Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: 1 [2] 3 4 ... 37   Go Down
Print
Author Topic: citer merapu dinalorenza...  (Read 7782 times)
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #15 on: February 15, 2008, 04:22:27 PM »

letihnya cut n paste ni... esok le sambung... hehehe
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #16 on: February 15, 2008, 04:24:24 PM »

cian dina dah letih
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #17 on: February 15, 2008, 04:27:02 PM »

huhuhu... ko dah baca ke aop?
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #18 on: February 15, 2008, 04:33:13 PM »

dah la apasal
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #19 on: February 15, 2008, 04:33:51 PM »

best ke
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #20 on: February 15, 2008, 04:36:32 PM »

Lela masih lagi menjenguk ke luar bila jam di dinding menunjukkan pukul 9:00malam. bayang gee yang keluar bersama kuzin siang tadi masih tak kelihatan. Lela bimbang kalau gee diapa-apakan oleh kuzin. Dia tahu sangat tahap kesabaran lelaki dalam percintaan. Sementara duduk di buaian sambil menghirup udara malam yang berbau asap kenderaan dan adakalanya berbau getah sekerap (sebab lori getah baru lalu), serta sesekali bau lori sampah,Huh! langsung tidak menyegarkan.
Lela mula merenung bintang2 yang bersinaran, hatinya ditembak rasa rindu yang menyakitkan. Seingatnya sudah hampir seminggu John Cena tidak menghubunginya. Entah kenapa hatinya jadi blues tiba-tiba. teringatkan saat2 manis bersama John Cena ketika dating di zoo negara tahun lepas, indah dan mengasyikkan. lela masih teringat bagaimana John Cena menyuap kacang kuda ke mulutnya. Terasa keenakan kacang kuda itu begitu luar biasa. air tangan John Cena yang manis menyerap ke sanubari.
Lela mulai hanyut dalam kenangan lama yang mengusik jiwa. teringat-ingat pada John Cena yang mungkin sedang berhempas pulas mencari skill baru untuk wrestlingnya. Oh! John Cena....
"Lela! apesal ko cium tiang tu? dah meroyan ye?" tegur su sambil menyumbat roti perancis yang di cicah kacang phool ke mulutnya. keenakan kacang phool yang dibuatnya tidak dapat disangkal lagi.
"errr...aku tiup semut ni ha...bukan aku ciumlah! saja nak bergurau senda dengan semut ni..." ujar Lela mengkaver line kan dirinya.
"Owwh! Mana gee ni? dah dekat kul 10 tak balik lagi? risau aku...kang habis pula kacang phool dgn roti ni..." kata su seraya menyuap roti perancis yang panjangnya setengah depa itu.
"Tu le yang aku risaukan tu...takut kot diapa-apakan sikuzin tu...bukan buleh caya sangat mamat tu!" lela sempat menyambar roti perancis su dan menyapukannya dgn marjerin beserta kaya lalu disuapkan ke mulutnya dengan rakus.
"lela, cuba ko call gee...tah kemana halanya minah tu...kang kena culik kang...berjawab kita kat makpak dia..." cadang jieda sekadar menambah posting...err...
"ye tak ye gak ye.." lela terus mendail nombor hp gee dan menunggu panggilan itu dijawab.
Tut..tut...tut...tut....

"errkkk...nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan..." lela terkejut bila operator menjawab sambil sendawa. dia menjadi bertambah hairan bila suara operator itu sama macam suara gee.
"Gee...kau ke tu???" Lela mengerutkan dahinya, dia pasti itu gee!
"Errr...lela ke? aku ingat kuzin, aku tengah majuk ni, kuzin tinggalkan aku naik bas sorang-sorang...aku tak tau dah aku kat mane ni..." gee teresak-esak menangis dihujung talian.
"La, ko cakap ko kat mana nanti aku ambik ko!" tidak semena-mena lela juga meraung sambil memegang dinding. Jieda dan Su merenungnya dalam kehairanan. Bila melihat kesedihan yang lela alami, mereka berdua terus berpelukan menangis, kerana mereka merasakan ada sesuatu yang buruk berlaku pada Gee.
"Entah la, lela...ada signboard tulis Yong Peng...warrrgggghhh! aku dah sampai johor ni!!!!" jerit gee di dalam bas. baru dia tersedar dia ternaik bas express menuju Johor Bahru. Sejak menaiki bas kerana kesedihan ditinggalkan Kuzin, dia menangis hingga tertidur.
sementara itu di rumah sewa, jieda dan su masih tidak berhenti meraung. Lela masih tidak meletakkan telefon. Jieda dan su tidak bertanya apa yang terjadi namun, mereka menangis sehingga menghentak-hentak kaki.
"Gee, nanti ko ambil tiket balik kl ye! bye!" klik, ganggang telefon sudah selamat landing di tempatnya. Jieda dan su yang sedang menangis keliru bila melihat lela dengan selamba mengambil potato chips lalu duduk di sofa sambil menekan remote tv.
"Apa jadi dgn gee?" tanya su penuh perasaan ingin tahu.
"Sesat" jawapan sepatah lela yang bersahaja itu membuatkan mereka tersentak.
"habis kenapa ko nangis?" jieda pula sudah mula menghembus hingus sambil menghabiskan sisa2 tangisannya.
"saja test power!" jawab lela, masih seperti tadi selambe.
"Cheh!" su benang.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #21 on: February 15, 2008, 04:38:20 PM »

Dua hari peristiwa itu berlalu. segalanya memberi kesan kepada gee. Gee sudah bersedia menerima nobit. tentang kuzin, dia harus lupakan serta merta. kuzin bukanlah lelaki yang buleh diharapkan. akhirnya gee membulat tekad untuk menerima nobit sepenuh hati. dia tidak akan berpaling lagi. 'Tidak, mungkin ku berpaling lagi...'
"Diam la su! aku baru je nak layan feeling, sore ko sumbangla..." gee mengangkat sofa dan membaling kepada su yang sedang menyanyikan lagu Zamani Slam. Su tak sempat elak, sofa bertenggek di atas kepala su.
"Gee...maknanya ko pilih nobit le ye?" giat jieda sambil duduk di atas sofa yang dibaling gee. Mujur sofa sudah diletakkan semula di tempat letak kereta...eh! di tempatnya.
Gee senyum2 malu. malam ini juga dia akan menelefon nobit. dia mahu berbual panjang, meluahkan apa yang tersirat di hatinya selama ini. dia percaya nobit tak akan meninggalkannya sepertimana kuzin. gee juga tahu nobit adalah lelaki yang baik dan ikhlas menyayanginya.
"Ko tengok tu...minah tu dah dua ari camgitu!" su mula ot, bila tengok lela sedang bermenung durja.
Sudah dua hari lela begitu, sejak su kantoi dia mencium tiang, lela bagaikan sudah tidak dapat menstabilkan otaknya. adakalanya dia mencium Bob, ikan keli kesayangannya sehingga tidak sedar bob menyengatnya, hasilnya bibir lela membengkak dan seksi tanpa suntikan botox. Hilang masalah gee timbul pula masalah lela, fikir su.
"lela, kau ok?" soal jieda sambil mengusap lembut sirip Bob. lela mengangguk lemah.
"Kenapa ko muram je?" soal jieda lagi. Kali ini lela menggeleng berkali-kali.
"Ko rindukan John Cena?" tanya jieda untuk kesekian kalinya. Lela mengangguk.
"John cena tak kol ko?" tanya Jieda tanpa jemu. lela menggeleng-geleng sehingga terteleng.
"Tu la, cuba guna mulut bila menjawab , ni guna tengkuk, dah berpusing kepala ke belakang.."su marah2 sambil membetulkan kepala lela yang terpusing ke belakang. lela menangis.
"orang cakap sikit nak nangis, cakap sikit nak nangis!" su marah2 lagi, hairan dengan sikap lela.
"Huuuuuu, ko pijak kaki aku?" lela meraung...kakinya bengkak membiru dipijak su.
"errrr....sowiiii!" su terus berlalu mencari minyak angin.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #22 on: February 15, 2008, 04:40:18 PM »

Pagi ini lela tak ke kolej sebab kakinya bengkak dipijak su semalam. Dia tak berdaya nak berjalan lagi. Semua orang sudah tiada, lela bergolek di katilnya sendirian. Dia mencapai telefon bimbitnya, cuba menghubungi John Cena untuk mengadu tentang kesakitanya itu.
Jari jemari runcing umpama jari pontianak itu mendail setiap kekunci yang diperlukan. dia menunggu dengan kesabaran.
"Hello nak cakap dengan siapa?" suara di hujung talian membuatkannya kehairanan.
"Err..ni kan telefon rumah John Cena, apesal lak ko yang angkat?"lela marah2 bila disedarinya yang menjawab itu adalah perempuan.
"Oh! John Cena ye, aku ni mak dia! Hamboiii!!! nak cakap dgn anak aku main marah2 kat aku lak-" mak John Cena marah balik pada Lela. Lela terkujat dan terus meletakkan telefon. Sebentar kemudian dia mendail semula nombor yang sama.
"Hello nak cakap dengan siapa?" suara itu masih berbunyi nada yang sama dan rengus nafas yang sama.
"Errr...mak cik ye...John Cena ada?" sopan lela bertanya.
"Oh! John Cena ye, aku ni mak dia! Hamboiii!!! nak cakap dgn anak aku main marah2 kat aku lak.... sila tinggalkan pesan lepas bunyi Bip!"
"Cheh, mesin tinggal pesan rupanya..." rengus Lela hampa. Sudah beberapa hari dia tidak dapat menghubungi kekasih hatinya itu. dia bingung dan keliru. Kenapa John meninggalkannya tanpa pesan. sudah pudar kah kasih sayang John padanya selama ini. Lela merenung siling tanpa makna. Masih dia terkenang saat mereka bermadu kasih. Masih dia teringat saat mereka menyulam rindu. Namun kerinduan yang terlalu mendalam ini membuatkan lela semakin resah. Dia semakin merindu, kerinduannya tidak bersambut. bagaimana harus diucapkan kerinduan yang semakin ketara mencengkam hati. Lela mengalihkan badannya ke tingkap, merenung suasana pagi yang sudah menerbitkan mentari merah jingga menyebabkan cuaca begitu cerah.
teringat olehnya ada sesuatu yang harus dilakukan. Ye, dia harus menjemur kain...
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #23 on: February 15, 2008, 04:41:18 PM »

Gee dan jieda berjalan beriringan menuju ke gerai nurinn diikuti su dan fadxiora. sesampai sahaja mereka di gerai nurinn, masing2 memesan makanan.
"Eh, mana lela?" tegur nurinn yang kehairanan bila melihat mereka datang tanpa lela di sisi.
"Lela sakit, duk rumah...kakinya kena pijak!" jawab jieda sambil menjeling su. Su pula tersengih kerang busuk melihat jieda.
"Ni sapa pula?" tanya nurinn yang busy body bila melihat fadxiora yang sedang membelek muka di cermin.
"kenalkan...ini fad! Dia pun blajar sama kitorang gak kak nurinn, tapi dia ni tak duduk ngan kitorang," tanpa disuruh gee memberikan penjelasan.
"Oooo...fat....tengok tak le fat sangat...fit je akak tengok!" ujar nurinn sambil melenggangkan perutnya yang memboyot.
"Bukan fat le kak, fadddd...fadxiora!!!!" ucap fadxiora marah2. rasa dia nak je melepuk perempuan berperut boyot itu.
"Yee...yee...fadddd....sori le akak ni kurang siuman...eh! kurang pendengaran sket!" ujar nurinn terketar-ketar bila melihat fadxiora sudah mengeluarkan asap di isungnya.
"errr...fad, ko merokok ke? ni kuar asap kat isung ni?" tegur jieda tanpa segan.
"Weii...aku kalau marah isung aku memang berasap!" balas Fadxiora.
"Ko ni Fad, jangan le marah kak nurinn tu, kang dia tanak bagi kitorang makan free!" terang gee kepada fadxiora. gadis isung berasap itu mengangguk hangguk tanda menyesal dgn perbuatannya. dia lalu bangun dengan tangisan dan terus memeluk kaki nurinn dan meminta maaf. dalam tangisan juga nurinn memaafkan fadxiora sambil berjanji akan menamakan anaknya yang bakap lahir nanti dengan nama yang lebih baik dari fadxiora. semua yang berada di situ bertambah terharu sambil menambah nasi berpinggan-pinggan.
"hai, gee!" tiba-tiba seorang lelaki yang memakai NSR 750 berhenti di hadapan gee sambil mtersengih menayangkan gigi kunin keemasannya.
"Errr...sbent? apa kau buat kat sini?" su yang memang mengenali lelaki itu terus menarik jaket hitam lelaki itu untuk memastikan adakah benar itu lelaki yang dikenalinya.
"err...suuu...su... ke ni?" bergetar jantung sbent bila terlihatkan wajah jelita su yang bermata empat.
"Oooo...ko nak ngorat gee pula? sudahlah hatiku ko hancur2kan, kau cincang2kan, sekarang ko nak ngorat gee pula! Lelaki apa ko ni sbent?" su pantas menolak dada bidang sbent yang sudah turun dari NSR 750 nya.
"Suuu...ko salah paham!" ujar sbent sekadar menambah posting...errr...mempertahankan diri.
"Aku tak sangka ko sanggup buat begitu pada aku sbent! Setelah hatiku kau miliki, kau hiris2 hatiku dgn belati, kemudian ko titiskan limau ke atas lukaku ni..." su mula menangis.
Semua yang berada di situ turut menghayati babak2 drama yang dilakonkan su dan sbent. sbent tunduk merenung lantai. hajatnya untuk memikat gee terhenti begitu sahaja. tambahan pula dia tertoleh ke arah fadxiora yang tersenyum manja ke arahnya. dalam diam dia akui, fadxiora lebih cune dari gee dan su.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #24 on: February 15, 2008, 04:42:12 PM »

Sbent menggenyit matanya kepada fadxiora. gadis itu menjeling manja sambil memusing2kan straw sirapnya. sesekali dia menyedut air di straw dgn gaya dan lenggok badan yang manja dan memikat. Hati sbent berdebar-debar saat fadxiora tersenyum manis kepadanya.
"Sbent!" jerit gee, sambil menghentak kaki.
"Err...naper?" sbent terpana seketika.
"Ko jadi ngorat aku ke tak ni?" Gee yang sudah bersedia untuk menunggu sbent menguratnya. Su yang berada di sebelah gee menjeling marah. Dia benar2 kecewa dengan sikap sbent yang mata keranjang. mujur sbent tidak mengurat jieda, jika tidak mahu sahaja su mempelangkung sbent dengan kusi gerai nurinn.
"Err, sori le gee...aku bukan nak ngurat ko, aku nak antar pesan nobit, suruh ko tunggu dia kat umah, malam ni dia nak ajak ko dating." terang sbent. su yang tadinya marah kerana menyangka sbent mahu mengurat gee sudah berlari dan menutup muka sambil menjerit, "Tidaaaakkkkkk!!!"
Jieda yang diam sedari tadi hanya melihat perlakuan mereka sambil menjamah sumer makanan yang ada di atas meja. habis licin pinggan yang ada di atas meja. Dia tersandar kekenyangan sambil mengurut perutnya yang masih kempis.
"Jieda, ko bela antu raya ke?" Gee yang sudah tersipu dgn keterangan sbent cuba mengubah topik. Jieda sudah tidak berdaya untuk berkata-kata.
"Errr, saya sbent!awak?" sbent mula menghulur tangan kepada fadxiora. gadis itu tersipu-sipu menyambut tangan sbent.
"Fadxiora..." balas Fadxiora.
"Jom naik motor dengan saya!" ajak sbent sambil menarik tangan fadxiora.
"Jommmm..." dengan gelojohnya fadxiora melompat naik ke NSR 750 sbent.
Dengan bangganya sbent menayangkan acara willie pada pelanggan di gerai nurinn. namun malang tidak berbau sebaik sahaja sbent mengangkat hadapan motornya, fadxiora yang belum bersedia memeluk sbent telas jatuh terkangkang. sbent yang tidak perasan fad jatuh terus membawa motornya laju meninggalkan gerai nurinn.
"Cheh! tak guna punya mamat...kancel jadi balak aku!" fadxiora masih lagi terjelepok di atas jalan sambil memaki2 sbent.
Tidak lama selepas itu sbent datang semula dan meminta maaf kepada fadxiora dalam tangisan yang panjang. tanpa rasa ragu2 fadxiora memaafkan sbent.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #25 on: February 15, 2008, 04:42:56 PM »

hehehe mmg best, tp sudah2 la tu, esok ko sambung la balik
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #26 on: February 15, 2008, 04:43:35 PM »

Sementara itu di rumah bujang, su sudah sampai dahulu daripada gee dan jieda. hanya dengan berlari dia sudah tiba di rumah. Dilihatnya rumah bujang mereka kemas sekali. Dengan senang lenangnya dia melabuhkan badannya yang sudah kepenatan berlari di atas sofa.
"Woi! mandi dulu, ko tengok ko punya peluh berjejeran, ada ati nak duduk kat sofa! pegi mandi dulu!" lela mengambil batang mob dan bersedia membelasah su.
"Huuuu, kenapalah nasib aku slalu begini? dah la tadi aku dimalukan sbent depan publicphone, ni ko pula nak belasah aku!!!" su menangis. lela yang sensitif dan tidak tahan dengan tangisan su memeluk su dengan penuh kasih sayang.
"Huuuu....aku tak tau pun kisahnya....kesian ko!" lela menepuk2 kepala su dengan ganasnya.
"Ko ni nak pujuk aku ke nak bunuh aku?" soal su dengan nada hairan.
"nak bunuh ko...aku kata pegi mandi, tengok dengan aku skali dah basah kena peluh ko!" tempelak lela dengan wajah yang garang.
"yela...yela...!" su mengalah dan terus bangun meninggalkan lela mengemob lantai yang penuh dengan peluh su yang berjejeran.
"Assalamualaikummm!" Gee memberi salam, diikuti dengan jieda di belakangnya.
"Waalaikumussalam..." lela membalas salam dengan senyuman manis.
"Hai lela...dah makan? ni aku belikan ko pau kacang!" jieda menghulurkan 15 biji pau kacang pada lela. Lela mengambilnya dengan senang hati kemudian menyental pau kacang itu dengan lahapnya, hanya sebiji pau kacang diberikan kepada Bob, selebihnya dia memakannya tanpa ragu-ragu.
"Harini aku ada date dengan nobit...." ujar gee memulakan bicara. Dia tahu kawan-kawanya memang suka dia berkawan dengan nobit. Nobit punya segala-galanya, kehenseman, kekayaan, kad kredit, kereta dan kondominium. Gee dapat bayangkan betapa bahagianya jika dia bersama nobit. Segala kemahuannya pasti terlaksana.
"bagusla...ko pegi la dating, tapi jangan buat hal lagi kang kena tinggal lak! tak pasal2 sampai singapore kang!" terkikih-kikih lela ketawa bila mengenangkan gee di tinggalkan kuzin dan gee tersilap naik bas yang akhirnya sampai ke Johor Bahru. Mujur otak bijak gee berfikir untuk turun di Johor Bahru, kalau tidak silap2 gee dibawa oleh pemandu bas itu ke Singapore.
"Chisss...takde maknanya..." pintas gee.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #27 on: February 15, 2008, 04:44:01 PM »

huhuhuuuu.... letihnya
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #28 on: February 15, 2008, 04:45:26 PM »

teringat-ingat gee dengan pertemuan malam tadi. Nobit memang seorang yang romantik tak seperti kuzin, eskrem RM2.50 pun kena bayar sendirik. Semalam nobit mengajaknya makan di restoran mewah di KLCC, nobit menjemputnya dengan menaiki Mercedes SLR230 sport. terbayang-bayang gee betapa machonya nobit saat rambutnya lelaki itu dipuput angin malam.
"gee, jangan dok sengih sorang2...awak dah tersampuk ke?" tegur en spidey yang sedang mengajar di hadapan. selalunya gee akan menumpukan perhatiannya jika en spidey mengajar, namun kerana aura cinta nobit yang begitu kuat membuatkan dia terlupa yang dia berada di kelas en spidey. 'nasib bukan kelas mr caluk, kalau tidak dah tentu gee kena pelangkung dengan feather duster.' kata gee dalam hati.
"err...saya dengar le ni...en spiey sila teruskan..." gee menolak en spidey ke depan semula untuk mengajar.
"Eiii...nasib baik awak tu anak murid saya, kalau tak...dah lama saya mengurat awak!" en spidey menghalakan pembaris panjangnya ke arah gee dgn nada geram.
Ada mata yang cemburu melihat gee dan ada telinga yang panas mendengar kata2 en spidey. Dia hairan kenapa selama ini semua lelaki yang ada bagaikan tidak sedar akan kewujudannya. sedangkan dia juga gadis remaja yang cantik jelita. dia juga punya perasaan ingin dicintai dan menyintai. namun semua lelaki lebih memandang ke arah gee berbanding dia. apa kurangnya dia dari gee. Dia juga layak untuk menjadi tawanan mana-mana lelaki. Dia juga layak untuk mendapat tempat di hati lelaki. Dia juga punya kehebatan yang tersendiri. senyumannya manis, semanis kemanisan. kata-katanya lembut, tawanya sopan. tetapi dia sering terkecuali dari menerima tawaran cinta dari lelaki. Apa salah dia. di mana silapnya dia. Dia semakin tidak mengerti bila setiap kali gee lebih diberi perhatian sehingga menjadi rebutan.
Tapi dia? langsung tidak di pandang.apa kurangnya? apa lebihnya gee? hatinya membentak benang. Dia merenung tajam ke arah gee. geramnya kadangkala memuncak, namun selalunya dia menahan geram itu dengan berpura-pura tersenyum. walaupun hatinya sering membengkak setiap kali mereka bercerita tentang teman lelaki.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #29 on: February 15, 2008, 04:46:04 PM »

esok je la ko sambung
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
Pages: 1 [2] 3 4 ... 37   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]