Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Forum OT tanpa batasan
Pages: [1] 2 3 ... 26   Go Down
Print
Author Topic: ..:: Novel ni OK x? ::..  (Read 8614 times)
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« on: March 11, 2008, 02:36:23 PM »



Sinopsis : LAFAZKAN CINTAMU
Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.

Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...

FRAGMEN NOVEL :

LAFAZKAN CINTAMU
Rindunya semakin sarat pada kenangan lalu. Zaman
kanak-kanak yang penuh warna-warni, bebas bagai burung
terbang, cukup indah untuk dikenang. Manisnya kenangan...
namun pahit di hujung cerita telah mencacatkan sejarah di
Kampung Bukit dan menjadikannya tidaklah seindah mana.

“Kau pun kuat macam Mak Cu Senah.” Itu saja yang
dapat Mail ucapkan. Erina sudah jauh dibawa perasaan dan
kenangan. Dia tidak mampu untuk menghalangnya lagi.

“Kalau boleh, aku pun nak semangat mak mengalir
dalam tubuh aku, agar aku kuat dan tabah hadapi segala
ujian hidup. Aku masih ingat, susah macam mana pun mak
tak pernah menangis. Dia tetap akan senyum. Kata mak, dia
tak mahu aku warisi kesusahan dan penderitaan hidup dia.
Mungkin kerana itu mak tak pernah ajar aku cara untuk jadi
tabah dan kuat. Namun, permainan takdir tak siapa yang
menduga. Lalu aku jadi manusia yang tak reti hadapi penderitaan hidup. Aku tak tabah dan kuat macam mak. Kalau
aku kuat, aku tak pergi dari kampung ni,” keluh Erina penuh
emosi. Suaranya bergetar menahan sendu.

Masih terbayang-bayang sekujur tubuh emaknya yang
lesu terbaring di katil usang di saat-saat akhir hayatnya.
Masih ternampak-nampak senyum kelat emak di saat dia
memohon ampun dan maaf. Masih terasa sejuknya air mata
emak yang jatuh ke pipi di saat mereka berpelukan.

“Rin, jangan ungkit lagi cerita lama tu. Aku sendiri tak
sanggup nak ingat lagi.”

“Macam mana aku tak nak ingat semua tu, Mail? Itu
sejarah hitam hidup aku. Kalau tak kerana peristiwa tu, aku
tak hidup sebatang kara macam ni.” Erina cuba mengawal
perasaan. Peristiwa itu tetap segar dalam ingatan walaupun
telah lebih lima tahun berlalu.
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieda
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #1 on: March 11, 2008, 02:39:12 PM »

Aku tak ingat la novel ni. Nanti balik aku tgk aku ada tak koleksi citer ni.
Logged
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #2 on: March 11, 2008, 02:41:51 PM »

ok...check tau...aku nak tau...sbb ada org ckp novel ni best...

Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #3 on: March 11, 2008, 02:42:49 PM »



Sinopsis : IZINKAN KUBAHAGIA
Cerita dalam novel beliau ini sememangnya menarik. Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir.

Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.

Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieda
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #4 on: March 11, 2008, 02:43:05 PM »

Ya la, nanti aku check
Logged
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #5 on: March 11, 2008, 02:50:08 PM »

yg izinkan ku bahagia nih ok x?
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieda
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #6 on: March 11, 2008, 02:52:46 PM »

Novel yang tu aku tak beli lagi
Logged
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #7 on: March 11, 2008, 04:39:36 PM »

ada budak ckp best
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #8 on: March 11, 2008, 04:40:48 PM »



Sinopsis : TIADA NOKTAH CINTA
Kisah yang menyayat ini mampu membuai perasaan anda. Fitrah yang masih dibelenggu peristiwa hitam ketika dia berperwatakan 'tomboy' takut menerima cinta Daniel. Entah silap siapa, persahabatan yang indah terjalin dengan Ismadi bertukar menjadi igaun ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah.

Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya. Akhirnya, Fitrah dalam kepasrahan.

FRAGMEN NOVEL :

TIADA NOKTAH CINTA
KUK! KUK! Good morning! Kuk! Kuk! Good morning!

Fitrah tersentak. Dia meraup muka sambil beristighfar di
dalam hati. Ya ALLAH... aku bermimpi lagi rupanya. Kenapa
peristiwa itu sering menerjah kembali dalam ingatanku?

“Ibu... abah… Fitrah rindu...” rintih Fitrah sambil
mengesat air mata yang menitis di pipinya.

Fitrah menoleh pada jam loceng berwarna hijau itu. 5.15
pagi. Ah! Hari baru bermula lagi. Seperti semalam, hari ini
aku terpaksa bekerja. Dia menarik selimut yang membaluti
tubuhnya lalu duduk bersila di atas katil.

“Selamat pagi Fitrah! Semoga ALLAH memberkati usia
kau yang bertambah sehari lagi hari ini. Dimurahkan rezeki
dan panjang umur sentiasa dengan iman teguh di hati. Moga
ALLAH memberi kesejahteraan pada ibu dan abah juga.”

Itulah ucapan rutin yang keluar dari mulut Fitrah setiap
pagi selepas terjaga daripada tidur. Fitrah meluruskan kaki.
Dibongkokkan badan sehingga tangan mencecah ke hujung
jari kaki. Dipusingkan tangan ke kiri dan kanan beberapa
kali untuk meregangkan urat-urat di badan. Kemudian, dia
terjun dari katil untuk melakukan senaman lompat bintang.
Mulutnya mengira. Satu… dua… tiga… Diulangi per gerakan
yang sama beberapa kali.

Selepas itu, dia menarik nafas seketika lalu dilepaskan.
Dilakukan beberapa kali sebelum mengakhiri senaman ringkasnya
setiap pagi. Kemudian, dia mencapai tuala dan berjalan
masuk ke bilik air. Lima belas minit kemudian, dia keluar
dan membentang sejadah untuk bersolat subuh.

Sesudah menyidai telekung dan sejadah, Fitrah bertafakur
di tingkap bilik sambil melihat cahaya kelam di
luar. Bangunan di sekitar apartmen kelihatan samar-samar.
Hendak bersiap ke pejabat, masih terlalu awal. Waktu
pejabatnya bermula pada jam 8.30 pagi. Lagipun, tempat
kerja dan apartmennya terletak dalam rangkuman bangunan
Financial Park dan hanya dipisahkan oleh dua bangunan.
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieda
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #9 on: March 11, 2008, 04:42:48 PM »

Novel ni pun aku belum beli lagi
Logged
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #10 on: March 11, 2008, 04:45:53 PM »

emm... aku pun tak de
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #11 on: March 11, 2008, 04:46:56 PM »

sbb ni penulis novel ada cinta dihati...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieda
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #12 on: March 11, 2008, 04:48:11 PM »

Tak semua novel yang ditulis oleh penulis yang sama citernya best
Logged
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #13 on: March 11, 2008, 04:52:16 PM »

emmm betul tu... n susah nak carik cite yg best
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
jieda
Ketua Darjah
Sifu OT
*****
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #14 on: March 11, 2008, 04:54:14 PM »

ada setengah citer jalan penceritaan dia memang best tapi penyampaian yang disampaikan pulak kurang best
Logged
Pages: [1] 2 3 ... 26   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]