Caluk Corner
*


Login with username, password and session length

From the news...

Marilah "OT"
Pages: [1] 2 3 ... 6   Go Down
Print
Author Topic: ..:: Dekat Dihati - Eyman Hykal ::..  (Read 2131 times)
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« on: February 27, 2008, 12:09:44 PM »

DEKAT DI HATI



JAM 11.55 malam. Suasana di 'aspuri' (asrama puteri) Sentosa 5, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau SEMASHUR agak sunyi. Para pelajar puteri di bilik itu sedang mentelaah pelajaran dengan gaya bebas. Ada yang tersandar di kepala katil berlapikkan bantal, ada yang meniarap dan ada yang tergolek di atas lantai beralaskan permaidani yang tentunya dibawa dari rumah. Masing-masing berulit dengan buku.

Cuaca yang panas buat beberapa hari memang menjadikan suasana di dormitori itu membahang. Kerana itu kipas angin berputar laju seperti kipas helikopter. Meskipun begitu, para pelajar itu sudah biasa dengan keadaan berkuap sedemikian.

Begitulah keadaan mereka hampir setiap malam setelah selesai menghadiri prep iaitu sesi ulang kaji
pelajaran yang dilakukan setiap malam dari jam 8.30 hingga 10.30 di kelas masing-masing. Sesekali kesunyian diselang-seli dengan bunyi derupan kerepek yang dikunyah oleh dua tiga orang pelajar puteri.

Amelya Izatti baru sahaja menyudahkan latihan Matematik Tambahannya. Dia pun bangun menuju ke almari untuk mengambil diari kesayangannya. Sebelum meletakkan kepalanya di bantal, pada diari itulah ditumpahkan apa yang terlintas di hatinya.

Jika di rumah, dia boleh sahaja membuka laman blognya untuk mencurahkan apa sahaja. Tetapi bila di asrama dia tidak mampu lakukan itu kerana kemudahan melayari internet tidak dibenarkan kecuali di bawah pengawasan. Kerana itulah diari dijadikan sebagai ruang ganti.

"Eh, gambar siapa yang jatuh tu?" tanya Amira yang kebetulan sedang membuka almari. Almarinya berada sebelah menyebelah dengan almari Izatti.
"Gambar abang..." jawab Izatti sambil tunduk untuk mengambil foto yang terjatuh dari diarinya.
"Tengok..." Tanpa meminta kebenaran, Amira menyambar foto yang baru sahaja dikutip oleh Izatti. Izatti tergamam seketika.

"Hei, cutenya mamat ni!" Jeritan kecilnya membuatkan beberapa orang pelajar puteri lain tertoleh seketika. Ada yang memuncung kerana konsentrasi mereka terganggu. Ada juga yang tersengih kerana memahami keletah Amira yang menjadi penceria suasana.

"Sejak bila kau ada pakwe, hah? Tak pernah pun aku nampak foto ini! Eh, padan sangat dengan engkau ni. Macam burger dibelah dua!" Amira mengusik pula.
"Memanglah sepadan... sebab dia abang aku!"
"Haaaaa? Abang engkau? Siapa nama dia?" soal Amira sambil melarikan foto itu dari jangkauan Izatti. Dia mahukan jawapan.

"Izuddin..." jawab Izatti lalu mengambil foto itu dari tangan temannya.
"Hei, aku nak jadi kakak ipar kau, boleh tak?" Amira mengusik.
"Eh, gatalnya budak ni. Memasak tak pandai, ada hati hendak berlaki!" jawab Izatti sambil melangkah ke katil bersama diarinya.

Komen aku -

best, aku bg 3 bintang hehehehehe
« Last Edit: February 28, 2008, 12:54:29 PM by suzry » Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #1 on: February 27, 2008, 12:12:30 PM »

komen aku plak kurang best
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #2 on: February 27, 2008, 12:18:37 PM »

ko x menghayati cite tu ngan btul aop...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #3 on: February 27, 2008, 12:42:05 PM »

nnti la senang2 nnti aku baca lain, mana nak tau time tu blh jd best plak ke  Grin
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #4 on: February 27, 2008, 12:42:55 PM »

hehehe....
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #5 on: February 27, 2008, 12:43:38 PM »

kalau aku still rasa kurang best jugak camna?
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #6 on: February 27, 2008, 12:44:18 PM »

hak individu...terpulang la...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #7 on: February 27, 2008, 12:45:36 PM »

yg lain2 x nak bg komen ke. asyik ot je memanjang.
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #8 on: February 27, 2008, 12:46:16 PM »

tah la...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
aop351
Sidang Sekolah
Prof Serba OT
******
Gender: Female
Posts: 2,227



« Reply #9 on: February 27, 2008, 12:47:21 PM »

tak pun diaorg x baca lagi novel ni
Logged

~This Future Belongs To Those Who Believe In The Beauty Of Their Dreams!~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #10 on: February 27, 2008, 12:55:33 PM »

agaknye la kot...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
dina
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,810


senyumlah...


WWW
« Reply #11 on: February 27, 2008, 01:16:22 PM »

aku siyes taip... aku tak penah baca Eyman Haykal punya novel... jadi aku takde pape komen
Logged

Telanlah pahit kenyataan daripada terlalu asyik mengecapi manisnya angan-angan
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #12 on: February 27, 2008, 02:20:28 PM »

agak dah....
kite tgg nadia masuk la
sbb dia pun beli gak novel nih
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #13 on: February 28, 2008, 12:56:09 PM »

aku baru lepas godek blog penulis eyman hykal ni...

skali aku jumpe novel nih



nampaknye aku kena cari novel ni...sbb diaaaa.....
ni adalah sambungan novel ni...



adeh...kena cari nih....

ni yg aku malas nak baca novel bersambung ni...
tapi disbbkan dah terjebak kena la cari sambungan dia....adeh

Sinop :-

KE MANA HATIMU (2006). Oleh kerana mengikut hati yang berbolak-balik di antara Nurul dan Ayu, akhirnya Izuddin memutuskan pertunangannya dengan Nurul. Bermulalah episod duka Nurul ditinggal tunang dan babak gelabah Izuddin bila dia sedar akan kesilapannya. Mengejar bekas tunang dan memenangi hatinya bukanlah mudah. Namun Izuddin terpaksa melaluinya dengan payah.
« Last Edit: February 28, 2008, 12:59:42 PM by suzry » Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
suzry
Sidang Sekolah
Sifu OT
******
Gender: Female
Posts: 17,219



WWW
« Reply #14 on: February 28, 2008, 02:45:24 PM »

.... yes!!! kat bwh ni ada novel sambungan dia....sib baik byk...
Logged

~ secebis KASIH membuat kita SAYANG... seucap JANJI membuat kita PERCAYA... sekecil LUKA membuat kita KECEWA... tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA... ~
Pages: [1] 2 3 ... 6   Go Up
Print
 
Jump to:  

Recent
by soul
[May 15, 2012, 03:37:36 PM]

[May 15, 2012, 12:21:07 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:48 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:14:03 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:13:20 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:12:52 AM]

by soul
[May 08, 2012, 09:10:54 AM]

[May 08, 2012, 12:15:55 AM]

[May 08, 2012, 12:11:01 AM]

[May 08, 2012, 12:07:33 AM]

[May 08, 2012, 12:06:00 AM]

[May 07, 2012, 10:19:30 PM]

[May 07, 2012, 10:18:27 PM]

[May 07, 2012, 10:14:51 PM]

[April 04, 2012, 09:00:04 AM]

[April 04, 2012, 08:50:43 AM]

[April 04, 2012, 08:48:04 AM]

[April 04, 2012, 08:46:58 AM]

[April 04, 2012, 08:45:30 AM]

[April 04, 2012, 08:44:17 AM]

[April 04, 2012, 08:41:49 AM]

[April 04, 2012, 08:36:26 AM]

[March 26, 2012, 09:11:33 AM]

[March 26, 2012, 09:08:10 AM]

[March 26, 2012, 09:04:25 AM]

[February 23, 2012, 08:58:42 AM]

[February 23, 2012, 08:51:52 AM]

[February 22, 2012, 07:17:21 PM]

[February 22, 2012, 07:13:34 PM]

[February 22, 2012, 07:08:26 PM]