Caluk Corner
*

Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3 ... 23   Go Down
Print
Author Topic: Sejarah Novel...  (Read 5120 times)
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810

senyumlah...

WWW
« on: March 12, 2008, 04:43:05 PM »

Ni aku nak kongsi pengetahuan siapa pelopor penulisan novel Melayu pertama... sambil2 baca novel korang kena nak tahu sapa yang menjadi pelopor dan penulis terawal yang menjadi sejarah.
kalau korang dapat apa2 artikel tentang novel... buleh gak attach kat sini... kat sini jugak buleh citer pasal apa je sejarah novel yang menjadi kegemaran korang...

Syed Syeikh Al-Hadi (1867-1934) merupakan seorang penulis dari kalangan penulis golongan agama yang cuba menyerapkan unsur-unsur keislaman dalam hasil karyanya. Beliau adalah pelopor penulisan bentuk novel Melayu pertama dan diberi gelaran Bapa Novel Melayu. Antara karya beliau yang popular ialah Hikayat Setia Asyik Dengan Masyuknya atau lebih dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum yang telah ditulis dalam dua jilid dalam tahun 1925 dan 1926.

Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810

senyumlah...

WWW
« Reply #1 on: March 12, 2008, 04:45:26 PM »

Za’ba (1895-1973) atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad adalah merupakan penulis dan cendekiawan melayu pertama yang dianugerahi gelaran ‘pendita’ berdasarkan kepada sumbangan dan jasa-jasa beliau yang begitu cemerlang dalam bidang bahasa dan persuratan melayu. Penghargaan tertinggi oleh bangsa melayu kepada anak watannya ini disampaikan pada tahun 1956 sewaktu Majlis Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru. Beliau juga adalah satu-satunya anak melayu yang berpendidikan tinggi yang meletakkan asas kukuh dalam tatabahasa melayu.
        
Di samping anugerah tersebut, beberapa anugerah serta pangkat yang telah diberikan kepada beliau ialah Darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri, Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Persuratan) oleh Universiti Malaya (1959) dan Ijazah yang sama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973. Beliau juga adalah anak melayu pertama yang menuntut keadilan pendidikan melayu dengan penubuhan institusi pengajian tinggi di Tanah Melayu.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810

senyumlah...

WWW
« Reply #2 on: March 12, 2008, 04:46:36 PM »

 Munshi Abdullah b. Abdul Kadir (1796-1854) atau dikenali sebagai Munshi Abdullah merupakan penulis pertama digelar Bapa Sastera Melayu Moden kerana hasil-hasil karya dan penulisannya menggunakan teknik atau stail penulisan moden, yang lazimnya tidak terdapat dalam karya sastera Melayu lama. Gaya ia mengemukakan tulisannya juga merupakan satu pemberontakan terhadap bentuk tradisi sebelumnya yang mana tema-tema karyanya tidak lagi bersandarkan kepada cerita-cerita dongeng dan khayalan, sebaliknya karya-karya beliau lebih terdedah kepada mesej-mesej yang berbau kritis, positif dan progresif.
   
Karya beliau merupakan penulisan melayu pertama yang dicetak. Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah (1848). Karya-karya beliau biasanya berlatar belakangkan persoalan tentang masyarakat zamannya yang hidup di bumi nyata. Beliau banyak menimbulkan kontroversi melalui karya-karyanya namun sumbangannya terhadap dunia kesusasteraan Melayu cukup bererti.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810

senyumlah...

WWW
« Reply #3 on: March 12, 2008, 04:47:47 PM »

 Harun Aminurrashid (1907-1986 ) atau nama penuhnya Harun bin Md. Amin merupakan penulis tempatan pertama yang telah dianugerahkan sijil bakti daripada Lembaga Pengarang Dictionary Of International Biography yang berpusat di London atas sumbangan beliau yang begitu banyak dalam penulisan novel-novel berunsur sejarah. Anugerah ini diterima pada 26 April 1968. Antara karya sejarah beliau yang paling terkenal ialah Panglima Awang (1958). Di samping itu penulisannya juga merupakan hasil karya Melayu pertama yang mendapat tempat di dalam majalah Poedjangga Baru yang diterbitkan di Jakarta. Sajak tersebut bertajuk Oh Sarikoe telah tersiar pada bulan Disember 1933.
        
Antara novel-novel beliau yang lain yang pernah dihasilkan termasuk Melur Kuala Lumpur (1930), Cinta Gadis Rimba (1948), Siapakah Yang Bersalah (1949) dan juga novel-novel berunsur sejarah seperti Peristiwa Laksamana Cheng Ho Ke Melaka (1969), Dayangku Fatimah (1967), Sultan Mahmud Shah Melaka I – zaman gemilang (1967), dan lain-lain. Harun Aminurrashid mempunyai nama samaran lain seperti HAR dan Gustam Negara.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431

WWW
« Reply #4 on: March 14, 2008, 11:31:33 AM »

terror lah kau dina, batu bersurat tu kira karya tak he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810

senyumlah...

WWW
« Reply #5 on: March 14, 2008, 12:50:47 PM »

terer hapa... cut paste je... huhuhuuuu
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715

Telah kau bunuh cintaku...

WWW
« Reply #6 on: March 14, 2008, 01:16:14 PM »

Syed Syeikh Al-Hadi (1867-1934) merupakan seorang penulis dari kalangan penulis golongan agama yang cuba menyerapkan unsur-unsur keislaman dalam hasil karyanya. Beliau adalah pelopor penulisan bentuk novel Melayu pertama dan diberi gelaran Bapa Novel Melayu. Antara karya beliau yang popular ialah Hikayat Setia Asyik Dengan Masyuknya atau lebih dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum yang telah ditulis dalam dua jilid dalam tahun 1925 dan 1926.

Sedikit pembetulan ya Dina. Syed syeikh al Hadi tidak dikira sebagai penulis novel yang pertama sebab novel Hikayat daridah Hanum tu sebenarnya novel saduran. Pada tahun 80-an, satu penemuan baru dijumpai di sebuah perpustakaan Rhodes House Library university Oxford di eropah. penemuan itu membuktikan bahawa penulis novel melayu pertama di malaysia (malaya) adalah tulisan Ahmad Shawal Abdul Hamid (1876) berjudul Hikayat panglima Nikosa (diterbitkan semula DBP caw. Sarawak pada 1988 ke 1998, aku lupa daaa...). manuskrip novel ini adalah koleksi peribadi Sir Hugh Low, pegawai British yang pernah berkhidmat di sarawak di bawah pemerintahan Brooke yang kemudiannya menjadi residen di Perak.

Novel ini dikatakan sebagai novel melayu pertama kerana tidak terlibat dengan saduran, menggunakan watak manusia biasa yang tak ada kuasa sakti, dan menggambarkan pemikiran masyarakat pada masa tersebut berbanding Hikayat faridah hanum yang menyadur daripada karya lain (Arab).
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795

jangan ditanye ape ape

WWW
« Reply #7 on: March 14, 2008, 01:48:56 PM »

ada lagi ke novel lelama cam tu?
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810

senyumlah...

WWW
« Reply #8 on: March 14, 2008, 02:08:49 PM »

kalau ada pun gapena yg simpan kot
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715

Telah kau bunuh cintaku...

WWW
« Reply #9 on: March 14, 2008, 02:33:19 PM »

DBP ada perpustakaan dia...leh buat rujukan.
Gapena ni persatuan penulis, depa punya persatuan pun huru hara, apa lagi nak simpan benda2 cam gini....
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431

WWW
« Reply #10 on: March 14, 2008, 02:37:26 PM »

arkib negara kan ader
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715

Telah kau bunuh cintaku...

WWW
« Reply #11 on: March 14, 2008, 02:42:01 PM »

kat arkib aku tak pasti coz aku tak pernah pegi. Yang aku tahu setiap penerbitan di  malaysia perlu hantar 5 copy ke perpustakaan negara. jadi, paling selamat pegi je perpustakaan negara
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810

senyumlah...

WWW
« Reply #12 on: March 14, 2008, 02:46:42 PM »

yup... betul tu... perpustakaan negara kat Jalan Pahang tu kan?
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715

Telah kau bunuh cintaku...

WWW
« Reply #13 on: March 14, 2008, 02:58:10 PM »

Jalan pahang ke situ? Ye la kot area HKL, Istana Budaya n Dewan seni lukis negara tu... Embarrassed
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431

WWW
« Reply #14 on: March 14, 2008, 03:14:18 PM »

best ker pergi pustakaan --> aku phobia he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
Pages: [1] 2 3 ... 23   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]