Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3 ... 9   Go Down
Print
Author Topic: Karya Sasterawan...  (Read 2380 times)
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« on: March 12, 2008, 03:51:59 PM »



Judul : Manikam Kalbu
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 364 halaman
Cetakan Pertama : 2007


Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian. katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.
« Last Edit: March 12, 2008, 05:51:34 PM by dina » Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #1 on: March 12, 2008, 04:21:38 PM »

nanti aku g carik la
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #2 on: March 12, 2008, 04:33:41 PM »



Satu2nya novel A Samad Said yang aku ada, aku baca buku ni dari pertengahan Form 5 sampai tahun 1999 baru aku habis baca... hehhehe.. aku memang suka pada A. Samad Said... aku penah jumpa dia kat MPH 2-3 thn lepas... berpeluh satu badan masa nak tegur pak cik ni... huhuhuuuu

Judul : Salina
Pengarang : A Samad Said
Penerbit : DBP & Rhythm
Genre : Novel
Mukasurat : 574 halaman
Cetakan Pertama : 1961/2003



"Salina, kakak bercakap dengan ikhlas, dari hati kecil kakak benar-benar dan kau tau bagi kakak kau sudah seperti adik kakak sendiri, timbangkanlah cakap kakak ini. Ubahlah cara hidup kau. Berikhtiarlah supaya jangan terus-menerus sahaja kau men-jalani kehidupan seperti ini."

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan ke-miskinan,keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang.

Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberi kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih anak-anak lagi. Dia mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang-orang Indonesia yang hanyut berkelana dan menjadi buruh di Singapura.

Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina adalah manusia yang natural dan bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Memang Samad mempunyai kekuatan dalam hal ini kerana ketelitiannya mengamati watak-watak orang.

« Last Edit: March 12, 2008, 05:54:27 PM by dina » Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #3 on: March 12, 2008, 04:36:40 PM »

Ni juga sasterawan ulung yang menjadi idola... karya2nya penuh sinis dan kadangkala membuatkan kita terpukau dgn susun atur ayatnya...



Judul : Ranjau Sepanjang Jalan
Pengarang : Shahnon Ahmad
Penerbit : Alaf 21
Genre : Novel
Mukasurat : 341 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 983124236x

-Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah S.W.T-

Sebagai anak tani, itulah pegangan Lahuma dan keluarganya sejak zaman nenek moyang. Apa sahaja kurniaan ILAHI, mereka tetap menerima dengan penuh kesyukuran.

Sawah bendang, padi dan nasi serta bencana alam begitu sinonim dalam hidup Lahuma sekeluarga. Meski dugaan sering melanda, namun mereka tetap mengharunginya dengan segenap tenaga yang ada.

 - Lahuma dijemput menghadap ILAHI -

Hidup mesti diteruskan! Tugas Lahuma perlu dipikul oleh Jeha dan anak-anaknya. Mereka tidak harus mati kelaparan. sawah padi perlu menguning. Hujan lebat, banjir besar dan kedatangan ketam serta burung tiak yang menjahanamkan padi perlu ditentang. Berbekalkan doa dan usaha, mereka nekad... tiada apa yang dapat menghalang perjalanan hidup ini.

Ranjau Sepanjang Jalan... jerit perih keluarga tani ini adalah kehendak Yang Maha Kuasa. Sebuah karyanostalgik Shahnon Ahmad yang membawa kita mendalami erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan.
« Last Edit: March 12, 2008, 05:56:15 PM by dina » Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #4 on: March 13, 2008, 12:07:08 PM »

hhhmmmm.....cam gini aku kena g cari ni
rasa2 masa kat PBAKL nnt ada x buku novel nih...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #5 on: March 13, 2008, 12:08:31 PM »

ada... tapi novel salina tu mahal siot... ranjau sepanjang jalan tu aku tak beli lagi... tapi dah baca
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #6 on: March 14, 2008, 11:30:53 AM »

salina tu aku dah baca, fuhh tebal betul, member pinjam buat harta warghhh
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715


Telah kau bunuh cintaku...


WWW
« Reply #7 on: March 14, 2008, 11:38:16 AM »

novel2 bagus sasterawan boleh didapati juga secara online di http://www.ujanailmu.com.my/.  kedai buku online ni nisah haron yg usahakan. dengar ceritanya perkhidmatan dia bagus. banyak buku2 yang bagus2 dan susah nak jumpa dr pelbagai penerbit ada kat sini. Cuba laaa....

ehhh promote lak, macam lerr aku dapat diskaun Grin
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715


Telah kau bunuh cintaku...


WWW
« Reply #8 on: March 14, 2008, 11:41:11 AM »

Aku cadangkan kowang baca novel Arenawati lak...best jugak novel2 dia. antaranya;

1. Sudara
2. Sakura mengorak kelopak
3. Kuntum tulip biru
4. Bunga dari kuburan

Ada banyak lagi novel dia, yang berat2...tapi yg aku senaraikan ni mudah faham dan menarik. Kalau nak yang payah skit nak paham, aku senaraikan lain kali.
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #9 on: March 14, 2008, 12:51:58 PM »

TQ anyss... aku pun amek kat ujanailmu tu....
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #10 on: March 14, 2008, 01:24:38 PM »

Aku cadangkan kowang baca novel Arenawati lak...best jugak novel2 dia. antaranya;

1. Sudara
2. Sakura mengorak kelopak
3. Kuntum tulip biru
4. Bunga dari kuburan

Ada banyak lagi novel dia, yang berat2...tapi yg aku senaraikan ni mudah faham dan menarik. Kalau nak yang payah skit nak paham, aku senaraikan lain kali.
nape aku tak penah nampak je novel ni?
keluaran tahun berapa tu
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #11 on: March 14, 2008, 02:11:41 PM »

pegi mph... ko buleh jumpa... karya2 sasterawan yg nilainya tinggi tu mesti le ikut kualiti....
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715


Telah kau bunuh cintaku...


WWW
« Reply #12 on: March 14, 2008, 02:26:16 PM »

tahun 90-an. novel-novel ni tinggi pemikirannya tapi menarik. Tak susah jugak nak paham...cuba la kalau nak tukar selera.
Aku slalu baca novel yg berat2...novel2 popular tu biasanya aku dapat cecara percuma je  Grin
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #13 on: March 14, 2008, 02:27:13 PM »

berapa kilo selalu kau baca he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
anyss
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 8,715


Telah kau bunuh cintaku...


WWW
« Reply #14 on: March 14, 2008, 02:29:18 PM »

Banyak kilo la jugak...leh wat bantal tido
yang lagi berat tu adalah...jajan n buah yg aku makan masa baca buku  Grin
Logged

Andai melukaiku itu satu kepuasan buatmu, daku kian merelakannya kerna..keping hati ini sudah tidak punya ruang lagi untukmu tinggalkan lelas..
http://annieyss.blogspot.com
Pages: [1] 2 3 ... 9   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]