Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: eCerpen n eNovel  (Read 2846 times)
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« on: April 16, 2008, 11:38:12 AM »

aku tak tahu nak pos topik ni kat mane hehehe...
just nak enovel n ecerpen yang paling best yang penah korang baca
boleh la kita tukar2 pendapat
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #1 on: April 16, 2008, 11:38:45 AM »

kau kasi cth lah
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #2 on: April 16, 2008, 12:17:10 PM »

malam nanti la.. tak sempat... aku nak offline dulu
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #3 on: May 28, 2008, 12:13:36 PM »

Dah berapa malam ko tak post pun
Logged
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #4 on: May 28, 2008, 12:58:50 PM »

huarghahaha...
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #5 on: May 28, 2008, 01:35:58 PM »

Sengal betul fad ni, tupun kelakar ke?
Logged
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #6 on: May 28, 2008, 01:45:34 PM »

aku terlupa la
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #7 on: May 28, 2008, 01:46:49 PM »

Nasib baik aku ingatkan
Logged
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #8 on: August 15, 2008, 11:57:54 AM »

mana cerpen yg fad kata nak tepekkan kat sini
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #9 on: August 15, 2008, 12:23:25 PM »

ekk... aku tak kata nak tempek kat sini aku kata :
aku tak tahu nak pos topik ni kat mane hehehe...
just nak enovel n ecerpen yang paling best yang penah korang baca
boleh la kita tukar2 pendapat
ni sbb aku bosan, tak dapat beli novel ari tu... nak baca novel online lak hehe
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #10 on: August 15, 2008, 12:25:19 PM »

ooowwwwwww
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
spidey
Dah terror OT
***
Gender: Male
Posts: 454

teringgin nak pakai DSLR kamera


« Reply #11 on: September 10, 2008, 10:52:39 AM »

Ini ada secebis cerita dalam email yg aku terima semalam ...dan aku rasa korang pun mcm penah dengar gak cerita nih kan ..

 
 



 


Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik
kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku  sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu  masa kecik main
sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.  Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang  terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan  kenangan. Mesti
semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek  kempung
menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu
kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di
luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga
mesti  terlopong
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi  berhenti
di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir
sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk
mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz
menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak
kemuncut. "Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa
kau buat
tepi  jalan malam-malam camni?" Raiz bersuara sambil memeluk Naim  yang
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik
Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman beredar, manusia
pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan
Raiz, cuma  tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke
bawah.. Ada  perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh
dan kakinya sedikit  tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?
Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

"Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah  topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah  lama tak borak dengan kau.
Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!" pujuk Naim lalu
menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz  mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh?  Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz  mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang  lusuh. Raiz
tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang  .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada  tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu  tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang
pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah  ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku
makan ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"
Suara Naim sedikit  tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku
betul-betul tak tau hidup kau  susah sampai macam tu sekali!" Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma  tersenyum. "Tu la kau, pergi
belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak  dengar berita. Tengok-tengok
balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!  rumah aku takde apa
boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh  sejuk dan
sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup  Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu
dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni
pun  bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik
ni, selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak
ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah
makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku ye!"
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa.   Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan
tilam  nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
"Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz  tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz  lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah
dan
ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur
kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak balik?" jerkah
ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut  kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu  nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh?  Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat  kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003!  Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak  ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada  pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak  ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.
Terfikirkan  pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang
raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui
semalam? Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini!  ye. Esok dah nak
raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut  sampai hujung
kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni  datang lah
rumah aku ye!" Serta-merta  Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada
arwah."Terima kasih kerana  mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di
sana !

moralnya: jgn lupa  kawan dan rajin2lah bertanya kabar
 

Logged

keadilan bukan bermakna sama rata
suzry
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #12 on: September 10, 2008, 10:54:40 AM »

huhuhu....w/pun ni cite lama tapi masih menyentuh jiwa aku...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #13 on: January 13, 2009, 12:55:48 PM »

mana ecerpen lagi?
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
Pages: [1]   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]