Selepas membaca “Surat Ungu Untuk Nuha” karya Kak Su, aku macam tak sangka akan dapat membaca novel kelakar lagi. Korang tau sampai keluar airmata aku baca semalam. Si Firdaus dengan Adriana sibuk bertanya apa yang kelakar sangat. Habis novel aku ditarik dorang sebab nak tengok apa yang ada kat dalam novel yang aku baca. Aku pun layan je dorang tu, bila dorang jenguk kat novel tu tengok tak ada apa-apa. Lagi lah aku sakat dorang...gambar kat dalam novel ni dah kena curik ngan kartun adik. Hahaha.... langsung si adik berlari kuar tengok siaran kesukaan aku..ehhehehe... “Tom & Jerry” ini memang paberet kartun aku...

Ok, berbalik pada ulasan novel ni. Di permulaan bacaan aku keatas novel ni..ada rasa kurang senang sikit kat hati aku. Ialah Kak Rin kata novel ni kelakar, tetapi kenapa diawal cerita dia sedih giler.. hhhmmm.... pelik...kata kelakar tapi sedih, nyaris aku tak terikut watak lam tu...so aku pun teruskan juga pembacaan. Bila masuk ke je cerita seterusnya baru la kelakar. Tak la jauh sangat nak sampai ke bab kelakar...sebab cerita sedih tu sekejap je.
Tapi aku tak puas hati kat cerita sedih tu. Selepas mak Rini meninggal penulis langsung tak membayangkan yang suami Rini iaitu Faris tahu akan kematian mak mertuanya. Sampai diakhir cerita aku tak tau camner Faris ni tau yang mak mertua dia mati. Hhmmm....tak best jugakkan cerita cam gini dah la tu masa Faris menceraikan Rini di waktu itu mak mertua dia telah menjadi arwah. Uish...sedih la nak sambung...
“Kalau ada jodoh” ni mengisahkan seorang isteri yang dibenci oleh mak mertua. Sampai mak mertuanya sanggup menghasut anaknya supaya menceraikan isterinya. Hanya semata-mata kerana keinginan untuk menyatukan anaknya dengan anak sedaranya. Hhmmmm….orang cam gini pun ada. Tetapi anaknya tidak bersetuju dengan cadangan giler mak dia. Disaat Faris di proksikan oleh mama dan adiknya serta dirinya dikuasai perasaan cemburu… pada malam mak Rini meninggal rancangan mama Faris berjaya membuatkan hati Faris mengikut kata-katanya. Maka diwaktu mak Rini menjadi arwah dan dengan rasminya Rini menjadi janda.

Selepas diceraikan oleh suaminya, Rini terus tinggal dengan kakak kandungnya. Diawal kehidupan barunya berjalan dengan cukup sempurna sekali. Sampai jiran sebelah rumah kakak dia pun berkenan pada Rini untuk dijadikan menantu. Masa masuk bab ni lah baru kelakar. Memang senak perut lah dengan cerita dia. Mengisahkan seorang lelaki bujang (Pyan) yang minat giler dengan lagu era 60an. Susah betul nak dapat mamat cam gini. Bukan saja minat dengan lagu 60an je, sampai vespa pun menjadi kegilaan dia. Hhmmm….unik betul mamat nih.
Bagaimana kehidupan Rini setelah bergelar janda?
Apa yang dilakukan oleh Faris untuk mendapatkan kembali bekas isterinya?
Bagaimana Pyan merebut cinta Rini dari Faris?
Dan dengan siapa Rini berkahwin?
Nak tahu kesemua jawapan tu, korang kena lah beli novel ni. Jalan cerita dia mudah untuk difahamikan dan apa yang disampaikan oleh penulis ni memang jelas. Kira jalan cerita dia santai je. Happy sangat. Aku suke novel cam gini.
Kalau Ada Jodoh
Penulis :- Mimie Afinie
Harga :- RM 19.90
Terbitan :- KarnaDya
Sinop :-
Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.
Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian.