Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Forum OT tanpa batasan
Pages: [1] 2 3 ... 7   Go Down
Print
Author Topic: Kidal  (Read 1583 times)
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« on: March 07, 2008, 04:27:45 PM »

aku bukak topik nie sebab aku kidal he he

Pengenalan Mengenai Kidal

1. Kidal bermaksud individu yg. lebih cenderung menggunakan tangan kiri utk. melakukan berbagai tugasan contohnya mengambil barang, melontar, menunjuk, memberus gigi, menulis dan sebagainya. Kebanyakan individu kidal akan menggunakan tangan kiri dengan tanpa disedari untuk
melakukan tugas-tugas yg. sukar ini.

2. Secara amnya kidal bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

3. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

4. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

5. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta Kidal

1. Secara kasarnya sekitar 15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Earl Anthony, pemain boling profesional yg. pertama berjaya meraih satu juta dolar juga seorang kidal.

6. Ramai dari personaliti yg. terkenal di dunia adalah kidal. Mereka adalah Fidel Castro  pemimpin Cuba, Albert Einstein ahlil fizik, Henry Ford  pengeluar otomobil dan juga pengasas Microsoft sendiri iaitu Bill Gates.

7. Antara artis ternama kidal adalah Phil Collins, Pablo Picasso, Leonardo da Vinci, George Micheal, dan Paul McCartney.

8. Pelakon handalan pula antaranya adalah Tom Cruise, Charlie Chaplin, Whoopie Goldberg, Nicole Kidman, Julia Roberts, dan Sylvester Stallone.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun

Tapi aku pernah baca gak org kidal nie pendek umur kih kih, ialah dalam dunia nie kebanyakan alat-alatan semua nye belah kanan hu hu (cth pembuka tin hu hu, payah nak buka tin sardin he he silap2 boleh terpotong jari he he, pisau pun belah kanan aje tajam hu hu, ader mcm2 lagi lah)

Yang aku suka jadi kidal nie, aku boleh menulis sambil suap nasi ha ha

So apa komen korang
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #1 on: March 07, 2008, 04:52:43 PM »

Takde nak komen la sebab husband aku pun kidal jugak
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #2 on: March 07, 2008, 04:53:29 PM »

ialah aper komen kau sebagai org tak kidal he he
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #3 on: March 07, 2008, 05:16:53 PM »

tapi setahu aku org tangan kanan suke melukis
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
jieda
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 11,992



WWW
« Reply #4 on: March 07, 2008, 05:19:12 PM »

masing-masing ada keistimewaannya
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #5 on: March 07, 2008, 05:24:09 PM »

nie beza otak kanan dgn kiri, kalau kidal otak belah kanan

Otak Kanan
 - Sintesis- Analogi(membentuk kefahaman sesuatu konsep secara mengaitkan dengan ciri yg serupa)
- Ruang  Intuitif(kebolehan mengetahui sesuatu dengan tidak melalui proses berfikir yg biasa/mengikut gerak hati)
- Holistik(kebolehan memahami idea secara keseluruhan)
- Bentuk / Corak / Pola / Lukisan / Rentak / Muzik
/ Imej / Visual / Gambar - Imaginasi - Kreativiti (kebolehan menyusun idea-idea dengan cara baru dan imaginative) -
Global - Interaktif - Gerakan / tarian - Melihat perhubungan dan keseluruhan - Amalan - Serentak (kebolehan
memproses lebih drpd satu jenis aktiviti minda dalam satu masa) - Visi - Perkongsian / Kerohanian - Bunyi semula jadi
- Emosi(perasaan) - Konkrit

Otak Kiri-Logik(Logic/Numerical) - Bahasa / Lisan - Terancang dan berstruktur -
Bukan gerakan - Pengiraan - Penulisan - Melihat Bahagian-bahagian - Teori - Mengawal perasaan - Analisis -
Simbolik - Abstrak - Sekuens (turutan) - Rasional - Digital - Logik - Fakta - Terperinci - Perancangan - Prosedur -
Ulangan - Pengelolaan - Lelurus (linear)
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #6 on: March 07, 2008, 05:26:47 PM »

klu cam tu aku menguasai kiri dan kanan...hehehe
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #7 on: March 07, 2008, 05:27:27 PM »

tu tak normal la la la
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
Lela
Guest
« Reply #8 on: March 07, 2008, 06:37:44 PM »

Anak lelaki aku pon kidal gak. Setakat ni takde masalah melainkan mase makan je. Suka sangat dia guna tangan kiri tu. Jenuh aku ajar sampai aku cubit lengan dia. Pon dia masih makan ngan tangan kiri gak. Bila aku ajar tulis ngan tangan kanan, tulisan dia jadi bengkang bengkok malah tak nampak pon huruf apa yang dia nak tulis. Tapi bila guna tangan kiri, laju je la pulak....huhuhuhu
Logged
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #9 on: March 07, 2008, 09:46:06 PM »

he he takpe nanti dah sekolah otomatik mkn tgn kanan, cuma satu aje nanti pengalaman jadi org kidal nie kat skolah, bila cikgu suruh lukis jari tangan kanan (cikgu suruh letak tangan korang kat kertas lepas tu lukis) mau tension nak lukis ha ha, kena pinjam tgn kawan kih kih
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
Lela
Guest
« Reply #10 on: March 07, 2008, 11:07:18 PM »

Kah kah kah...mau anak aku tu buat muka kuyu dia mase tu....hahahaha Cheesy
Logged
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #11 on: March 08, 2008, 12:38:41 PM »

tu tak normal la la la

apa lak x nornal
aku menghargai apa yg Tuhan kasik kat aku
so aku menggunakan kesepenuhnya...
ceh
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
cokek
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Male
Posts: 10,825


rock bebeh....


« Reply #12 on: March 10, 2008, 03:46:00 AM »

anak aku 2 orang kidal..
Logged

Lelaki yg berjaya adalah lelaki yg boleh mencari kekayaan lebih dari yg mampu dihabiskan oleh isterinya....
Wanita yg berjaya pula adalah wanita yg mampu mendapatkan lelaki itu....
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #13 on: March 10, 2008, 09:38:02 AM »

aku rasa sapa tangan kidal lebih cerdik berbanding orang yang menggunakan tangan kanan...
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
caluk
Guru Besar
Sifu OT
*****
Gender: Male
Posts: 28,431



WWW
« Reply #14 on: March 10, 2008, 09:38:48 AM »

he he tu ayat ikhlas ker ayat suruh SR hu hu
Logged

HA HA HA akulah ADMIN
Pages: [1] 2 3 ... 7   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]