Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Forum OT tanpa batasan
Pages: [1] 2 3 ... 37   Go Down
Print
Author Topic: citer merapu dinalorenza...  (Read 7782 times)
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« on: February 15, 2008, 02:55:03 PM »

errr... aku nak sambung citer merapu tu kat sini...
ni tengah tunggu su tolong aku.... ma ceh su!  Grin
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #1 on: February 15, 2008, 03:16:42 PM »

paste dari mula la dina...
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #2 on: February 15, 2008, 03:22:04 PM »

tu la aku tgh minta tulung su ni... dia yg ada copy... aku tak simpan
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #3 on: February 15, 2008, 03:26:58 PM »

ape la ko ni...
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #4 on: February 15, 2008, 03:30:25 PM »

naper lak?
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #5 on: February 15, 2008, 03:31:16 PM »

cite sendiri pun ko tak simpan ka
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #6 on: February 15, 2008, 03:59:42 PM »

aku tak sangka lak cesb breakdown... aku ingat diorang kekal... so aku ingat next time je nak copy n paste
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
fadxiora
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Posts: 10,795


jangan ditanye ape ape


WWW
« Reply #7 on: February 15, 2008, 04:06:44 PM »

memang terus down ke...
Logged

...emm... ari ni mangkuk dah pecah... dah malas nak marah lagi... Cheesy
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #8 on: February 15, 2008, 04:06:54 PM »

Part 1

Dia melemparkan pandangannya jauh ke tengah padang yang menghijau. Titis air hujan yang membasahi padang sejak pagi tadi tidak menghalang beberapa pelajar berlatih bersukan. Dia tidak langsung memperdulikan semua itu. Apa yang sedang berlegar di hatinya cuma satu. Antara dua jejaka yang sedang merebut hatinya, dia tidak tahu bagaimana harus memilih. Dia keliru di antara dua lelaki itu. Dia akkui, keduanya ada keistimewaannya, malah kedua-duanya punya ciri-ciri yang diimpikan.
"Hoi! apa lagi yg kau menungkan tu gee? sudah-sudahlah tu, jom kita balik...tu si su tu mukanya dah macam asam boi menahan sakit perut sejak kelas tadi," ujar jieda sambil memuncungkan mulutnya ke arah su yang bermuka cemberut menahan kesakitan. Gee tersenyum lantas bangun meninggalkan bangku kayu itu. Diekorinya jieda yang terus menarik su menuju ke kereta.
"Ko penin lagi ye gee? ala gee, ko buat je solat istikharah, insyaAllah ko dapat tau sapa jodoh ko!" walaupun masih menahan sakit perut, namun su masih mampu berceloteh.
"Bukan itu masalahnya su...aku taknak kalau aku buat pilihan salah seorang dari mereka kecewa..."luah gee, mendatar.
"habis takkan ko nak dua-dua skali...mana buleh gee!" lela yang sedang mara dengan kunci kereta di tangan terus menyampuk.
"kalau macam tu gee, ko reject je dua-dua tu..." ucap jieda selamba, sambil membuka pintu Toyota Vios milik lela. Gee tersenyum mendengar pandangan jieda. kadangkala dia juga berfikir begitu. tapi apakan dayanya, dia juga ingin sekali dicintai oleh lelaki idaman.
Dalam kereta suasana amat sepi sekali, gee seperti biasa melayan perasaannya sendiri. Sementara su yang dalam kesakitan sudah berdengkur. Lela masih menumpukan perhatian di jalan sambil menyanyikan lagu aspalela dengan nada yang agak sumbang. Jieda pula tidak lepas matanya dari membaca novel tulisan Dina Lorenza.
Tiba-tiba....
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #9 on: February 15, 2008, 04:08:00 PM »

Part 2

Tiba-tiba lela menekan break keretanya tanpa amaran. semuanya tersentak. su yang duduk dibangku hadapan terhantuk pada dashboard. mujur dashboard itu diperbuat dari bahan yang utuh dan kuat, jika tidak pasti sudah hancur terkena kepala su.
"Ko dah gile ye lela, apesal ko break tetiba ni?" jerit jieda yang novelnya terpelanting ke muka gee. Gee yang sedang melayan blues juga tersentak.
"Su ni le, tetiba je kentut....!" ujar lela marah-marah. Su yang kepalanya sedia ting tong tidak terkata. dia cuma sengih menayang barisan giginya yang putih bersih.
"Sowi la... aku ter..."
"nasib baik ko ter... kalau tak aku lepuk dgn benda ni!" marah gee sambil memegang batang pengunci stereng. Lela dengan tenang meneruskan perjalanan ke rumah sewa mereka.
Sesampai sahaja di rumah, kelihatan beberapa jambangan bunga yang sepertinya baru dihantar oleh pengirim. Lela mengambil salah satu dari jambangan itu. dia menarik kad yang terselit di antara bunga mawar merah yang segar.

'Gee, andai hati ini kau miliki,
akanku bina mahligai indah sebagai tanda
betapa dalamnya cintaku padamu...'
-nobit-

Madah berhelah di dalam kad kecil itu dibaca lela, kuat dan lantang. jieda yang sudah membuka kasut terhenti. Su pula sudah berlari menuju bank belakang. Cuma Gee yang terduduk melihat jambangan yang hampir diterimanya setiap hari. Dia benar-benar keliru.

Kesemua jambangan bunga sudah diletakkan ke dalam rumah. Gee langsung tidak menyentuhnya, cuma Jieda dan lela yang asyik meneliti setiap keping kad yang terselit. Gee menggaru dagunya yang tidak gatal. Dia tidak tahu bagaimana harus dilakukan untuk menghentikan pemberian nobit ini. Dia tahu nobit menyayanginya namun bagaimana pula dengan kuzin? lelaki itu juga pernah meluahkan kata-kata cintanya pada gee.
"Gee, kalau ko taknak, yang ni dgn yang ni aku nak ye..." ucap jieda sambil mengumpul kad kecil dan diberikan pada Gee. setiap kali Gee mendapat bunga sudah tentu kawan-kawan serumah yang mengambilnya untuk menghiasi bilik masing-masing.
"Jieda, bunga ros merah tu aku chop!" jerit su yang masih belum keluar dari bilik kecil.
"lantak koranglah!" rengus lela, sambil mengeluarkan ayam nandos lebihan semalam dari peti untuk dipanaskan dalam microwave oven. Selepas microwave mengistiharkan ayam nandos itu sudah panas, lela terus menghadap tv plasma 40 inci di ruang tamu. dia mula membuka pemain dvd untuk memulakan tayangan wrestling kegemarannya.
Gee pula bangun menuju ke bilik. fikirannya masih bercelaru. beberapa hari ini, dia semakin pening bila nobit dan kuzin seolah-olah mahu bermusuhan kerananya. Sedangkan sebelum ini mereka berkawan baik.
« Last Edit: February 15, 2008, 04:09:44 PM by dina » Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #10 on: February 15, 2008, 04:10:57 PM »

Part 3

Su yang sudah selesai mandi terus duduk di sebelah lela sambil mengecek ayam nandosnya. lela menghulurkan pinggan yang kosong.
"pegi ambil lagi dalam peti ais!" arah lela. Su diam dan menerima arahan. Jieda sudah bersedia memanaskan ayam nandos dan memberikan pada su. Su ambil dan terus memakannya. memang sejak pagi tadi dia tidak lalu makan, dia cuba nak menghabiskan nasi lemak ayam yang dibeli lela, tapi dia tidak mampu. ini semua gara-gara char kue tiaw yang dibelinya di gerai nurinn. sememangnya dia gemar makan di gerai nurinn namun char kue tiaw nurinn kali ini lain dari kebiasaan tahap kepedasannya. itu yang membuatkan su sakit perut.tapi segalanya telah berlalu kesakitan diperutnya sudah terubat. sekarang dia mahu mengisi perutnya semula.
telefon di meja berdering minta diangkat,pantas tangan lela meraihnya. Dia menyangkakan John Cena pujaannya menelefon, namun rupa-rupanya panggilan untuk su. Su mula tersenyum-senyum. malam ini dia akan keluar menonton wayang bersama teman lelakinya. terbayang dimatanya bagaimana suasana romantik itu akan menjelma. sementara su masih berbual dengan teman lelakinya di telefon, gee datang melabuhkan punggungnya di sebelah jieda.
"Wei, korang macam mana problem aku ni?" Gee menggaru-garu kepalanya yang makin berserabut.
"Kenapa Gee? Tu la, aku dah kata jgn tukar2 syampu...ko degil! hah skang dah bergaru-garu!" ujar lela yang tak tahu hujung pangkal apa yang gee maksudkan. dia dengan selambanya mengambil pallete di atas akuarium, untuk memberi Bob, ikan keli balar kesayangannya makan.
"Bukan tu la, ni problem aku dengan nobit dan kuzin ni, cemana? pening le, exam dah nak dekat!" Gee berhenti menggaru-garu. dalam hatinya terasa nak je dihempuknya si lela yang dengan selamba menyanyi-nyanyi.
"Ala, senang je, ko ambik nobit, kuzin tu ko pas kat lela!" cadangan jieda di balas dengan libasan bima sakti lela dengan menggunakan remote tv.
"hamboi! senang ko cakap, abih john cena aku yang macho tu nak campak mana?"
"ye...ye...aku bagi cadangan je!" jieda terketar-ketar melihat lela yang sudah mengeluarkan cahaya bima sakti jurus ke lapannya.
Gee semakin pening. bila bercakap dengan kawan serumahnya yang gila-gila ini, masalahnya tak mungkin akan selesai. Dia harus menyelesaikan perkara ini, dia tidak mahu mengecewakan kedua-dua pigak. kalau buleh dia mahu menyayangi kedua-duanya, namun apakan daya. dia hanya seorang perempuan yang tidak boleh memungkinkan untuk menerima cinta dari dua lelaki.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #11 on: February 15, 2008, 04:12:07 PM »

Part 4

Suasana di kolej seperti selalu, bising nak membingitkan. kadangkala sepertinya dia berada di hospital bahagia, bila setiap sudut ada sahaja pelajar yang ketawa mengilai-ngilai, ada yang ketawa terbahak-bahak. ada yang berbual sendirian (guna bluetooth). Segalanya bagaikan melucukan. Nobit merenung setiap sudut di kafetaria. Pelbagai gelagat manusia menarik perhatiannya. Namun ada sesusuk tubuh kecil yang tinggi lampai merompak penglihatannya. tubuh itu melangkah longlai ke arahnya. Tiada senyuman manis untuknya pagi ini. Adakah tuan punya tubuh kecil itu tidak suka dengan bunga-bungaan pemberiannya. Dia perlukan kepastian.
"Gee...meh le duduk sini dengan abang!" pelawa nobit sambil tersenyum ramah.
"Bit, tulung le Gee...." Gee terus duduk di bangku sebelah Nobit.
"Ye sayang, nak Bit tolong apa?"
"Tolong jangan kacau gee buleh tak nobit?" sampuk Kuzin yang baru sahaja sampai dengan bola keranjangnya. Dengan gaya sport man yang macho dia mengangkat kakinya sebelah dan menongkat dagu sambil tangan kirinya memegang bola keranjang bertandatangan Vince.
"Hey! kau siapa? aku dulu yang tackle dia tau! Bukan kauuuu...." Nobit bangun dan menolak Kuzin yang sedang menggayakan jambul A. Mamudnya. Kuzin yang baru je nak promote diri jatuh terkangkang di tepi gee.
"Nobit, Kuzin...sudahlah! apesal korang gaduh sebab Gee ni? Gee tak nak la macam ni...kitakan sedang belajar. lebih baik kita menumpukan sepenuh perhatian dan usaha kami untuk mencapai cita-cita berikut, kepercayaan kepada Tuhan....kannn, gee dah merepek ni! korang punya pasallah ni!" Gee terus bangun sambil membetulkan skirtnya dan terus berlalu meninggalkan dua lelaki macho terkebil-kebil.
"Ni, kau le punya pasal!" Kuzin terus memberi jurus padu peringkat enampuluh satu pada rusuk Nobit menggunakan bola keranjangnya. tapi sempat di elak oleh nobit sambil membalas dengan jurus beruang panda peringkat ke dua puluh empat menggunakan spek mata hitamnya.
"Hoi! nak gaduh pegi masuk wrestling!" jerit Mr Caluk dari atas bumbung. bila dilihatnya dua orang pelajarnya sedang fire-memfire di antara satu sama lain. Mr Caluk lalu melompat dari atas bumbung terus ke kafetaria sambil melambai-lambai pelajar lain. Tiba-tiba Gee menoleh ke arah Mr. Caluk, sambil berkata,
"Oh my hero!" Mr. Caluk yang baru sahaja sampai ke kafetaria terus terpaku mendengar kata-kata dari Gee. Mr. Caluk terus memiat telinga Nobit dan Kuzin serentak sambil ketawa jahat. Gee terus memejamkan mata sambil menanti kalau-kalau Mr. Caluk datang padanya.
"Gee....Gee...Gee!!!!!!!!" Gee tersentak sambil membuka matanya. Dilihatnya keadaan sekeliling berubah rupa.
"Ko nak bangun ke tidak? kalau ko taknak bangun aku simbah dengan air ni!" dengan ganasnya jieda memegang baldi yang berisi air ke arah gee.
"ye...ye... gee bangun!" balas gee terketar-ketar. Rupa-rupanya tadi Gee bermimpi.
'Fuh! nasib baik mimpi...' ucap gee dalam hati.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #12 on: February 15, 2008, 04:14:26 PM »

Part 5

Seperti biasa Lela bersarapan di meja hujung di sudut kafetaria. Enak dia menyuap nasi kerabu goreng beserta air bandung. Pagi tadi hujan lebat, masing-masing lewat bangun. Mujurlah hari ini kelas lambat di mulakan, kerana Mr Caluk, pensyarah mereka itu juga terlewat bangun...maklumlah, malam jumaat, ujan pulak tu. Lela cepat-cepat menyangkal apa yang terlintas di fikirannya. Dia tidak mahu memikirkan soal apa yang dilakukan oleh Mr caluk semalam. Yang dia tahu, dalam hatinya Mr Caluk adalah musuh ketat utamanya. Mana tidaknya, ada sahaja kesalahannya di mata pensyarah yang sudah punya dua anak itu. Namun begitu adakalanya Mr. Caluk bagaikan sumber inspirasi bila setiap keputusan peperiksaannya tidak pernah tidak memuaskan hati Mr. Caluk.
"hai, lela..." sapa satu suara. Suara itu hadir bersama tangan yang sedang enak menghalakan straw air bandung ke bibir mungilnya.
"Hamboiiii... sedut sampai separuh! ko ganti balik air aku sebelum aku smackdown ko kat sini!" gertak lela, bila dilihatnya jieda semakin melebarkan sengihnya.
"Orang tua-tua kata, kalau kedekut air bandung nanti kubur penuh air bandung!" terjuih mulut jieda memberitahu Lela tentang kata orang tua2.
"banyak la ko punya airbandung dalam kubur....nahlah, amek semua....aku tak payah minum pun takpe!" lela mula merajuk. buruk benar rupanya gadis itu membuat memek muka orang merajuk macam cipan.
"dah le tu korang ni...pasal air bandung nak masam2 muka...cuba korang tengok gee tu, dah dua tiga hari asik termenung je...korang tak kesian ke?" Su tiba-tiba mengubah topik perbincangan air bandung. Dia dengan muka yang agak serious memuncung ke arah gee. gadis lampai itu kelihatan sedang termenung sambil goyang kaki, bagaikan begitu kritikal masalah yang dihadapinya.
"Yela, weii...semalam pun dia tak lalu makan, sudahnya aku juga yang tulung habihkan nasi dia, macam mana aku nak diet kalau camgini!" sambung Lela sambil menayang muscle di lengannya. Memang mereka simpati ke atas apa yang berlaku pada teman serumah mereka itu. Gee yang dulunya begitu periang dan ceria menjadi murung tiba-tiba akibat kekeliruan cinta yang datangnya dari dua lelaki.
"macam mana kita nak tulung dia ni Lela, cuba ko bagi idea dari otak lembab ko tu!" ujar Jieda bermuka serious membuatkan Lela benang seketika.
"errr...sori lela...aku tersalap!" jieda cuba kaver line dengan lawak salapnya bila melihat jelingan tajam lela.
"nasib baik ko salap, kalau tak aku pling ko jadi lembab seumur hidup!err...aku rasa le, apa kata kita panggil kuzin dgn nobit dan slow talk dgn diorang, biar dua-dua taknak kat Gee... kesian kat Gee nak buat pilihan. tak pun ko ambik je la antara sorang tu jieda" Lela memberi cadangan.
"Weh, mana buleh! Pakwe jieda yang handsome katak tu nak hadapkan ke mana?" Su tidak bersetuju dengan cadangan lela.
"Ye la lela, aku bukan taknak, tapi pakwe aku tu nak hadapkan ke mana pula?" Jieda mula menggaru dagu.
"Hadapkan ke muka pengadilan!" jawab satu suara yang teramat dikenali oleh mereka. "Hamboii...pantang le saya offline...eh,datang lambat sikit mula le cerita lain keluar! Tak reti2 nak masuk kelas?" Mr caluk yang bermisai kontot datang dengan wajah seriousnya. mereka bertambah gerun.
masing2 terus menggalas beg menuju ke kelas. Walaupun ini sebenarnya adalah kolej, tapi disebabkan ketegasan yang ada pada pensyarah2nya yang berwibawa seperti, Mr. Caluk, Cik Syara dan Mr. Spidey, maka mereka teramat mementingkan masa dan pelajaran. Semasa di dalam kelas mereka tidak pernah langsung bergossip apa lagi berbual kosong. Kesemuanya menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip2 yang berikut....
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #13 on: February 15, 2008, 04:20:48 PM »

Part 6

Habis sahaja waktu kelas, jieda dan su mula menapak ke parking kereta. hari ini Jieda membawa keretanya sendiri. Lela dan Gee pula, pulang bersama kerana jieda dan su mahu ke book store di bandar. Jieda menekan alarm kereta Honda City kesayangannya. kemudian mereka berdua meninggalkan kawasan perkarangan kolej tersebut. Gee dan lela pula sudah sampai di rumah. Gee masih seperti semalam dan kelmarin, murung dan sesekali termenung sendirian.
"Gee, sudah2 lah tu...nanti aku akan cari jalan penyelesaiannya..." belum sempat lela menghabiskan kata-kata ada suara orang memberi salam.
"Assalamualaikum! sapa di dalam?saya diluarrr...." ucap suara itu.
Lela membuka pintu. kelihatan Kuzin sedang menayang barisan giginya sambil menggoncang-goncang pintu pagar.
"Hoi! roboh pagar rumah aku!" jerit lela, bila pintu pagarnya sudah hampir terlerai dari engselnya.
"err...sorila lela, aku nervous la...errr...Gee ada tak? aku nak jumpa dia jap!" kata Kuzin sambil mengangkat pintu pagar yang sudah tercabut dan meletakkan di tepi jalan.
"Huh! saje nak nyusahkan aku! Geee...... geee....! ni hah, si kuzin datang merobohkan pagar rumah kita!!!" teriak lela, sambil mengangkat pintu pagar dengan sebelah tangan dan memasangnya semula.
"errr...kuzin! nak apa cari Gee ni?" tanya Gee sambil mengirai rambut yang panjang. saat itu kuzin terpaku, lidahnya menjadi kelu. Kejelitaan Gee begitu memukaunya. tanpa disangka, bijik matanya terjatuh ke lantai.
"Hoi! kutip balik mata kau!" jerit lela. Kuzin telan liur. Wangian dari rambut gee yang menerawang ke udara begitu mengasyikkan. dia terpukau, kakinya bagai berakar di lantai.
"Kuzin...Kuzin! awak okey ke?" Gee menepuk-nepuk bahu kuzin yang bagaikan tiada di alam fana ini. namun dia bukanlah berada di alam barzakh.
"Err...gee, saya nak ajak awak kuar nak tak? kita pegi...errr....kita pegi zoo!" pelawaan kuzin itu membuatkan gee terasa serba salah. memang dia teringin untuk pergi ke zoo negara, namun, keinginannya bagaikan tidak kesampaian bila mengenangkan dia akan pergi bersama kuzin.
"Err...nanti gee fikirkan buleh tak?" ucap Gee, malu2.
"Gee nak pikir apa lagi...saya nak ajak pegi sekarang!" tegas Kuzin sambil menarik gee masuk ke dalam Skyline hitam metaliknya. Gee hanya menurut tetapi hatinya bagaikan serba salah. jiwanya berantakan mengenangkan pertemuan yang tidak terduga itu. Tapi dia harus berterus terang kepada Kuzin, dia mesti berterus terang. jika tidak, dia tidak sanggup menahan resah di hatinya setiap kali memikirkan apa yang terjadi. Dia tidak mahu gagal di dalam peperiksaan hanya kerana terlalu memikirkan tentang cinta. tapi dia terasa ingin dicintai sepenuh hati.

Sampai sahaja di zoo negara. dengan machonya kuzin ingin membuka pintu untuk gee. namun Gee yang memang sudah bersedia untuk keluar telah membuka terlebih dahulu dengan pantas. Kuzin jatuh terlentang kerana terkena pintu yang dibuka gee. Gee keluar sambil membelai rambutnya.
"La...naper awak tidur kat sini lak Kuzin?" soal Gee bila dilihatnya Kuzin sedang membaringkan diri di tempat parking itu.
"Err...takde apa-apa...saja saya nak tengok semut ni..." jawab kuzin sambil kaver line.
"Oooh! Takyahla tengok semut,jom kita tengok binatang lain, ada tenuk, tapir, cipan..." Gee menarik Kuzin sambil berlari-lari anak ke tempat tiket.
Setelah membeli tiket mereka pun berjalan-jalan di dalam kawasan zoo sambil mengambil gambar bersama-sama monyet, ungka dan orang utan yang ada. Gee masih belum menyatakan apa yang berselirat di fikirannya. Manakala Kuzin masih mencari peluang untuk meluahkan isi hatinya kepada Gee. Dia gembira bila melihat gee bagaikan teruja bergambar dengan binatang2 yang ada di dalam zoo. Gee tak henti-henti melemparkan sengihnya sambil melambai-lambai kepada harimau dan beruang di dalam kandang. Kuzin cuma memerhatikan cara Gee merenung binatang2 itu.
"Err...Kuzin, jom kita makan eskrem nak? gee nak eskrem korneto!" ajak Gee dengan harapan Kuzin akan membelikan eskrem untuknya. Dia membayangkan alangkah indahnya dapat makan eskrem sambil eksyen pada binatang di dalam kandang.
"Gee nak berapa, bak le duit biar saya belikan!" balas kuzin sambil menghulur tangan meminta RM2.50 pada gee untuk membeli eskrem.
Dengan muka asam kecut basi, gee menghulurkan RM2.50 pada kuzin. Kuzin mula berlari2 kijang menuju ke kedai eskrem sambil menyambar satu eskrem untuk Gee. Dia pun memberikan pada gee.
"Kuzin, ada kitkat kat dalam eskrem ni!" slow je gee beritahu Kuzin.
"Ayo...macha...saya mau eskrem...ini kitkat lu makan la..." Kuzin berteriak sambil membaling coklat kitkat pada mulut macha yang jual eskrem itu.
Gee terpegun seketika. namun kemudian dia terus makan eskrem hingga sendawa kekenyangan.
"Err...Gee, kuzin nak bagitau Gee..yang...kuzin....su..."
"dah le kuzin, gee dah tau sumer tu...gee tahu tapi bagaimana lak dengan nobit...gee tak mahu lukakan hati nobit..."
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #14 on: February 15, 2008, 04:21:50 PM »

Part 7

"Gee...sampai ati gee cakap camgitu ye. Gee cakap seolah-olah, saya ni tak wujud depan gee! Gee...saya ikhlas gee. terimalah saya..." rayu Kuzin sambil menarik bunga kertas di tepi kolam buaya, lalu dia melutut memberi gee bunga kertas itu.
"Hoi!Hoi! apesal tarik2 bunga tu? tak nampak sign board "Jangan Petik" tu?" tetiba pak guard yang sedang menggosok gigi buaya memarahi kuzin.
"Sorry bos, saya ingat jangan petik jari kat sini!" ucap kuzin mengkaver line kan dirinya. Babak yang baru je nak romantik bertukar corak.
"Kita sambung balik!"
"Ok... Kuzin, bukan gee nak lukakan ati kuzin, tapi...gee taknak korang bermasam muka kerana gee.... Kuzin pun tau kan, nobit suka kat gee...macam mana gee nak tengok muka nobit kalau gee terima kuzin?!" ada mutiara jernih yang bakal jatuh dari empangan mata yang sudah mulai berkaca.
"lepas gee couple dgn saya, gee jangan le tengok nobit! selesai perkara...bila nampak je nobit dari jauh, gee tutup mata!" cadangan kuzin membuatkan gee hampir meraung. Gee tak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada lelaki itu tentang hatinya. sebenarnya hatinya lebih menyintai nobit berbanding kuzin. namun sudah terisi sedikit sayang di ruang hati untuk lelaki bernama kuzin. tapi malangnya, nobit hanya meluahkan melalui madah2 yang bisu beserta kuntuman segar mewangi. Kuzin pula lebih berterus terang. Gee keliru, apa yang perlu diputuskan untuk hidupnya. Namun dia harus memilih. Dia harus tepat dalam membuat keputusan. Gee menarik nafas panjang. dia harus memilih insan yang dia benar-benar dicintainya.
"Kuzin, berilah gee sedikit masa untuk gee fikirkan semua ini...Gee akan cuba menyintai Kuzin jika Gee sudah bersedia...tapi, sebelum itu gee harus memilih pilihan gee sendiri! maafkan gee kuzin, gee tak buleh bagi jawapan sekarang!" pohon gee sambil berlari meninggalkan zoo negara. Kuzin dengan selamba masuk ke dalam skylinenya dan terus memecut laju meninggalkan gee terpinga-pinga. Dalam hatinya dia begitu menyesal kerana tiba-tiba lari tinggalkan kuzin, mahu tak mau terpaksalah dia balik menaiki bas No. 18, untuk balik ke rumahnya.
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
Pages: [1] 2 3 ... 37   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]