Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3 4   Go Down
Print
Author Topic: Mengintai Penyu Di Segari  (Read 1151 times)
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« on: May 29, 2008, 10:27:25 AM »

PENGALAMAN melepaskan anak-anak penyu berusia tiga minggu di pantai sambil menyaksikan ia bertempiaran lari menuju ke laut tentunya menyeronokkan pelancong.
——————————————————————————–

Walaupun ia dianggap istimewa dan sering dilindungi oleh pihak berkuasa berikutan kepentingannya terhadap industri pelancongan, namun ia tetap tidak terlepas daripada pelbagai ancaman.

Antaranya diburu oleh pemburu haram untuk dijadikan sebagai hidangan istimewa di restoran berikutan harga dagingnya yang mahal di pasaran kerana dipercayai mempunyai khasiat tertentu manakala sebahagiannya lagi mati dibunuh nelayan setelah terperangkap dalam pukat.

Senario ini menyebabkan bilangan penyu semakin berkurangan dari sehari ke sehari sehingga terpaksa dikategorikan sebagai satu daripada hidupan laut yang bakal pupus dari muka bumi.

Di Malaysia, antara kawasan yang sinonim dengan kehidupan dan air mata penyu bertelur ialah Rantau Abang, Terengganu dan kawasan pulau di Sabah.

Bagaimanapun, selain di kawasan pantai timur semenanjung, hidupan dua alam ini sama ada disedari atau tidak juga sebenarnya banyak terdapat di kawasan pantai barat semenanjung.

Salah satu lokasi di pantai barat yang boleh dituju untuk melihat penyu ialah Pusat Penetasan Penyu, Pasir Panjang, Segari, Perak yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Ipoh atau 30 minit perjalanan dari Lumut.

Pusat seluas 2.4 hektar dan mula beroperasi sejak 1990 di bawah kelolaan Jabatan Perikanan Perak (JPP) ini sesungguhnya merupakan tempat pembiakan penyu tunggal di Perak yang berusaha memastikan spesies berkenaan tidak pupus.

Untuk memastikan keberkesanan peranannya, pusat ini mempelbagaikan fungsinya sebagai tempat pemuliharaan, penyebaran maklumat, pembelajaran dan penyelidikan penyu.

Terdapat dua jenis penyu yang mendarat saban tahun di kawasan pantai sekitar pusat ini iaitu penyu agar (Chelonia mydas) dan lipas (Epidochelys olivaecea), berbeza di kawasan pantai timur yang menjadi tumpuan jenis belimbing dan karah atau sisik.

Secara amnya, penyu mendarat sepanjang tahun di segari dan menjadi lebih kerap antara bulan Mac hingga Julai.

Sebagai spesies hidupan liar unik, penyu betina dewasa biasanya akan kembali ke tempat asal ia β€˜dilahirkan’ untuk bertelur bagi menyambung zuriat keturunannya selepas bertahun-tahun merantau ke serata pelosok dunia.

Selalunya penyu agar yang mendarat berukuran satu meter panjang dan mempunyai berat bedan sehingga 140 kilogram manakala penyu lipas mempunyai ukuran panjang 65 sentimeter dan berat 35 kilogram.

Tetapi kadangkala, jika bernasib baik, penyu berukuran lebih besar boleh disaksikan terutamanya jenis agar yang mempunyai jangka hayat melebihi 100 tahun serta mampu membesar sehingga 110 sentimeter panjang dengan berat 180 kilogram.

Dengan kawasan pantai seluas kira-kira lapan kilometer dari pusat itu ke Teluk Senangin, tumpuan penyu mendarat ialah di sekitar Pasir Pandak dan Sungai Puyu.

Bagaimanapun, pelawat tidak dibenarkan sewenang-wenangnya berada di sini, sebaliknya perlu mendapatkan kebenaran JPP terlebih dahulu sekiranya ingin bermalam di kawasan berkenaan untuk menyaksikan penyu bertelur dari dekat.

Ini bagi mengelakkan penyu daripada gangguan keterlaluan oleh manusia kerana dikhuatiri hidupan yang agak sensitif dengan gangguan ini tidak mahu mendarat lagi di tempat yang sama pada masa akan datang.

Setiap tahun, lebih 100 ekor penyu dari kedua-dua spesies ini mendarat untuk bertelur. Misalnya pada tahun lalu sebanyak 132 ekor dilaporkan mendarat dan jumlah terbesar dicatatkan ialah 211 ekor pada 1993.

Sesuai dengan peranannya sebagai pusat pembiakan dan pemuliharaan, secara purata sebanyak kira-kira 15,000 biji telur penyu setahun dikutip dari sekitar kawasan berkenaan untuk ditetaskan di pusat tersebut.

Setiap kumpulan telur yang dipungut pula akan diram selama 60 hari sebelum menetas.

Telur-telur berkenaan hampir semuanya diperoleh daripada penduduk setempat yang menjual kepada pusat itu pada harga 80 sen sebiji.

Pada kebiasaannya daripada keseluruhan jumlah telur ini, hanya 52 hingga 60 peratus sahaja yang menetas yang kemudian akan dilepaskan semula ke laut untuk menjalani kehidupan secara semula jadi.

Penyu yang mendarat di sini umumnya bertelur tiga hingga lima kali semusim dengan mengambil masa 9 hingga 14 hari antara jarak tempoh sekali bertelur.

Setiap ibu penyu agar biasanya mengeluarkan 100 biji telur setiap kali bertelur manakala penyu lipas yang bersaiz lebih kecil sekitar 70 biji.

Tidak dinafikan pusat yang telah dikunjungi oleh lebih 5,000 pelancong dari dalam dan luar negara ini mempunyai tarikan tersendiri dan bakal menjadi salah satu destinasi popular sempena Tahun Melawat Perak yang sedang berlangsung sekarang.

Apa tidaknya, di sinilah tempatnya keseronokan bermain dengan anak-anak penyu terukir, lebih-lebih lagi dengan kesempatan untuk melepaskan anak penyu di pantai bersih walaupun sebelum ini namanya agak asing kepada mereka yang gemar melancong.

Pengalaman sebegini pastinya mengasyikkan pengunjung serta mampu menceriakan suasana percutian sekiranya aktiviti tersebut dilakukan seisi keluarga.

Ketika itu, rasa gembira tentunya sukar diungkap, jiwa diulit keseronokan dan deria sentuh pastinya bergetar ketika membelai anak-anak penyu yang tidak sabar untuk berada di laut lepas.

Begitu juga pengalaman melihat penyu bertelur di waktu malam. Linangan air mata penyu ketika itu sedikit sebanyak tentunya menyentuh perasaan pengunjung.

Walaupun pengunjung mungkin terpaksa bersengkang mata sehingga ke waktu subuh, namun pengalaman yang dilalui pastinya lebih bernilai daripada harga waktu tidur yang terpaksa dikorbankan.

Di samping itu, sekiranya bernasib baik, kehadiran pelancong ke pusat berkenaan akan menemukan kesempatan untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri anak-anak penyu yang baru menetas muncul dari sarang pasirnya.

Pengunjung boleh menaiki bas ekspres sehingga ke pekan Lumut atau Sitiawan. Di kedua-dua tempat ini teksi mudah diperoleh untuk menuju ke Pasir Panjang, Segari dengan bayaran berpatutan.

Jika menaiki kereta api, anda perlu berhenti di bandar raya Ipoh. Tambang bas ekspres ke Lumut dari Ipoh ialah RM3.50.

Sekiranya anda memandu sendiri kenderaan melalui lebuh raya Utara Selatan, anda boleh keluar melalui Jelapang, Ipoh, Gopeng atau Bidor menuju ke Sitiawan. Sebelum sampai ke Sitiawan anda perlu mengambil jalan menuju ke Pantai Remis sebelum membelok menuju ke Segari.

Jika anda berhasrat menggunakan pesawat udara, penerbangan ialah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dan kemudian menaiki bas atau teksi sehingga ke Sitiawan.

Perjalanan dari Sitiawan ke pusat ini kira-kira 20 minit dengan jarak sejauh 15 kilometer.

Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung pusat ini yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Sekiranya anda ingin mengetahui hari-hari dan masa penyu mendarat untuk bertelur, anda boleh menghubungi Jabatan Perikanan Perak melalui telefon 05-2554061.

Jabatan ini juga boleh mengaturkan waktu yang sesuai kepada kumpulan yang ingin bermalam di kawasan berkenaan untuk melihat penyu bertelur.

Logged
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #1 on: May 29, 2008, 10:28:13 AM »

Sesapa yang nak rasakan pengalaman melihat penyu bertelur korang boleh la pergi ke tempat yang aku posting ni
Logged
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #2 on: May 29, 2008, 10:29:09 AM »

ingatkan tadi mengintai pingu huhuhu
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #3 on: May 29, 2008, 10:30:56 AM »

boleh intai yer
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #4 on: May 29, 2008, 10:32:11 AM »

Bukan setakat intai, kalau ko nak tolong sambut telur penyu tu pun boleh
Logged
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #5 on: May 29, 2008, 10:32:55 AM »

penyu boleh Grin
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #6 on: May 29, 2008, 10:33:18 AM »

boleh aper
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #7 on: May 29, 2008, 10:34:35 AM »

Gee nak tukar dari pingu ke penyu ke?
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #8 on: May 29, 2008, 10:39:06 AM »

tgk pingu ade cengkerang kat belakang ha ha
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
gee
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 39,985



WWW
« Reply #9 on: May 29, 2008, 10:41:22 AM »

woit..-->pijak2 katak hijau
Logged
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #10 on: May 29, 2008, 10:42:36 AM »

Oiiitttt...sudah-sudah la tu
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #11 on: May 29, 2008, 10:43:49 AM »

ntah pinyu (pingu+penyu)
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #12 on: May 29, 2008, 10:45:03 AM »

Hahahaha....pinyu, pandai caluk combine nama
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #13 on: May 29, 2008, 10:45:48 AM »

syyyshh nanti pinyu tahu
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #14 on: May 29, 2008, 10:46:23 AM »

Pinyu tak perasan lagi tu
Logged
Pages: [1] 2 3 4   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]