarlah KuSendiri memuatkan tujuh kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman.

Kisah-kisah di dalam buku ini tidak terlalu panjang, namun padat dengan plot-plot yang pastinya membuatkan anda terus membaca.

Ada yang berunsur lucu, ada yang bersifat lebih serius, ada juga yang sedih, tetapi semestinya menghiburkan don menyentuh perasaan,

BiarlahKu Sendiri (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika anda sedang bersantai, berehat dengan ahli keluarga, atau sedang berada dalam bas, kapal terbang, keretapi atau tren komuter, menuju ke destinasi anda.

Jadikan buku ini teman baik anda di mana jua anda berada!

Harga: RM 16.00
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #10 on: June 04, 2008, 02:16:45 PM »

:: "Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi dengan bunga mawar yang harum melainkan penuh onak dan ranjau berduri…" ::

 

      Cinta ini satu rahsia yang telah terlalu lama aku pendamkan. Terlalu sulit untuk kujelas. Terlalu payah untuk kuluahkan. Kasih yang kau hulur tatkala aku memerlukan sememangnya terlalu agung meski kau tidak pernah sedari.

       Berdosakah aku Tuhan… kerana mencintai dia yang tidak seharusnya aku cintai? Salahkah aku memilihnya? Salahkah aku memujanya kerana dia memiliki segala apa yang aku impikan. Sentuhan kasihnya begitu meresap ke dalam jiwaku. Tanpa lafaz dan janji, cinta itu telah aku peruntukkan untuk dirinya seorang. Tidak aku tega tubuhku dijamah lelaki lain hatta suamiku sendiri. Tetapi apalah dayaku… aku hanya perempuan. Lafaz ijab dan kabul itu telah membeli seluruh tubuhku dan segenap masa depanku.

       Maafkan aku kasih… hidupku harus kupersembahkan sepenuhnya untuk dia yang bernama suami meski cintaku tidak pernah luntur buatmu. Berbahagialah kau bersama pilihanmu walaupun aku terpaksa menelan air mata sengsara ini…
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #11 on: June 04, 2008, 02:21:31 PM »

Syamil tidak pasti layakkah dia menanti kasih Mas yang hadirnya secebis Cuma.Dia rela menerima diri yang tidak sesempurna dulu itu, walau tahu dirinya umpama pipit kecil I sarang terbuang. Namun Syamil masih punya maruah diri yang wajar dipertahankan.Mengapa Mas terlalu sukar memahami cita-citanya? Jelik benarkah seorang petani merebut cinta Mas? Demi tidak rela menjadi peran sebuah sandiwara, diri diundurkan dan dari kejauhan bahagia dititipkan pada sang kekasih yang telah menemui hidup baru. Tetapi mengapa setelah Syamil menemui cinta baru, dia hadir semula? Meragut segala kebahagiaan dan memberi sinar harapan, menebus segala dosa semalam. Namun tahukah Mas bahawa kasih yang pulang itu meninggalkan luka yang panjang?
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #12 on: June 04, 2008, 02:22:19 PM »

Dia tidak pernah memilih sendiri simpang mana yang hendak disusuri sepanjang perjalanan hidupnya sehinggalah pilihan tersebut akhirnya membawa dia ke jalan yang paling berliku.Setiap belok menjanjikan bencana.Setiap kelok menazarkan malapetaka. Tiada sebutir bintang yang bersinar di malam yang gelap-gelita.Tiada sehembus angin di siang yang membara.Lalu dia memutuskan bahawa masa telah tiba untuk membuat pilihan sendiri.Lantaran tandua pengalaman dan mentah usia, sinar cahaya dari api yang bakal membakar diri menjadi dorongan semangatnya.Semakin lama semakin hampir, dan semakin terasa bahang yang mula membakar dirinya berdikit-dikit. Mungkin dalam membuat pilihan, dia terlupa bahawa keputusan untuk tidak memilih itu sendiri merupakan satu pilihan baginya.
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #13 on: June 04, 2008, 02:23:51 PM »

Kenakalan Akmal Rezza membenihkan kebencian di hati Milia Ayuni. Kematangan Akmal Rezza membuahkan perasaan kasih di sanubari Milia Ayuni. Kesungguhan Akmal Rezza menyemarakkan api cinta di jiwa Milia Ayuni. Saat cinta mereka berpadu, mengapa harus ada rahsia yang tersingkap? Salahkah Milia Ayuni membawa lara hatinya saat Akmal Rezza terus membisu seribu bahasa, sedang segala rahsia telah terbentang di hadapan mata?

Rezza, belajarlah untuk menjadi seorang suami yang setia pada isterimu yang sedang sarat mengandungkan zuriatmu. Terima banyak-banyak kerana sudi melukakan hati ini. ~ Milia Ayuni

Ayuni, selagi nadi ini berdenyut, selagi itulah kau kucintai. Rezza yakin, Ayuni, kita sememangnya diciptakan untuk bersama. Rezza akan terus sabar menanti detik kepulangan Ayuni ke pangkuan Rezza. ~ Akmal Rezza

Harga: RM20.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #14 on: June 04, 2008, 02:24:22 PM »

Aliff lelaki yang gagal menilai antara cinta sejati dan ilusi sementara. Alpa kepada ikrar janji dan sumpah setia yang pernah dilontarkan dulu. Kini Aliff hadir merayu agar Sarah kembali menerima dirinya yang pernah menggadaikan cinta suci Sarah. Mampukah Sarah membiarkan Aliff membelakangkan orang tuanya demi cinta mereka?

Sarah tak mahu memaksa Aliff walaupun Aliff terpaksa tidak memaksa dirinya untuk berkahwin. Tapi keadaan telah memaksa Aliff, antara cinta dan kehendak orang tua. Dan, kerana syurga di bawah telapak kaki ibu, ada baiknya kalau Sarah merelakan dirinya pergi membawa kasih dan harapan yang sekali lagi mungkin tidak kesampaian menyatukan hati mereka.

Harga: RM22.90
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
Pages: [1] 2 3 ... 16   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]